Sunday, March 3, 2013




PERMOHONAN PENEMPATAN KANAK-KANAK MASUK KE SEKOLAH
RENDAH BAGI SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2014 DAN 2015 DAN
PERMOHONAN MEMASUKI PRASEKOLAH TAHUN 2014

Adalah dengan hormatnya merujuk perkara di atas, permohonan penempatan
kanak-kanak hanya boleh dibuat seawal  DUA Tahun dan permohonan memasuki Prasekolah akan diadakan seperti berikut : -

            Tarikh          :    Mulai 01 MAC 2013
            Hari/Masa   :    Hari Bekerja / Waktu Pejabat sahaja
            Tempat       :    Pejabat SK PUSAT, Kemaman

      2.    Kanak-kanak yang layak memohon ialah

            2.1   Lahir 02.01.2007 hingga 01.01.2008 – yang BELUM membuat             
         permohonan penempatan untuk tahun persekolahan Tahun 1 /2014
                   
            2.2    Lahir 02.01.2008  hingga 01.01.2009 - Tahun 1 /2015 / Prasekolah 2014

3.      Ibubapa / Penjaga dikehendaki bawa bersama

            3.1    My Kid Kanak-kanak berkenaan   (Asal dan 1 salinan fotostate)
            3.2    Sijil lahir kanak-kanak berkenaan (Salinan asal & 1 salinan fotostate)
            3.3    Bukti alamat tempat tinggal (Bil elektrik, air @ dokumen lain, jika perlu)
3.4    Salinan slip gaji ibubapa/penjaga (Untuk permohonan Prasekolah)

Sekian, terima kasih.

”           Guru Penyayang Murid Berkualiti”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,



(ZAINI BINTI MAT NOR)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Pusat,
24000 Kemaman,

No comments:

Post a Comment