TARIKH: SELASA, 21 MEI 2013
MASA: 10.45 PAGI
TEMPAT: Bilik Mesyuarat
Semua guru diwajibkan hadir.
Sunday, May 19, 2013
Wednesday, May 15, 2013
SELAMAT HARI GURU 16 MEI 2013
Kepada semua guru SK. PUSAT. Saya selaku PK1 mengucapkan, "SELAMAT HARI GURU" dengan segugus doa, "kalian berjaya, kalian bahagia, kalian sihat, kalian sejahtera.
Tuesday, May 14, 2013
Budak enam tahun jadi hero
KOTA BHARU 12 Mei - Tindakan pantas seorang abang berusia enam tahun membawa ketiga-tiga adiknya berusia lima, tiga dan setahun keluar daripada rumah yang terbakar berjaya menyelamatkan nyawa mereka.
Ketika kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu, Afit Hadi Mohd. Hakimi, 6, sedang menonton televisyen bersama-sama adiknya, Alif Azim, 5, Aufa Imtias, 3, dan Akim Hanif, setahun di Jalan Tanjong Mas di sini.
Menurut Afit Hadi, ketika sedang menonton televisyen, dia terhidu bau hangit dan terkejut apabila mendapati api mula marak dari rumahnya itu.
"Sebaik sahaja melihat api, saya terus mendukung adik, Aufa Imtias manakala seorang lagi adik, Alif Azim membawa Akim Hanif keluar melalui pintu belakang rumah mereka," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.
Ketika kejadian hanya empat beradik itu berada di rumah kerana bapa mereka, Hakimi Ismail, 37, sedang bekerja dan ibu mereka, Syarifah Sharizat Wan Idris, 37, keluar mengambil kakak sulung mereka, Alia Insyirah, 8, dari Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Chempaka.
Sementara itu, Syarifah Sharizat ketika ditemui berkata, sejurus sampai di rumah pukul 1.35 petang, jantungnya bagaikan terhenti apabila melihat keadaan rumahnya yang musnah.
Katanya, ketika itu, di dalam fikirannya hanya satu sama ada keempat-empat orang anaknya yang berada di rumah itu selamat ataupun tidak.
"Alhamdulillah, anak-anak saya semuanya selamat walaupun Afit Hadi mengalami sedikit kecederaan di bahagian lengan. Saya bersyukur anak saya selamat dan dalam masa yang sama merasa sedih kerana rumah yang didiami sejak tujuh tahun lalu musnah dalam sekelip mata," katanya.
Tambahnya, segala kelengkapan rumah, barang emas dan duit yang disimpan di rumah musnah sama sekali dan jumlah kerugian dianggarkan lebih RM50,000.
"Saya tidak tahu punca sebenar kejadian ini berlaku mungkin disebabkan litar pintas memandangkan gas di dapur rumah ketika itu sudah ditutup," katanya sebak.
Dalam pada itu, kebakaran tersebut turut memusnahkan sebuah lagi rumah yang terletak bersebelahan.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba Kota Bharu, Mohamad Sabri Ismail, berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada pukul 1.57 petang.
Sumber : Utusan Malaysia
Sunday, May 12, 2013
PESANAN DARI PK1
Salam sejahtera semua,
1.Ahad , 12.5.2013 saya mc. Esok mungkin cuti lagi kerana kena pergi lagi ke hospital untuk diambil sample darah. Tadi diberi pil tahan sakit tapi nampak belum berkurang. Apabila saya sakit, saya kena redha dan syukur kerana tidaklah sampai tahap kritikal. Saudara-saudari tentu patut lebih bersyukur. Dan ramai juga kawan-kawan kita yang ada masalah masing-masing. Semoga Allah membantu mereka mencari jalan keluar.
2.Kerja saya mungkin ada yang tertangguh. Namun alhamdulillah saya berjaya memeriksa kertas Matematik Tahun 5 dan menyiapkan urusan Pengawas UPSR ke JPN. Ini untungnya kalau kerja tak bertangguh. Saya harap saudara-saudari dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna dan berketerampilan. Ramai guru SK Pusat yang hebat, yang patut kita contohi hasil kerja dan komitmen mereka pada tugas.
3. Ingat, periksa kertas jawapan murid dengan sebaiknya dan isi markah betul-betul agar tidak timbul masalah. Juga ambil cakna dateline yang telah diberikan sebelum ini iaitu, 22 MEI 2013.
4. Apa-apa sahaja dateline perlu dipatuhi kerana perkara itu melibatkan urusan dengan jabatan yang nanti boleh dipersoalkan kepada individu yang gagal menyempurnakannya. Sila jaga imej kita.
Sekian dulu. Saya akhiri dengan serangkap pantun macam Cikgu Zaida biasa lakukan itu.
Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan;
Walau badan ada di rumahku,
Tuan-puan dalam ingatan.
Maaf. Zahir dan batin.

Tuesday, May 7, 2013
UJIAN SUMATIF 2: PERINGATAN PENTING
1. Oleh sebab pengawasan menggunakan jadual harian biasa, pastikan pertukaran kelas berjalan dengan lancar. Jangan biarkan kelas tiada guru. Sekiranya perlu minta bantuan rakan guru di kelas sebelah.
2. Pengawasan peperiksaan dalam maksud memastikan tiada berlaku peniruan, perbincangan sesama murid dan murid dapat menjawab dengan selesa. Ada kes murid meniru kerana guru asyik melakukan kerja sendiri.
3. Sekiranya disedari kelas sebelah ketiadaan guru, sila laporkan segera kepada PK1 atau Pn. Zaida Ibrahim.
4. Pastikan masa yang cukup diberi kepada murid untuk menjawab. Sekiranya kertas lewat dimulakan, beri tambahan masa kepada murid.
5. Kertas jawapan hendaklah diberikan kepada guru yang berkenaan. Catat nama murid yang tidak hadir.
6. Penyedia soalan menyediakan skima jawapan untuk rakan-rakan lain.
7. Periksa kertas jawapan murid dengan teliti dan markah juga hendaklah dikira dengan teliti.
8. PALING PENTING, pastikan pengisian markah ke dalam epantau dan SAPS betul dengan markah sebenar murid. Dikesan ada 3 kes salah isi markah yang diadukan oleh murid dan ibu bapa murid.
9. Sila akur dan peka dengan dateline. Markah epantau dan SAPS hendaklah dimasukkan selewat-lewatnya 22 MEI 2013.
Selamat Bertugas.
Subscribe to:
Posts (Atom)