Penjana Misi Akademik dirangka secara komprehensif untuk melahirkan murid yang cemerlang demi menempa nama sekolah yang terbilang. Penjana 10 perkara itu merangkumi segenap aspek akademik dan melibatkan kecemerlangan bagi semua peringkat pelajar.
Penjana Misi Akademik bukan sesuatu yang segala-gala baru sebaliknya penjana lebih merupakan penambahbaikan dalam satu bulatan yang padat dan padu. Usaha ini memerlukan komitmen tinggi daripada setiap unit, dengan keterampilan ketua dan pengorbanan setiap ahli.
Penjana Misi Akademik adalah ruang dan peluang para guru SKP memperagakan kebolehan, visi dan bakat yang sedia tercerna dalam diri masing-masing. Matlamat kita ialah pelajar kita dan nama sekolah kita. Keterbilangan bukan suatu kebetulan tetapi keterbilangan adalah hasil suatu perencanaan.
Hanya dengan keterlibatan semua ahli secara aktif dan hanya dengan keberkesanan program setiap unit, misi akademik sekolah akan berjaya. Persoalan untuk kita renungkan bersama, sampai bila kita ingin melihat sekolah-sekolah lain satu persatu diklasifikasikan sebagai sekolah SBT dan SKK? Saingan kita telah mengorak langkah dan kita di SKP tidak ingin menjadi SKK atau SBT secara kebetulan. Apa nilai sebuah kebetulan?
Kesimpulannya, komitmen tinggi setiap ketua dan ahli amat diharapkan. Segala kekurangan dan kelemahan kita bincang dan cuba atasi. Semoga kesepuluh-sepuluh penjana menghasilkan 'caj eletrik' yang memberi daya kepada pelajar dan guru SKP untuk mencipta keterbilangan ini.
Saturday, March 30, 2013
Friday, March 29, 2013
Renungan Jumaat : Bahaya lisan
Ketahuilah bahawa bahaya lisan (lidah) itu besar sekali, dan manusia tidak akan selamat dari bahya ini, melainkan dengan bertutur kata yang baik saja.
Nabi s.a.w. telah bersabda:
“Tidak akan lurus keimanan seorang hamba, sehingga lurus pula hatinya, dan tidak akan lurus hatinya, sehingga lurus pula lidahnya. Dan seorang hamba tidak akan memasuki syurga, selagi tetangganya belum aman dari kejahatannya.”
Berkata Mu’az bin Jabal kepada Rasulullah s.a.w.: Apakah kita akan dihisab juga atas apa yang kita katakan, wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab: Wahai Mu’az! Tidakkah engkau ketahui bahawa manusia itu akan ditelengkupkan menerusi hidung-hidung mereka disebabkan hasil tuaian lidah-lidah mereka.
Ibu Mas’ud (Abdullah bin Mas’ud) r.a. pernah berkata: Wahai lidah! Sebutkanlah yang baik-baik, nescaya engkau akan dapat faedah. Dan berdiamlah dari berkata buruk, nescaya engkau terselamat sebelum engkau menyesal.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Barangsiapa yang memelihara lidahnya, Allah akan menutup kecelaannya. Barangsiapa yang menahan kemarahannya, Allah akan melindunginya dari siksaNya. Dan barangsiapa yang menyatakan keuzurannya kepada Allah, Allah akan menerima uzurnya”.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka berkatalah yang baik ataupun berdiam saja”
Sabdanya lagi:
“Jagalah lidahmu kecuali bila berkata yang baik. Dengan berlaku demikian engkau akan mengalahkan syaitan.”
