Berikut ialah guru-guru yang dilantik untuk menganggotai PIBG SK. PUSAT sesi 2013/2014:
1. Pn. Zaida bt. Ibrahim - Setiausaha
2. En. Saiful Adely bin Abdullah - Bendahari
3. En. Mohd Noor bin A. Rahman - AJK
4. En. Mohd Firdaus bin Razali - AJK
5. En. Abdul Hadi bin Salim - AJK
6. Cik Salmihah bt. Muhamad - AJK
7. Pn. Suria Aziana bt. Mhd. Atan - AJK
Manakala Panitia PJK pula, bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Pn. Faznah Irani,
1. En. Mohd Shamsul Haimi bin Ngah - Pengerusi
2. Pn. Suria Aziana bt. Mhd Atan - Setiausaha
Perubahan bagi PENJANA
1. Pn. Fifi Afida bt. Mohd Zainal Abidin - Setiausaha Misi/ JKS
2. Pn. Umi Suhaiza bt. Yaakub - Ketua Penjana 10
Semua pelantikan dan perubahan itu mula berkuatkuasa pada 20.3.2013. Tahniah. Semoga dapat menjalankan tugas dengan efisyen dan berketerampilan.
Thursday, March 21, 2013
Wednesday, March 20, 2013
MEMO: E-PANTAU DAN SAPS UJIAN 1
Assalamu'alaikum,
Masih ramai guru yang belum mengisi markah dalam e-pantau dan SAPS.
Terdapat juga guru matapelajaran yang belum mendaftar murid dan subjek dalam SAPS.
Sila lengkapkan segera kedua-dua pangkalan data tersebut sebelum 22 MAC 2013.
Sekian. Harap maklum.

Tuesday, March 19, 2013
MAJLIS BERSAMA PEMIMPIN
Tarikh: Khamis, 21 MAC 2013
Masa: 3.00 petang
Tempat: Dewan Berlian Utama, MPK.
Seluruh warga pendidikan sekolah diminta hadir ke majlis tersebut.
Nota: Sila rujuk Surat JPNT di Papan Kenyataan.
Monday, March 18, 2013
SEGERA: E-OPERASI
Masih ramai guru dan staf yang belum sahkan maklumat diri masing-masing dalam e-operasi. Sesiapa yang lupa ID dan password serta tiada dalam pangkalan data, sila maklumkan seberapa segera kepada Cikgu Mohd Khairi pada hari ini kerana Guru Besar akan sahkan esok, 20 MAC 2013. Sekian. Terima kasih.
TOLONG SEBARKAN.
SOLAT KAMIL - GURU SEBAGAI DA'IE
Setiap guru adalah da'ie. Di depan kita adalah anak-anak didik yang sentiasa dahagakan tunjuk ajar dan bimbingan kita. Melalui Program Solat Kamil, kita sasarkan 2 matlamat utama iaitu melahirkan pelajar yang sah solatnya dari segi bacaan, perbuatan dan rukun-rukunnya. Matlamat yang kedua ialah melahirkan pelajar yang menyempurnakan solat 5 waktunya.
Jawatankuasa Solat Kamil telah mengusahakan tindakan-tindakan di sebalik kekangan masa dan hambatan kerja. Justeru itu, semua guru sebagai da'ie hendaklah memainkan peranan MEMBANTU mengikut kemampuan masing-masing untuk menjayakan matlamat tersebut.
Di dalam PdP, nilai murni merentasi kurikulum boleh diaplikasikan dengan cara memulakan set induksi dengan bertanya dan memotivasi pelajar tentang pelaksanaan solat mereka. Hal ini tidak terletak di atas bahu guru-guru agama sahaja. Allah mengamanahkan kerja dakwah ini kepada semua hamba-Nya apalagi kita sebagai guru.
Hendaknya, lazimilah bertanya dan memotivasi murid agar menyempurnakan solat 5 waktu seiring dengannya mengingatkan mereka untuk melakukan solat dengan betul dan sah. Berbahagialah sesiapa sahaja yang menyahut seruan dakwah ini. Moga Allah s.w.t. memberi ganjaran pahala atas kecaknaan rakan-rakan seperjuangan semua.

Subscribe to:
Posts (Atom)