Pelajar dan guru dipelawa untuk melawati dan mengutip ilmu serta peringatan demi kesejahteraan diri dan masyarakat. Ustazah Liza Juliana, krew-krew dibantu pekerja sekolah telah berjaya meyediakan sebuah bilik yang memaparkan kesan penyalahgunaan dadah.
Lawatan anda ke sini mungkin menyelamatkan anda pada masa depan.
Thursday, February 28, 2013
Wednesday, February 27, 2013
PENTING:BORANG PENILAIAN PRESTASI 2013
BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI
2013
MAKLUMAT
YANG PERLU DIISI PADA AWAL TAHUN:
a)
MUKASURAT
1 -
Bahagian penjuru kanan atas
i)
No.
fail peribadi
ii)
No.
KP Baru
-
Bahagian
1 di bawah:
-
i)
Nama, Jawatan dan Gred, Jabatan, Tarikh Lantikan dan Gaji
b)
MUKASURAT
2 -
LATIHAN Bahagian (ii) Senarai
latihan yg diperlukan
-
Tandatangan
dan TARIKH:
15 JANUARI 2013
c)
MUKASURAT
7 -
BAHAGIAN 1 - SKT
-
Tandatangan
dan TARIKH 15 JANUARI 2013.
-
1.
BORANG BOLEH DIAMBIL DARIPADA PN.
AINI (PT)
2.
PULANGKAN BORANG YANG LENGKAP DIISI
KEPADA PN. AI NI SELEWAT-LEWATNYA 7 MAC 2013.
SEBARKAN.
Tuesday, February 26, 2013
2 PROGRAM PENTING SKP
Antara program dan aktiviti terdekat yang akan berlangsung di sekolah ialah:-
1. Solat Hajat UPSR - Siri 1
Program ini dijadualkan akan berlangsung pada hari Khamis 7 MAC 2013. Ini merupakan usaha awal jawatankuasa PENJANA 4 dan PENJANA 5 untuk memohon pertolongan Ilahi agar memberikan kejayaan kepada anak didik kita yang akan menduduki UPSR dari 10 hingga 12 SEPTEMBER 2013. Penganjur mengharapkan semua guru dan ibu bapa murid Tahun 6 dapat hadir untuk menjayakannya.
2. Mesyuarat Agung PIBG
AJK PIBG dalam mesyuaratnya pada 25 FEB 2013 telah bercadang untuk mengadakan mesyuarat agung pada 14 MAC 2013. Perasmi yang dicadangkan ialah YAB Menteri Besar Terengganu. Mungkinkah akan berlaku perubahan kepimpinan atau ahli jawatankuasa? Yang mungkin pasti ialah jawatankuasa daripada kalangan guru akan berlaku. Walau apa dan siapa pun, jasa tetap dikenang dan perjuangan memartabatkan SKP diteruskan.

Sunday, February 24, 2013
APA ERTI PENGORBANAN?
Ada guru yang buat kelas
tambahan untuk murid. Ada guru yang sanggup setiap petang ke sekolah
untuk latih murid-murid dalam sukan. Ada guru yang guna duit sendiri
untuk urusan sekolah dan murid-murid. Ada guru balik lewat dan ada yang
datang pada waktu malam demi kejayaan murid-murid dan memartabatkan nama
sekolah. Ini semua adalah pengorbanan.
Pelbagai pengorbanan dilakukan oleh para guru baik menerusi wang, masa dan tenaga. Semua ini adalah nilai-nilai yang besar di sisi Allah. Ini yang perlu kita yakini. Apabila dinilai oleh Allah, sudah pasti ada balasan pahala. Dosa dan pahala adalah perkara yang sentiasa tercatat dalam kehidupan. Di dunia kita dapat balasan material berbentuk gaji manakala di sisi Allah kita dapat pahala yang amat diperlukan untuk menampung segala kekurangan dan kesilapan kita.
Apabila kita menyedari hal ini, lahirlah keikhlasan dan kepuasan dalam bekerja. Kita tidak akan mudah merungut, rasa kecewa apatah lagi stres. Inilah antara apa yang terkandung dalam ucapan murni setiap murid iaitu, TERIMA KASIH, CIKGU.

Saturday, February 23, 2013
BAKTI PERTAMA TABUNG BUDIMAN
Semua murid akan diberikan jadual kelas secara percuma. Murid-murid tidak lagi perlu menyalin kerana Tabung Budiman telah fotostat hampir 1 000 salinan jadual kelas versi yang terbaru ini.
Semua murid boleh dapatkan jadual baru mulai hari AHAD, 24.02.2013 daripada guru kelas masing-masing. Jadual ini digunakanpakai mulai ISNIN 25.02.2013

Subscribe to:
Posts (Atom)