PERIBAHASA DAN DIKSI PILIHAN


PERIBAHASA
*       Ada udang di sebalik batu
= ada tujuan tertentu di sebalik sesuatu perbuatan.
*       Ada perahu hendak berenang
= ada kemudahan tetapi tidak digunakan sebaliknya memilih jalan yang sukar.
*       Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah
= dua kuasa besar berperang menyebabkan pihak yang lemah menjadi mangsa.
*       Pisang tidak berbuah dua kali
= sesuatu perkara yang tidak baik akan sentiasa diingati agar tidak berulang lagi.
*       Enggang lalu ranting patah
= seseorang yang pernah melakukan kejahatan, walaupun tidak melakukannya, tetap dituduh.
*       Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung @ Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
= Kita hendaklah mengikut adat, peraturan atau budaya sesuatu tempat di mana kita berada.
*       Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat
= Diam orang yang cerdik mendatangkan hasil tetapi diam orang yang bodoh mendatangkan keburukan.
*       Seperti belut pulang ke lumpur @ Seperti gagak pulang ke benua @ Ke mana terbangnya bangau kalau tidak ke belakang kerbau
= Orang yang merantau akhirnya akan pulang ke kampung juga
*       Genggam bara api biar sampai jadi arang @ Alang-alang mandi biar basah @ Alang-alang berdakwat biar hitam @ Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan
= Melakukan sesuatu kerja mestilah hingga selesai dan sempurna.
*       Orang lain makan nangka, orang lain yang kena getah
= Orang lain yang melakukan kejahatan, orang lain yang dituduh.
*       Bagai aur ditarik songsang
= Susah berbincang dengan orang yang berbeza pendapat.
*       Bagai mencurah air ke daun keladi @ Bagai mencurah garam kelaut @ Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri @ Bagai hujan jatuh ke pasir
=  Nasihat yang tidak memberi kesan
*       Lembu punya susu, sapi punya nama
= Orang lain yang buat kebaikan, orang lain pula yang dipuji
*       Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercatum juga @ Air dicencang tak akan putus
= Perkelahian adik-beradik tidak panjang, akhirnya mereka akan berbaik kembali
*       Menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri @ Membuka pekung di dada
=  Sekiranya kita menceritakan keburukan keluarga sendiri, akhirnya kita juga yang mendapat malu
*       Menunggu kucing bertanduk @ Menunggu buah yang tak gugur
= mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin berlaku
*       Seperti anjing menyalak bukit
=  Perbuatan menyalahkan pihak berkuasa tidak memberi kesan atau sia-sia
*       Seperti enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
=  Orang yang mementingkan diri sendiri
*       Api di dalam sekam
       =Perbuatan jahat yang tidak disedari kerana dilakukan secara senyap
*       Seperti musang berbulu ayam @ Seperti gunting di dalam lipatan @ Seperti musuh di dalam selimut
= Orang jahat atau musuh yang menyamar di dalam suatu kumpulan
*       Bagai melepaskan batuk di tangga @ Hangat-hangat tahi ayam
= Melakukan kerja dengan tidak bersungguh-sungguh
*       Seperti buku bertemu ruas
=  Berhadapan atau berlawan dengan orang yang sama gagah
*       Yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran @ Seperti anjing dengan bayang-bayang
= Orang yang tamak selalu rugi
*       Biar putih tulang, jangan putih mata
= Baik berlawan daripada menyerah kalah
*       Kalau tak dipecahkan ruyung, mana akan dapat sagunya
= Kita mestilah berusaha jika mahu berjaya
*       Seperti cencaru makan petang
= Orang atau pasukan yang mendapat keuntungan pada saat-saat akhir
*       Alah membeli menang memakai
=  Barang yang mahal, baik mutunya dan tahan lama
*       Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi
=  Apabila sudah mendapat sesuatu yang lebih baik, yang kurang baik dilupakan
*       Tiada rotan akar pun berguna juga
=  Tiada yang lebih baik, yang kurang baik pun memadailah
*       Berkerat rotan berpatah arang
=  Hubungan yang putus buat selama-lamanya
*       Sudah jatuh ditimpa tangga
= Orang yang mendapat kesusahan bertimpa-timpa
*       Bagai si buta kehilangan tongkat @ Patah kandar @ Seperti anak ayam kehilangan ibu
=  Susah kerana hilang tempat bergantung dan berharap
*       Bagai si kudung mendapat cincin
= Orang yang tidak dapat menggunakan sesuatu pemberian
*       Bagai kera mendapat bunga
= Orang yang tidak pandai menghargai pemberian orang
*       Enggang sama enggang, pipit sama pipit
=  Orang yang berkawan mengikut pangkat atau darjat
*       Bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi
=  Sesuatu pergaduhan itu berlaku kerana kesalahan kedua-dua belah pihak
*       Bertepuk sebelah tangan @ Seperti pungguk rindukan bulan
=  Cinta yang tidak mendapat balasan
*       Seperti rusa masuk kampung
= Orang yang tercengang-cengang apabila masuk ke bandar atau suatu tempat baru
*       Bapa borek anak rintik
=  Kelakuan atau bakat anak dengan ibu bapanya yang sama
*       Bagaimana acuan begitulah kuihnya
=  Perangai anak sama seperti didikan yang diterimanya
*       Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi
= Bakat ibu bapa akan diwarisi oleh anak
*       Bagai  pinang dibelah dua @ Bagai cincin dengan permata
=  Pasangan yang sama cantik dan sama padan
*       Hanya jauhari yang kenal manikam
= Orang yang pakar sahaja dalam sesuatu bidang tahu akan nilai sesuatu
*       Seperti mengajar itik berenang
=Mengajar orang yang sudah pandai
*       Seperti tikus membaiki labu
= Orang yang tidak pandai, apabila dia membaiki sesuatu maka menjadi semakin rosak.