Thursday, March 21, 2013
PELANTIKAN BARU
Berikut ialah guru-guru yang dilantik untuk menganggotai PIBG SK. PUSAT sesi 2013/2014:
1. Pn. Zaida bt. Ibrahim - Setiausaha
2. En. Saiful Adely bin Abdullah - Bendahari
3. En. Mohd Noor bin A. Rahman - AJK
4. En. Mohd Firdaus bin Razali - AJK
5. En. Abdul Hadi bin Salim - AJK
6. Cik Salmihah bt. Muhamad - AJK
7. Pn. Suria Aziana bt. Mhd. Atan - AJK
Manakala Panitia PJK pula, bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Pn. Faznah Irani,
1. En. Mohd Shamsul Haimi bin Ngah - Pengerusi
2. Pn. Suria Aziana bt. Mhd Atan - Setiausaha
Perubahan bagi PENJANA
1. Pn. Fifi Afida bt. Mohd Zainal Abidin - Setiausaha Misi/ JKS
2. Pn. Umi Suhaiza bt. Yaakub - Ketua Penjana 10
Semua pelantikan dan perubahan itu mula berkuatkuasa pada 20.3.2013. Tahniah. Semoga dapat menjalankan tugas dengan efisyen dan berketerampilan.
1. Pn. Zaida bt. Ibrahim - Setiausaha
2. En. Saiful Adely bin Abdullah - Bendahari
3. En. Mohd Noor bin A. Rahman - AJK
4. En. Mohd Firdaus bin Razali - AJK
5. En. Abdul Hadi bin Salim - AJK
6. Cik Salmihah bt. Muhamad - AJK
7. Pn. Suria Aziana bt. Mhd. Atan - AJK
Manakala Panitia PJK pula, bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Pn. Faznah Irani,
1. En. Mohd Shamsul Haimi bin Ngah - Pengerusi
2. Pn. Suria Aziana bt. Mhd Atan - Setiausaha
Perubahan bagi PENJANA
1. Pn. Fifi Afida bt. Mohd Zainal Abidin - Setiausaha Misi/ JKS
2. Pn. Umi Suhaiza bt. Yaakub - Ketua Penjana 10
Semua pelantikan dan perubahan itu mula berkuatkuasa pada 20.3.2013. Tahniah. Semoga dapat menjalankan tugas dengan efisyen dan berketerampilan.
Wednesday, March 20, 2013
MEMO: E-PANTAU DAN SAPS UJIAN 1
Assalamu'alaikum,
Masih ramai guru yang belum mengisi markah dalam e-pantau dan SAPS.
Terdapat juga guru matapelajaran yang belum mendaftar murid dan subjek dalam SAPS.
Sila lengkapkan segera kedua-dua pangkalan data tersebut sebelum 22 MAC 2013.
Sekian. Harap maklum.
Masih ramai guru yang belum mengisi markah dalam e-pantau dan SAPS.
Terdapat juga guru matapelajaran yang belum mendaftar murid dan subjek dalam SAPS.
Sila lengkapkan segera kedua-dua pangkalan data tersebut sebelum 22 MAC 2013.
Sekian. Harap maklum.
Tuesday, March 19, 2013
MAJLIS BERSAMA PEMIMPIN
Tarikh: Khamis, 21 MAC 2013
Masa: 3.00 petang
Tempat: Dewan Berlian Utama, MPK.
Seluruh warga pendidikan sekolah diminta hadir ke majlis tersebut.
Nota: Sila rujuk Surat JPNT di Papan Kenyataan.
Monday, March 18, 2013
SEGERA: E-OPERASI
Masih ramai guru dan staf yang belum sahkan maklumat diri masing-masing dalam e-operasi. Sesiapa yang lupa ID dan password serta tiada dalam pangkalan data, sila maklumkan seberapa segera kepada Cikgu Mohd Khairi pada hari ini kerana Guru Besar akan sahkan esok, 20 MAC 2013. Sekian. Terima kasih.
TOLONG SEBARKAN.
SOLAT KAMIL - GURU SEBAGAI DA'IE
Setiap guru adalah da'ie. Di depan kita adalah anak-anak didik yang sentiasa dahagakan tunjuk ajar dan bimbingan kita. Melalui Program Solat Kamil, kita sasarkan 2 matlamat utama iaitu melahirkan pelajar yang sah solatnya dari segi bacaan, perbuatan dan rukun-rukunnya. Matlamat yang kedua ialah melahirkan pelajar yang menyempurnakan solat 5 waktunya.
Jawatankuasa Solat Kamil telah mengusahakan tindakan-tindakan di sebalik kekangan masa dan hambatan kerja. Justeru itu, semua guru sebagai da'ie hendaklah memainkan peranan MEMBANTU mengikut kemampuan masing-masing untuk menjayakan matlamat tersebut.
