Friday, April 5, 2013


Renungan Jumaat : Akhlak dan budi pekerti mulia mengikut Hadish.


Rasulullah s.a.w. telah mensifatkan orang Mu’min dengan sifat yang berbagai-bagai, kesemuanya menunjukkan kepada akhlak dan budi pekerti yang terpuji. Sabdanya:

“Seorang Mu’min itu mencintai saudaranya, sebagaimana ia mencintai dirinya. 

Sabdanya lagi:

“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia menghormati tetangganya.” 

Lagi sabdanya:

“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata baik ataupun ia berdiam diri.” 

Rasulullah s.a.w. menyebutkan juga tentang sifat-sifat kaum Mu’minin, iaitu hendaklah mereka berbudi pekerti indah. Sabdanya:

“Sempurna-sempurna iman orang Mu’min, ialah yang paling terpuji budi pekertinya.” 

Sabdanya seterusnya:

“Tidak patut bagi seorang Mu’min memandang kepada saudaranya dengan pandangan yang boleh menyakiti hatinya.” 

Sabdanya lagi

“Tidak patut bagi seorang Muslim mengancam orang Muslim lainya.” 

Lagi sabdanya:

Hanyasanya dua orang yang sedang duduk dalam sesuatu majlis itu, hendaklah menjaga amanat Allah azzawajalla, maka tiada boleh seorang dari keduanya melahirkan suatu rahsia yang dibenci oleh saudaranya.” 

Ujian yang paling utama harus ditujukan kepada orang yang bersifat dengan budi pekerti yang luhur, ialah sifat sabar atas segala macam perkara yang menyakiti hati, dan menanggung segala kelakuan yang tidak disenangi.
Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah s.a.w. sedang berjalan-jalan bersama sahabatnya Anas, mereka bertemu dengan seorang Badwi, lalu Badwi itu menarik Baginda secara kasar dan keras, sedang baginda memakai kain tutup buatan Najran yang kasar tepi-tepinya. Berkata Anas menceritakan berita ini: Saya boleh nampak pada leher Baginda Rasulullah s.a.w. ada bekas yang ditinggalkan orang tarikan orang Badwi itu oleh kerana sangat kuatnya tarikan itu. Kemudian Badwi itu berkata kepada Baginda: Wahai Muhammad! Berikanlah aku harta Allah yang ada padamu! Rasulullah s.a.w. menoleh kepada Badwi itu seraya tertawa. Kemudian Baginda menyuruh agar Badwi itu diberikan kehendaknya.

Demikianlah pula apabila orang-orang Quraisy terlalu banyak yang menyakiti Baginda, maka Baginda hanya berdoa begini:

Ya Allah! Ya Tuhanku! Ampunilah terhadap kaumku! Sesungguhnya mereka tiada mengetahui.” 

Thursday, April 4, 2013

TARIKH BERGAMBAR UNTUK ALBUM TAHUNAN 2013


GURU DAN KAKITANGAN - 14/4/2013(AHAD)

UNIT BERUNIFORM - 16/4/2013(SELASA)

SEMUA KELAS - 17/4/2013(RABU)

Wednesday, April 3, 2013

Dari PK1 Untuk Mesyuarat Guru

 

1. Tepati Dateline
Dateline bagi sesuatu tugasan peringkat sekolah dan jabatan perlu diambil berat dan dipatuhi agar urusan sesuatu perkara berjalan lancar.
Contoh: Masih ada guru yang belum menghantar Borang Penilaian Prestasi kepada Pn. Aini walaupun datelinenya telah lama berlalu iaitu 7 MAC 2013. Borang itu hendaklah dihantar bersekali dengan perancangan awal tahun SKT.

2. Gunakan Waktu PdP untuk melaksanakan sukatan.
Waktu pdp perlu digunakan untuk mengajar subjek yang ditetapkan. Waktu itu tidak wajar digunakan untuk melatih murid bagi sesuatu tujuan.

3. Penghantaran buku latihan murid untuk disemak oleh Pentadbir
    Penghantaran buku latihan bermula pada 7 hingga 11 April 2013. Dicadangkan 10 buah buku bagi setiap subjek.

4. Mesin Luminate
    Sesiapa yang mengambil/meminjam mesin luminate, sila hantar semula ke pejabat (Pn. Aini). Guru-guru boleh menggunakan mesin tersebut di pejabat.

5. Persembahan Murid Untuk Aktiviti/Program sekolah
Ciri-ciri yang disarankan ialah:-
i. Mengandungi unsur dedaktik/pengajaran dan nilai murni.
ii. Tidak melanggar hukum syarak seperti pendedahan aurat dan sebagainya.

6. Solat Zohor Berjamaah
Guru-guru digalakkan Solat Berjamaah Zohor bersama murid-murid.

Sekian. Terima kasih.

Tuesday, April 2, 2013

INFO DARI RISALAH BUDI 3



1. Ceramah Program Solat Kamil
Penjana 3 Misi Akademik Sekolah akan mengadakan ceramah “Solat Dari Rebung” kepada anak-anak Tahap 1 pada 04.04.13. Program ini untuk memberi kesedaran kepada tunas-tunas Islam agar menyempurnakan solat sejak kecil. Guru-guru yang mengajar Tahun 1,2 dan 3 pada masa tersebut dikehendaki berada di dewan sekolah untuk mengawal murid-murid. Kita bekerjasama melahirkan anak-anak didik yang soleh dan solehah.

2.  Analisis Ringkas Ujian 1 Tahun 6
Dalam Ujian 1 baru-baru ini, tiada pelajar yang mendapat 5A. Pelajar yang dapat 4A1B seramai 2 orang dan 3A2B pula 8 orang. Min C ialah 105 orang (61.76%). Gred Purata Sekolah (GPS) ialah 2.69. Ini menunjukkan pelajar Tahun 6 perlu bekerja keras dari sekarang. Diharapkan guru-guru Tahun 6 menganalisis kelemahan murid-murid dan membuat tindakan susulan yang berkesan.

3. Pertandingan Ko-Akademik
Pertandingan ini memberi peluang kepada pelajar mengasah bakat dan minat mereka. Ramai pelajar kita yang terlibat dalam pertandingan ko-akademik seperti story-telling BI, bercerita BM dan MTQ ( tilawah dan nasyid). Program berlangsung dari 1 – 11 April 2013. Harap jurulatih dan guru pembimbing dapat memberi input berguna untuk wakil-wakil kita. Selamat bertugas untuk semua termasuk hakim. Doakan kejayaan wakil SKP.


Monday, April 1, 2013

PERTANDINGAN BOLA JARING PERINGKAT PKG BINJAI

TARIKH: 1- 3 APRIL 2013
MASA: 2.30 PTG
TEMPAT: SK CHUKAI

KEPADA WARGA SKP,SOKONGAN ANDA AMAT DI ALUKAN.