*       Seperti pahat dengan penukul
= Orang yang melakukan kerja hanya apabila disuruh
*       Alah bisa tegal biasa
= Orang yang biasa melakukan sesuatu kerja, akan menjadi mudah.
*       Bagai murai tercabut ekor
= Orang yang membuat bising
*       Bagai telur di hujung tanduk
= Keadaan yang genting atau cemas.
*       Air yang tenang jangan disangka tiada buaya
=  Orang yang pendiam jangan disangka boleh dipermainkan.
*       Abu di atas tunggul
= Kedudukan atau pekerjaan  yang tidak tetap
*       Seperti lalang ditiup angin
= Tidak tetap pendirian
*       Seperti kerbau dicucuk hidung
=  Orang yang hanya menurut suruhan orang tanpa berfikir baik buruknya.
*       Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan
=Kita hendaklah insaf apabila melakukan kesalahan.
*       Ukur baju di badan sendiri
=  Berbelanja atau lakukan sesuatu mengikut kemampuan diri sendiri
*       Besar periuk, besarlah keraknya
= Orang yang bergaji besar, besar jugalah perbelanjaannya
*       Seperti embun di hujung rumput
= Kasih sayang yang tidak tetap.
*       Lempar batu sembunyikan tangan
=  Orang yang melakukan suatu kejahatan tetapi berpura-pura tidak tahu-menahu.
*       Di mana ada semut, di situ ada gula
=Orang akan bertumpu di tempat yang mana banyak rezeki atau manfaat.
*       Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
= Jika inginkan sesuatu, orang akan berusaha mendapatkannya.
*       Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
= Jika mahu sesuatu, orang akan berusaha tetapi jika tidak mahu, orang akan memberi pelbagai alasan.
*       Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari
= Terimalah sesuatu yang baik manakala yang buruk jangan dicari
*       Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan
=  Sangat suka menerima sesuatu pemberian
*       Orang mengantuk disorongkan bantal
= Mendapat sesuatu yang diingini
*       Sudah terhantuk baru terngadah
=  Apabila sudah mendapat sesuatu kesusahan, baru hendak menyesal
*       Nasi sudah menjadi bubur
=  Penyesalan yang tidak berguna lagi
*       Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain
= Melakukan kerja sedikit demi sedikit, akhirnya siap juga
*       Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit
= Menyimpan ssuatu walaupun sedikit demi sedikit,lama-lama akan menjadi banyak juga.
*       Baik berjagung-jagung sebelum padi masak
= Melakukan sesuatu kerja sementara sebelum mendapat pendapatan yang lebih baik
*       Harapkan pagar, pagar makan padi
=  Orang yang tidak amanah
*       Seperti kacang lupakan kulit
= Orang yang tidak mengenang budi
*       Lain diacah, lain yang jadi
= Perkara yang dijangkakan, lain pula yang berlaku.
*       Lebih sudu daripada kuah
=Orang yang mengada-ada atau berlebihan sikapnya.
*       Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong
= Orang yang tak tahu malu
*       Anak harimau diajar makan daging
= Orang yang jahat/zalim diajar / digalakkan melakukan kekejaman
*       Bagai isi dengan kuku @ Bagai dakwat dengan kertas
= Persahabatan yang sangat rapat
*       Buang yang keruh, ambil yang jernih
= Lupakan perkara  buruk  agar kasih atau persahabatan baik kembali.
*       Cacing hendak menjadi naga
= Orang yang kecil/hina hendak menjadi orang besar.
*       Cubit paha kanan, paha kiri pun sakit jua
= Jika seseorang ahli keluarga mendapat susah, ahli-ahli lain pun turut sama merasai kesusahan.
*       Gergaji dua mata
= Orang mengambil keuntungan/ kesempatan daripada kedua-dua belah pihak.
*       Guru kencing berdiri, murid  kencing berlari
= Murid-murid akan mengikut perbuatan guru mereka walaupun tidak baik.
*       Habis kapak berganti beliung
= Sangat rajin bekerja
*       Harapkan guruh di langit, air di tempayan dicurahkan
= Melakukan sesuatu tanpa berfikir panjang, akibatnya hilang apa yang dimiliki.
*       Sediakan payung sebelum hujan @ Ingat sebelum kena, berjimat sebelum habis
= Beringat dan bersedia sebelum mendapat kesusahan.
*       Ibarat perahu tidak akan karam sebelah
= Kesusahan yang berlaku akan dirasai oleh kedua-dua belah pihak.
