Thursday, March 7, 2013

KEMASKINI E-OPERASI


Salam hormat,
Semua Guru Besar  Negeri Terengganu
Sila pastikan semua guru sekolah tuan memasuki sistem e-OPERASI ini bagi menyemak dan memperakusahkan data masing-masing bermula 1 hingga 20 Mac 2013.Sekiranya terdapat kesilapan pada data dan perlukan pindaan,  guru berkenaan perlu berhubung dengan Guru Penolong Kanan Pentadbiran sekolah masing-masing untuk dibuat pindaan.Guru Penolong Kanan Pentadbiran perlu menggunakan Id dan Passwordmereka untuk memasuki sistem e-OPERASIId dan Password  GPK Pentadbiran dan juga GB tidak sewajarnya diketahui oleh guru-guru lain. Ini bagi memastikan integriti danakauntabiliti pengemaskinian dan pengesahan oleh pihak pengurusan sekolah.
Kerjasama tuan amat dihargai.
Jika pihak tuan menghadapi masalah dan memerlukan pertanyaan sila hubungi:
 1. En. Mat Lin bin Mat Nor- PP Data dan ABM (096213327 / 0139816263)
 2. En. Kamal bin Abdullah -PP Guru USR (096213109/ 0199201514)
   
Surat arahan Pengemaskinian e-OPERASI. KLIK
Diharapkan guru-guru mengisi Buku Catatan Kursus/Mesyuarat ( Buku Kulit Merah) yang berada di atas kaunter Pejabat apabila guru-guru mengikuti mesyuarat atau kursus.
Sekian. Terima kasih.

UJIAN AWAL TAHUN - MAKLUMAN UNTUK GURU


1. Ujian melibatkan murid Tahun 4,5 dan 6 sahaja.
2. Subjek ujian ialah BM, BI, MATEMATIK, SAINS dan P.ISLAM sahaja.
3. Kertas soalan boleh diambil di Bilik Mesyuarat.
4. Pengawasan mengikut jadual pdp biasa. 
4. Markah diperlu diisi ke dalam epantau DAN SAPS selewat-lewatnya pada 27 MAC 2013.

Monday, March 4, 2013

SUMBANGAN ANDA MEMBANTU MISI AKADEMIK SEKOLAH




Jika Tuan-puan yang budiman ingin berbakti untuk murid-murid, kami sedia menerima  sumbangan untuk menjayakan Misi Akademik Sekolah:-
A)     Ilmu dan Kepakaran
i)                    Ceramah motivasi untuk murid-murid
ii)                   Bimbingan akademik seperti kelas tambahan atau bimbingan berkumpulan
iii)                 Apa sahaja ilmu dan kepakaran yang sesuai untuk murid-murid
B)      Material
i)                    Kain rentang atau banting
ii)                   Buku-buku, majalah dan lain-lain sama ada yang baru atau terpakai.
C)      Tajaan ( secara berkongsi atau tajaan penuh)
i)                    Program Solat Hajat   UPSR  - Siri 2  -  RM 1000.00
ii)                   Program Solat Kamil   -   RM 500.00
iii)                 Insentif Ujian Awal Tahun   -   RM 500.00
iv)                 Insentif Peperiksaan Pertengahan Tahun   -  RM1 000.00
v)                  Insentif Peperiksaan Akhir Tahun  -    RM 1 000.00
vi)                 Hari Anugerah Kecemerlangan    -   RM 3 000.00
vii)               Majalah Akademik dan Agama (7 bulan)    -  RM 700.00
viii)              Hadiah Kuiz BUDI ( 7 keluaran) -  RM700.00
ix)                 Kos penerbitan Risalah BUDI ( 7 keluaran)  -  RM 300.00
Sumbangan juga boleh disalurkan kepada TABUNG BUDIMAN SK PUSAT KEMAMAN secara tunai atau cek Bank Islam yang bernombor akaun: 13026010052595. Segala pertanyaan, boleh berhubung dengan PK1, En. Mohd Zor bin Ali.

Sunday, March 3, 2013




PERMOHONAN PENEMPATAN KANAK-KANAK MASUK KE SEKOLAH
RENDAH BAGI SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2014 DAN 2015 DAN
PERMOHONAN MEMASUKI PRASEKOLAH TAHUN 2014

Adalah dengan hormatnya merujuk perkara di atas, permohonan penempatan
kanak-kanak hanya boleh dibuat seawal  DUA Tahun dan permohonan memasuki Prasekolah akan diadakan seperti berikut : -

            Tarikh          :    Mulai 01 MAC 2013
            Hari/Masa   :    Hari Bekerja / Waktu Pejabat sahaja
            Tempat       :    Pejabat SK PUSAT, Kemaman

      2.    Kanak-kanak yang layak memohon ialah

            2.1   Lahir 02.01.2007 hingga 01.01.2008 – yang BELUM membuat             
         permohonan penempatan untuk tahun persekolahan Tahun 1 /2014
                   
            2.2    Lahir 02.01.2008  hingga 01.01.2009 - Tahun 1 /2015 / Prasekolah 2014

3.      Ibubapa / Penjaga dikehendaki bawa bersama

            3.1    My Kid Kanak-kanak berkenaan   (Asal dan 1 salinan fotostate)
            3.2    Sijil lahir kanak-kanak berkenaan (Salinan asal & 1 salinan fotostate)
            3.3    Bukti alamat tempat tinggal (Bil elektrik, air @ dokumen lain, jika perlu)
3.4    Salinan slip gaji ibubapa/penjaga (Untuk permohonan Prasekolah)

Sekian, terima kasih.

           Guru Penyayang Murid Berkualiti”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,



(ZAINI BINTI MAT NOR)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Pusat,
24000 Kemaman,