Friday, March 15, 2013

TAZKIRAH JUMAAT

BEZA ANTARA MERENDAH DIRI DENGAN 
MERASAKAN DIRI RENDAH
 Para pembaca yang budiman,
Antara sifat yang mulia ialah sifat merendah diri sesama insan lebih-lebih lagi kepada orang yang lebih rendah kedudukannya daripada kita. Mulialah manusia yang merendah diri. Mereka terdiri daripada orang-orang yang tawaduk dan soleh. Dipesan oleh nenek moyang kita bahawa ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya.
Ketahuilah para budiman sekalian bahawa kedapatan manusia yang sanggup merendah diri dalam situasi umum tetapi tidak pula rela melihat manusia yang lebih rendah kedudukannya mengatasi mereka. Mereka mula rasa tercabar. Mereka terasa malu apabila pada suatu ketika orang yang dahulunya rendah tiba-tiba ditakdirkan naik kedudukannya melebihi dirinya. Kini orang seperti ini telah diganggui oleh rasa besar dirinya.
 
Justeru itu, para budiman mesti benar-benar mempunyai jiwa yang zuhud dan tawaduk dalam merendah diri. Dan ketahuilah bahawa manusia yang lebih mulia  di sisi Allah Ta'ala ialah manusia yang merasakan dirinya rendah. Orang seperti ini tidak akan rasa hairan dan tergugat apabila ada manusia yang lebih rendah kedudukannya tiba-tiba diangkat oleh Allah berada pada kedudukan yang lebih baik daripadanya.  Dia tidak akan berasa apa-apa dan tidak juga merasakan bahawa Allah merendahkan kedudukannya kerana dia secara insaf dan zuhud merasakan dirinya memang kerdil, rendah dan berjiwa hamba kepada Allah s.w.t. Hanya dalam situasi begini manusia benar-benar bebas dari sifat riak, takabbur, ujub dan segala sifat yang hanya wajar dimiliki oleh Allah Yang Mencipta alam semesta.
Kata-kata hikmat:
Orang yang merendah diri ada ketikanya merasakan dirinya tinggi. Manakala orang yang merasakan dirinya rendah tidak sedar dirinya tinggi di sisi manusia dan Allah.

Wednesday, March 13, 2013

KENAIKAN GAJI TAHUNAN 2013


Pengumuman oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dalam Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ketiga Belas (MAPPA XIII) mengenai kebajikan Penjawat Awam pada 11 Mac 2013.
Kenaikan Gaji Tahunan 2013
Semua guru akan menikmati Kenaikan Gaji Tahunan  seperti biasa.
Pada 1 Julai 2013 akan menerima satu lagi tambahan Kenaikan Gaji Tahunan . Ini bermakna untuk tahun 2013 akan terima 1KGT Biasa + 1KGT tambahan = 2 KGT
Gaji Maksima
1.1.2013 – Satu kenaikan
1.1.2014 – Satu kenaikan
1.1.2015 – Satu kenaikan

Apabila gaji naik, kita syukur kepada Allah s.w.t. Antara tanda syukur ialah kita menginfaqkan sebahagiannya untuk jalan Allah. Mudah-mudahan rezeki kita berkat di samping meneruskan pelaksanaan tanggungjawab terhadap sekolah dan anak didik kita.

Monday, March 11, 2013


JADUAL PELAKSANAAN LINUS 2.0



Saringan Membaca/Lisan:   10 Mac  hingga 19 april 2013
Saringan Menulis, Bertulis:   21 April hingga 30 April 2013
Memasukkan Data Saringan: 6 Mei  hingga 17 Mei 2013

Semua murid Tahun1,2 dan 3 terlibat dengan saringan ini.

Nota:
Ibu bapa boleh membantu dan memberi bimbingan di rumah agar anak-anak mampu menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira dengan kadar yang segera.

Sunday, March 10, 2013

                    KELEBIHAN SURAH AT-TAUBAH AYAT 128-129

                                 
Barangsiapa yang setiap harinya membaca dua ayat yang akhir dari surah At Taubah sebanyak 7x yang diulang sesudah solat fardhu, maka:

- jika dia seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat.
- jika dia seorang yang hina, maka akan menjadi seorang yang mulia.
- jika dia seorang yang kalah, maka akan segera mendapatkan pertolongan.
- jika dia seorang yang berkesempitan, maka akan mendapat kelapangan.
- jika dia seorang yang berhutang, maka akan segera dapat membayar.
- jika dia seorang yang berada dalam kesusahan, maka akan hilang kesusahannya.
- jika dia seorang yang sulit dalam penghidupan, maka akan segera mendapat kelapangan kehidupan.

jom sama2 kita amalkan!!