Di dalam PdP, nilai murni merentasi kurikulum boleh diaplikasikan dengan cara memulakan set induksi dengan bertanya dan memotivasi pelajar tentang pelaksanaan solat mereka. Hal ini tidak terletak di atas bahu guru-guru agama sahaja. Allah mengamanahkan kerja dakwah ini kepada semua hamba-Nya apalagi kita sebagai guru.
Hendaknya, lazimilah bertanya dan memotivasi murid agar menyempurnakan solat 5 waktu seiring dengannya mengingatkan mereka untuk melakukan solat dengan betul dan sah. Berbahagialah sesiapa sahaja yang menyahut seruan dakwah ini. Moga Allah s.w.t. memberi ganjaran pahala atas kecaknaan rakan-rakan seperjuangan semua.
Jawatankuasa Solat Kamil telah mengusahakan tindakan-tindakan di sebalik kekangan masa dan hambatan kerja. Justeru itu, semua guru sebagai da'ie hendaklah memainkan peranan MEMBANTU mengikut kemampuan masing-masing untuk menjayakan matlamat tersebut.
Di dalam PdP, nilai murni merentasi kurikulum boleh diaplikasikan dengan cara memulakan set induksi dengan bertanya dan memotivasi pelajar tentang pelaksanaan solat mereka. Hal ini tidak terletak di atas bahu guru-guru agama sahaja. Allah mengamanahkan kerja dakwah ini kepada semua hamba-Nya apalagi kita sebagai guru.
Hendaknya, lazimilah bertanya dan memotivasi murid agar menyempurnakan solat 5 waktu seiring dengannya mengingatkan mereka untuk melakukan solat dengan betul dan sah. Berbahagialah sesiapa sahaja yang menyahut seruan dakwah ini. Moga Allah s.w.t. memberi ganjaran pahala atas kecaknaan rakan-rakan seperjuangan semua.
Friday, March 15, 2013
TAZKIRAH JUMAAT
BEZA ANTARA MERENDAH DIRI DENGAN
MERASAKAN DIRI RENDAH
Para pembaca yang budiman,
Antara
sifat yang mulia ialah sifat merendah diri sesama insan lebih-lebih lagi kepada
orang yang lebih rendah kedudukannya daripada kita. Mulialah manusia yang
merendah diri. Mereka terdiri daripada orang-orang yang tawaduk dan soleh. Dipesan
oleh nenek moyang kita bahawa ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya.
Ketahuilah
para budiman sekalian bahawa kedapatan manusia yang sanggup merendah diri dalam
situasi umum tetapi tidak pula rela melihat manusia yang lebih rendah
kedudukannya mengatasi mereka. Mereka mula rasa tercabar. Mereka terasa malu
apabila pada suatu ketika orang yang dahulunya rendah tiba-tiba ditakdirkan
naik kedudukannya melebihi dirinya. Kini orang seperti ini telah diganggui oleh
rasa besar dirinya.
Justeru
itu, para budiman mesti benar-benar mempunyai jiwa yang zuhud dan tawaduk dalam
merendah diri. Dan ketahuilah bahawa manusia yang lebih mulia di sisi Allah Ta'ala ialah manusia yang
merasakan dirinya rendah. Orang seperti ini tidak akan rasa hairan dan tergugat
apabila ada manusia yang lebih rendah kedudukannya tiba-tiba diangkat oleh
Allah berada pada kedudukan yang lebih baik daripadanya. Dia tidak akan berasa apa-apa dan tidak juga
merasakan bahawa Allah merendahkan kedudukannya kerana dia secara insaf dan
zuhud merasakan dirinya memang kerdil, rendah dan berjiwa hamba kepada Allah
s.w.t. Hanya dalam situasi begini manusia benar-benar bebas dari sifat riak,
takabbur, ujub dan segala sifat yang hanya wajar dimiliki oleh Allah Yang Mencipta
alam semesta.
Kata-kata
hikmat:
Orang
yang merendah diri ada ketikanya merasakan dirinya tinggi. Manakala orang yang
merasakan dirinya rendah tidak sedar dirinya tinggi di sisi manusia dan Allah.
