Saturday, April 23, 2011

MENGAPA 'TIDAK SKOR' DALAM PEPERIKSAAN?




Semua pelajar mahu markah setinggi mungkin. Kalau tidak dapat 100%, sekurang-kurangnya dapat A iaitu 80% ke atas. Tetapi mengapakah hajat hati tidak tercapai?

Antara faktornya ialah pelajar malas mengulangkaji. Pelajar pasti tahu bahawa antara soalan yang dikemukakan, diambil daripada tajuk atau topik yang telah dipelajari beberapa bulan yang lepas. Banyak juga soalan dipetik daripada pelajaran tahun sebelumnya.

Justeru itu, sekiranya pelajar tidak mengulangkaji, sudah pasti pelajar tidak dapat menjawab soalan yang berkaitan dengan topik-topik lepas kerana sudah lupa. Inilah yang biasa berlaku. Pelajar banyak kehilangan markah ( tidak boleh menjawab) kerana telah lupa.

Kesimpulannya, untuk skor markah yang tinggi, pelajar MESTI rajin mengulangkaji pelajaran terutamanya beberapa minggu sebelum peperiksaan. Ini dapat membantu pelajar untuk mencapai kejayaan yang dihajati.

Sekian untuk kali ini.

Wednesday, April 13, 2011

PANTUN EMBUN








Setitis embun sejuk segar,

Pagi-pagi dingin sekali;

Insan berilmu rajin belajar,

Letih penat tidak peduli.


Setitis embun suci bersih,

Di hujung daun macam permata;

Bukan masa menyemai kasih,

Menara gading menjadi cita.


Setitis embun di subuh hari,

Basah rumput bagai disiram;

Ceria wajah nampak berseri,

Ditempa pada hari kejayaan.

Sunday, April 10, 2011

Wednesday, April 6, 2011

PANTUN RAJIN BELAJAR









Setitik embun sejuk segar,
Pagi-pagi dingin sekali;
Insan berilmu rajin belajar,
Letih dan penat tidak peduli.

Tuesday, April 5, 2011

BELAJAR SECARA BERFOKUS


Setelah seharian di sekolah
Kalian datang pula ke kelas tuisyen
Badan yang letih belum hilang
Namun demi kecemerlangan
Segala rehat dan santai dikorbankan.

Sampai di kelas tuisyen
Bersama yuran
Ibu bapa menghantar
Nanti datang menjemput pulang
Mereka lagi penat bekerja siang malam
Untuk anak demi masa depan.

Aduh!
Kalian belajar sambil bermain
Banyak bercakap masa terbuang
Kerja tak siap dibawa pulang
Kerja bertangguh tidak tertahan
Prestasi akhirnya tiada perubahan
Sia-sia ibu bapa berkorban.

Pelajarku,
marilah belajar secara berfokus
tumpuan penting lupakan segala
mudah faham dan ingat pula
mudah menjadi murid berjaya.

dari: CikguMaya.

Monday, April 4, 2011

NOTA NOVEL "BUKAN DUNIAKU"



1. Sinopsis ( Ringkasan Cerita )

Halim – remaja berusia 15 tahun.Lari dari rumah kerana merajuk kerana ibu bapanya lupa akan hari jadinya.
Bekerja sebagai pencuci kereta dengan Abang Joe – ketua sindiket dadah.Abang Joe memeras tenaga remaja dan mengambil semua wang upah.Abang Joe paksa Halim dan remaja lain kerja cuci kereta dan jaga petak letak kereta.Halim dan rakannya ditempatkan di sebuah pondok usang.
Suatu malam Halim bermimpi bertemu ibunyanya. Dalam mimpi itu, ibu Halim beritahu bahawa ayahnya marah kepadanya kerana lari daripada rumah.
Saleh – kawan rapat Halim – tidak bersekolah kerana miskin - ke bandar untuk cari kerja bagi membantu keluarga – tetapi diperangkap oleh Abang Joe.
Halim berkenalan dengan seorang pemuda bernama Fariz. Fariz buat baik kepada Halim – belanja makan Halim.
Suatu hari, Halim dan Saelh dipukul oleh konco-konco Abang Joe. Namun Abang Joe berjaya ditangkap oleh polis. Fariz – kawan Halim – sebenarnya polis yang ingin menyiasat kegiatan Abang Joe. Fariz berjaya menyelamatkan Halim dan remaja lain. Masing-masing pulang ke pangkuan keluarga.
Halim kirim surat kepada Saleh – Dia beritahu bahawa ayahnya akan menanggung persekolahan Saleh.


