Wednesday, April 3, 2013

Dari PK1 Untuk Mesyuarat Guru

 

1. Tepati Dateline
Dateline bagi sesuatu tugasan peringkat sekolah dan jabatan perlu diambil berat dan dipatuhi agar urusan sesuatu perkara berjalan lancar.
Contoh: Masih ada guru yang belum menghantar Borang Penilaian Prestasi kepada Pn. Aini walaupun datelinenya telah lama berlalu iaitu 7 MAC 2013. Borang itu hendaklah dihantar bersekali dengan perancangan awal tahun SKT.

2. Gunakan Waktu PdP untuk melaksanakan sukatan.
Waktu pdp perlu digunakan untuk mengajar subjek yang ditetapkan. Waktu itu tidak wajar digunakan untuk melatih murid bagi sesuatu tujuan.

3. Penghantaran buku latihan murid untuk disemak oleh Pentadbir
    Penghantaran buku latihan bermula pada 7 hingga 11 April 2013. Dicadangkan 10 buah buku bagi setiap subjek.

4. Mesin Luminate
    Sesiapa yang mengambil/meminjam mesin luminate, sila hantar semula ke pejabat (Pn. Aini). Guru-guru boleh menggunakan mesin tersebut di pejabat.

5. Persembahan Murid Untuk Aktiviti/Program sekolah
Ciri-ciri yang disarankan ialah:-
i. Mengandungi unsur dedaktik/pengajaran dan nilai murni.
ii. Tidak melanggar hukum syarak seperti pendedahan aurat dan sebagainya.

6. Solat Zohor Berjamaah
Guru-guru digalakkan Solat Berjamaah Zohor bersama murid-murid.

Sekian. Terima kasih.

Tuesday, April 2, 2013

INFO DARI RISALAH BUDI 3



1. Ceramah Program Solat Kamil
Penjana 3 Misi Akademik Sekolah akan mengadakan ceramah “Solat Dari Rebung” kepada anak-anak Tahap 1 pada 04.04.13. Program ini untuk memberi kesedaran kepada tunas-tunas Islam agar menyempurnakan solat sejak kecil. Guru-guru yang mengajar Tahun 1,2 dan 3 pada masa tersebut dikehendaki berada di dewan sekolah untuk mengawal murid-murid. Kita bekerjasama melahirkan anak-anak didik yang soleh dan solehah.

2.  Analisis Ringkas Ujian 1 Tahun 6
Dalam Ujian 1 baru-baru ini, tiada pelajar yang mendapat 5A. Pelajar yang dapat 4A1B seramai 2 orang dan 3A2B pula 8 orang. Min C ialah 105 orang (61.76%). Gred Purata Sekolah (GPS) ialah 2.69. Ini menunjukkan pelajar Tahun 6 perlu bekerja keras dari sekarang. Diharapkan guru-guru Tahun 6 menganalisis kelemahan murid-murid dan membuat tindakan susulan yang berkesan.

3. Pertandingan Ko-Akademik
Pertandingan ini memberi peluang kepada pelajar mengasah bakat dan minat mereka. Ramai pelajar kita yang terlibat dalam pertandingan ko-akademik seperti story-telling BI, bercerita BM dan MTQ ( tilawah dan nasyid). Program berlangsung dari 1 – 11 April 2013. Harap jurulatih dan guru pembimbing dapat memberi input berguna untuk wakil-wakil kita. Selamat bertugas untuk semua termasuk hakim. Doakan kejayaan wakil SKP.


Monday, April 1, 2013

PERTANDINGAN BOLA JARING PERINGKAT PKG BINJAI

TARIKH: 1- 3 APRIL 2013
MASA: 2.30 PTG
TEMPAT: SK CHUKAI

KEPADA WARGA SKP,SOKONGAN ANDA AMAT DI ALUKAN.

Saturday, March 30, 2013

PENJANA MISI AKADEMIK MEMERLUKAN KOMITMEN TINGGI

Penjana Misi Akademik dirangka secara komprehensif untuk melahirkan murid yang cemerlang demi menempa nama sekolah yang terbilang. Penjana 10 perkara itu merangkumi segenap aspek akademik dan melibatkan kecemerlangan bagi semua peringkat pelajar.

Penjana Misi Akademik bukan sesuatu yang segala-gala baru sebaliknya penjana lebih merupakan penambahbaikan dalam satu bulatan yang padat dan padu. Usaha ini memerlukan komitmen tinggi daripada setiap unit, dengan keterampilan ketua dan pengorbanan setiap ahli.

Penjana Misi Akademik adalah ruang dan peluang para guru SKP memperagakan kebolehan, visi dan bakat yang sedia tercerna dalam diri masing-masing. Matlamat kita ialah pelajar kita dan nama sekolah kita. Keterbilangan bukan suatu  kebetulan tetapi keterbilangan adalah hasil suatu perencanaan.

Hanya dengan keterlibatan semua ahli secara aktif dan hanya dengan keberkesanan program setiap unit, misi akademik sekolah akan berjaya. Persoalan untuk kita renungkan bersama, sampai bila kita ingin melihat sekolah-sekolah lain satu persatu diklasifikasikan sebagai sekolah SBT dan SKK? Saingan kita telah mengorak langkah dan kita di SKP tidak ingin menjadi SKK atau SBT secara kebetulan. Apa nilai sebuah kebetulan?

Kesimpulannya, komitmen tinggi setiap ketua dan ahli amat diharapkan. Segala kekurangan dan kelemahan kita bincang dan cuba atasi. Semoga kesepuluh-sepuluh penjana menghasilkan 'caj eletrik' yang memberi daya kepada pelajar dan guru SKP untuk mencipta keterbilangan ini.

Friday, March 29, 2013


Renungan Jumaat : Bahaya lisan


Ketahuilah bahawa bahaya lisan (lidah) itu besar sekali, dan manusia tidak akan selamat dari bahya ini, melainkan dengan bertutur kata yang baik saja.
Nabi s.a.w. telah bersabda:

Tidak akan lurus keimanan seorang hamba, sehingga lurus pula hatinya, dan tidak akan lurus hatinya, sehingga lurus pula lidahnya. Dan seorang hamba tidak akan memasuki syurga, selagi tetangganya belum aman dari kejahatannya.” 

Berkata Mu’az bin Jabal kepada Rasulullah s.a.w.: Apakah kita akan dihisab juga atas apa yang kita katakan, wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab: Wahai Mu’az! Tidakkah engkau ketahui bahawa manusia itu akan ditelengkupkan menerusi hidung-hidung mereka disebabkan hasil tuaian lidah-lidah mereka.

Ibu Mas’ud (Abdullah bin Mas’ud) r.a. pernah berkata: Wahai lidah! Sebutkanlah yang baik-baik, nescaya engkau akan dapat faedah. Dan berdiamlah dari berkata buruk, nescaya engkau terselamat sebelum engkau menyesal.
Sabda Rasulullah s.a.w.:

 “Barangsiapa yang memelihara lidahnya, Allah akan menutup kecelaannya. Barangsiapa yang menahan kemarahannya, Allah akan melindunginya dari siksaNya. Dan barangsiapa yang menyatakan keuzurannya kepada Allah, Allah akan menerima uzurnya”. 

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka berkatalah yang baik ataupun berdiam saja” 

Sabdanya lagi:

“Jagalah lidahmu kecuali bila berkata yang baik. Dengan berlaku demikian engkau akan mengalahkan syaitan.”