Wednesday, March 13, 2013
KENAIKAN GAJI TAHUNAN 2013
Pengumuman oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dalam Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ketiga Belas (MAPPA XIII) mengenai kebajikan Penjawat Awam pada 11 Mac 2013.
Kenaikan Gaji Tahunan 2013
Semua guru akan menikmati Kenaikan Gaji Tahunan seperti biasa.
Pada 1 Julai 2013 akan menerima satu lagi tambahan Kenaikan Gaji Tahunan . Ini bermakna untuk tahun 2013 akan terima 1KGT Biasa + 1KGT tambahan = 2 KGT
Gaji Maksima
1.1.2013 – Satu kenaikan
1.1.2014 – Satu kenaikan
1.1.2015 – Satu kenaikan
Apabila gaji naik, kita syukur kepada Allah s.w.t. Antara tanda syukur ialah kita menginfaqkan sebahagiannya untuk jalan Allah. Mudah-mudahan rezeki kita berkat di samping meneruskan pelaksanaan tanggungjawab terhadap sekolah dan anak didik kita.
Apabila gaji naik, kita syukur kepada Allah s.w.t. Antara tanda syukur ialah kita menginfaqkan sebahagiannya untuk jalan Allah. Mudah-mudahan rezeki kita berkat di samping meneruskan pelaksanaan tanggungjawab terhadap sekolah dan anak didik kita.
Monday, March 11, 2013
JADUAL PELAKSANAAN LINUS 2.0
Saringan Membaca/Lisan: 10 Mac hingga 19 april 2013
Saringan Menulis, Bertulis: 21 April hingga 30 April 2013
Memasukkan Data Saringan: 6 Mei hingga 17 Mei 2013
Semua murid Tahun1,2 dan 3 terlibat dengan saringan ini.
Nota:
Ibu bapa boleh membantu dan memberi bimbingan di rumah agar anak-anak mampu menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira dengan kadar yang segera.
Sunday, March 10, 2013
KELEBIHAN SURAH AT-TAUBAH AYAT 128-129
Barangsiapa yang setiap harinya membaca dua ayat yang akhir dari surah
At Taubah sebanyak 7x yang diulang sesudah solat fardhu, maka:
- jika dia seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat.
- jika dia seorang yang hina, maka akan menjadi seorang yang mulia.
- jika dia seorang yang kalah, maka akan segera mendapatkan pertolongan.
- jika dia seorang yang berkesempitan, maka akan mendapat kelapangan.
- jika dia seorang yang berhutang, maka akan segera dapat membayar.
- jika dia seorang yang berada dalam kesusahan, maka akan hilang kesusahannya.
- jika dia seorang yang sulit dalam penghidupan, maka akan segera mendapat kelapangan kehidupan.
jom sama2 kita amalkan!!
Thursday, March 7, 2013
KEMASKINI E-OPERASI
Salam hormat,
Semua Guru Besar Negeri Terengganu
Sila pastikan semua guru sekolah tuan memasuki sistem e-OPERASI ini bagi menyemak dan memperakusahkan data masing-masing bermula 1 hingga 20 Mac 2013.Sekiranya terdapat kesilapan pada data dan perlukan pindaan, guru berkenaan perlu berhubung dengan Guru Penolong Kanan Pentadbiran sekolah masing-masing untuk dibuat pindaan.Guru Penolong Kanan Pentadbiran perlu menggunakan Id dan Passwordmereka untuk memasuki sistem e-OPERASI. Id dan Password GPK Pentadbiran dan juga GB tidak sewajarnya diketahui oleh guru-guru lain. Ini bagi memastikan integriti danakauntabiliti pengemaskinian dan pengesahan oleh pihak pengurusan sekolah.
Kerjasama tuan amat dihargai.