2. TEMA DAN PERSOALAN

Tema :–
Ketabahan hati seorang remaja lelaki dalam menempuh cabaran kehidupan setelah terperangkap dalam sindiket haram. Halim tabah meneruskan kehidupan dengan bekerja sebagai pencuci kereta walaupun Abang Joe tidak membayar sebarang upah kepadanya.

Persoalan-persoalan:-
1. Remaja yang kurang matang mudah merajuk apabila berlaku sesuatu yang mengguris hatinya. Apabila ibu bapa Halim terlupa menyambut hari jadinya, Halim merajuk lalu melarikan diri ke kota.
2. Manusia yang tidak bertanggungjawab sentiasa mengambil kesempatan terhadap seseorang. Abang Joe, ketua sindikat dadah, memeras tenaga para remaja untuk mengaut hasil daripada mereka.
3. Semangat setiakawan yang tinggi. Saleh dan Halim saling bersimpati dan bantu-membantu antara satu sama lain.
4. Peranan pihak berkuasa dalam membasmi jenayah. Anggota polis yang diketuai oleh Fariz menyiasat dan akhirnya dapat memberkas penjenayah yang diketuai oleh Abang Joe.
5. Kesempitan ekonomi menimbulkan pelbagai masalah. Keluarga Saleh miskin menyebabkan Saleh terpaksa berhenti sekolah dan mencari pekerjaan di kota.

Formula Matematik Hebat Atau Gila?: 4 - 3 = 5



Assalamu’alaikum dan salam sejahtera buat pengunjung blog komenebook.com yang saya hormati.

Semalam saya berkesempatan berbual dengan kenalan rapat saya, Mr. Syed; Kebetulan saya singgah di pejabat beliau, saya berkesempatan berborak dengan beliau di samping bertemu dengan seorang lagi senior lama. (Dunia ni memang kecik). Masa itu beliau sedang bercakap tentang beberapa produk saham dan wasiat. Jadi, saya luangkan masa untuk mendengar ulasan beberapa produk yang beliau ceritakan.

Sedang beliau bercerita, entah macam mana terkeluar satu kenyataan beliau.

“Saya boleh buktikan bahawa 4 – 3 = 5!”, tegas beliau dengan penuh yakin. Saya dan senior agak tercengang.

Saya mencelah, “kalau 1 + 1 = 3 tu (ibu + bapa = ibu, bapa & anak), saya biasa la dengar dan boleh tunjuk”. Tak lama kemudian, senior saya yang sorang lagi terpaksa berundur diri, sebab untuk menyelesaikan beberapa urusan.

Selepas senior saya keluar. Kami berbincang mengenai beberapa perkara. Kemudian, saya tanya Mr.Syed tentang teori pelik tersebut. Memang saya hairan dan ingat dia ni, saje je wat poyo. Sebab dia ni, suka jugak bergurau. Jadi, dia keluarkan satu kertas, dan lakarkan teori 4 – 3 = 5 itu…inilah hasilnya:

4 - 3 = 5...teori hebat kan?

Selepas itu, baru saya nampak dengan jelas, dari 4 bucu, kita keluarkan segitiga, dan hasilnya akan dapat lima bucu. Kalau diterjemah kot bahasa omputih, 5 segi ni maksudnya “Penta”, ada yang sebut “Pentagon” (macam bangunan kat USA sanala). Mungkin masa mereka nak wat Pentagon dulu, asal-asal 4 penjuru je kot..kemudian, tetiba mereka nak wat bentuk 5 bucu, sebab nak jimatkan kos :-)