Jika pihak tuan menghadapi masalah dan memerlukan pertanyaan sila hubungi:
1. En. Mat Lin bin Mat Nor- PP Data dan ABM (096213327 / 0139816263)
2. En. Kamal bin Abdullah -PP Guru USR (096213109/ 0199201514)
Surat arahan Pengemaskinian e-OPERASI. KLIK
UJIAN AWAL TAHUN - MAKLUMAN UNTUK GURU
1. Ujian melibatkan murid Tahun 4,5 dan 6 sahaja.
2. Subjek ujian ialah BM, BI, MATEMATIK, SAINS dan P.ISLAM sahaja.
3. Kertas soalan boleh diambil di Bilik Mesyuarat.
4. Pengawasan mengikut jadual pdp biasa.
4. Markah diperlu diisi ke dalam epantau DAN SAPS selewat-lewatnya pada 27 MAC 2013.
Monday, March 4, 2013
SUMBANGAN ANDA MEMBANTU MISI AKADEMIK SEKOLAH
Jika Tuan-puan yang budiman ingin berbakti
untuk murid-murid, kami sedia menerima sumbangan untuk menjayakan Misi Akademik
Sekolah:-
A)
Ilmu dan Kepakaran
i)
Ceramah motivasi untuk murid-murid
ii)
Bimbingan akademik seperti kelas
tambahan atau bimbingan berkumpulan
iii)
Apa sahaja ilmu dan kepakaran yang
sesuai untuk murid-murid
B)
Material
i)
Kain rentang atau banting
ii)
Buku-buku, majalah dan lain-lain
sama ada yang baru atau terpakai.
C)
Tajaan ( secara berkongsi atau
tajaan penuh)
i)
Program Solat Hajat UPSR -
Siri 2 -
RM 1000.00
ii)
Program Solat Kamil - RM
500.00
iii)
Insentif Ujian Awal Tahun - RM
500.00
iv)
Insentif Peperiksaan Pertengahan
Tahun -
RM1 000.00
v)
Insentif Peperiksaan Akhir
Tahun - RM 1 000.00
vi)
Hari Anugerah Kecemerlangan -
RM 3 000.00
vii)
Majalah Akademik dan Agama (7
bulan) - RM 700.00
viii)
Hadiah Kuiz BUDI ( 7 keluaran)
- RM700.00
ix)
Kos penerbitan Risalah BUDI ( 7
keluaran) - RM 300.00
Sumbangan juga boleh disalurkan kepada TABUNG
BUDIMAN SK PUSAT KEMAMAN secara tunai atau cek Bank Islam yang bernombor akaun:
13026010052595. Segala pertanyaan, boleh berhubung
dengan PK1, En. Mohd Zor bin Ali.
Sunday, March 3, 2013
PERMOHONAN PENEMPATAN KANAK-KANAK MASUK KE
SEKOLAH
RENDAH BAGI SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2014 DAN
2015 DAN
PERMOHONAN MEMASUKI PRASEKOLAH TAHUN 2014
Adalah dengan hormatnya merujuk perkara di atas, permohonan penempatan
kanak-kanak hanya boleh dibuat seawal
DUA Tahun dan permohonan memasuki Prasekolah akan diadakan
seperti berikut : -
Tarikh : Mulai 01 MAC 2013
Hari/Masa : Hari
Bekerja / Waktu Pejabat sahaja
Tempat :
Pejabat SK PUSAT, Kemaman
2. Kanak-kanak yang layak memohon ialah
2.1
Lahir 02.01.2007 hingga 01.01.2008 – yang BELUM membuat
permohonan penempatan untuk tahun persekolahan Tahun 1 /2014
2.2 Lahir 02.01.2008 hingga 01.01.2009 - Tahun 1 /2015
/ Prasekolah 2014
3. Ibubapa / Penjaga dikehendaki bawa bersama
3.1 My Kid Kanak-kanak berkenaan (Asal dan 1 salinan fotostate)
3.2 Sijil lahir
kanak-kanak berkenaan (Salinan asal & 1 salinan fotostate)
3.3 Bukti alamat tempat tinggal (Bil elektrik,
air @ dokumen lain, jika perlu)
3.4 Salinan slip gaji ibubapa/penjaga (Untuk
permohonan Prasekolah)
Sekian, terima kasih.
” Guru Penyayang Murid
Berkualiti”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
(ZAINI BINTI MAT
NOR)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Pusat,
24000 Kemaman,
Subscribe to:
Comments (Atom)