*       Indah khabar daripada rupa
= Khabar tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.
*       Jangan diikut resmi jagung, semakin berisi semakin @ Ikut resmi padi, semakin berisi semakin tunduk
= Jangan ikut perangai orang yang semakin sombong apabila semakin kaya atau berilmu. Ikutlah perangai orang yang semakin berilmu atau kaya semakin merendah diri.
*       Jauh bau bunga, dekat berbau tahi
= Apabila jauh selalu dikenang tetapi apabila dekat selalu berkelahi.
*       Kalah jadi abu, menang jadi arang
= Kalah atau menang, kedua-dua pihak mendapat kerugian.
*       Melentur buluh biarlah daripada rebung
= Mendidik anak hendaklah sejak dari kecil lagi.
*       Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
=  Sesuatu yang bertahan lama seperti adat dan budaya.
*       Seperti telur di hujung tanduk
=  Keadaan yang mencemaskan.
*       Seperti cencaru makan petang
=  Mendapat keuntungan atau hasil yang banyak pada saat-saat akhir.
*       Harapkan pagar, pagar makan padi
=  Orang yang tidak amanah.
*       Seperti kacang melupakan kulit.
=  Orang yang tidak mengenang budi.
*       Seperti anak ayam kehilangan ibu
=  Keadaan terumbang-ambing kerana hilang tempat bergantung harapan.
*       Seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul
=  Orang yang mengajar orang lain berbuat perkara baik sedangkan dirinya sendiri tidak baik.
*       Enggang lalu ranting patah
=  Seseorang dituduh berbuat jahat kerana dia pernah berbuat jahat walaupun dia tidak melakukannya.
*       Indah khabar daripada rupa
=  Perkara sebenar tidak sama dengan apa yang diceritakan.
*       Direndam tidak basah, dibakar tidak hangus.
=  Seseorang yang sangat perkasa.
*       Hanya jauhari yang kenal manikam
=  Hanya orang yang mahir dan ahli dalam sesuatu bidang tahu tentang nilai sesuatu benda atau perkara.
*       Rumah sudah, pahat berbunyi
=  Terdengar sungutan atau komen selepas sesuatu acara selesai.
*       Seperti api di dalam sekam/Seperti gunting dalam lipatan
=  Perbuatan jahat yang dilakukan secara sembunyi atau senyap.
*       Seperti gunting makan di hujung
=  Mencapai sesuatu hasil dalam diam-diam.
*       Biduk lalu kiambang bertaut
=  Setelah lama bermusuhan, akhirnya berbaik semula.
*       Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga / Air dicincang tak akan putus
=  Perkelahian adik-beradik tidak berpanjangan, akhirnya akan berbaik semula.
*       Seperti membuka pekung di dada / Meludah ke langit akhirnya jatuh ke muka sendiri / Menepuk air di dulang akhirnya terpercik ke muka sendiri.
=  Sekiranya kita menceritakan perkara buruk yang berlaku dalam keluarga kita, akhirnya kita sendiri yang mendapat malu.
*       Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong/ Lebih sudu dari kuah
=  Orang yang tak malu dan mengada-ngada atau berlebihan dalam sesuatu hal.
*       Seperti melukut di tepi gantang/ Seperti rumput di tepi jalan
=  Orang yang dipandang hina.
*       Seperti embun di hujung rumput
=  Kasih sayang atau percintaan yang tidak bertahan lama.
*       Bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi
=  Sesuatu perkara berlaku kerana tindakan daripada kedua-dua belah pihak
*       Bagai abu di atas tunggul
=  Kedudukan atau jawatan yang tidak tetap seperti kerja kontrak.
*       Bagai melepaskan anjing tersepit
=  Menolong orang yang tidak pandai mengenang atau membalas budi.
*       Biar berputih tulang, jangan berputih mata
=  Lebih baik melawan daripada mengaku kalah yang menyebabkan kehilangan harta, tanah air atau maruah.
*       Sekali air bah, sekali pantai berubah
=  Berlaku perubahan dari segi dasar dan kepimpinan apabila pemimpin baru berkuasa.
*       Besar periuk besarlah keraknya
=  Orang yang berpendapatan besar akan besar juga perbelanjaannya.
*       Ular hendak menjadi naga / pipit hendak menjadi enggang
=  Orang kecil atau orang biasa  bercita-cita hendak menjadi orang besar atau berpangkat.
*       Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah
=  Kita hendaklah mengamalkan adat budaya bangsa kita.
*       Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.
=  Kebaikan atau keburukan seseorang akan dikenang walaupun seseorang telah meninggal dunia.
*       Seperti durian dengan mentimun; digilis luka menggilis pun luka
=  Orang lemah yang sentiasa kalah apabila berhadapan dengan orang yang berkuasa.
*       Rambut sama hitam, hati lain-lain
=  Manusia walaupun kelihatan sama dari segi luaran tetapi tetap berbeza dari segi perasaan dan sikap.
*       Lain padang lain belalang
=  Sikap, budaya dan cara hidup berbeza mengikut kaum dan tempat.
*       Belakang parang kalau diasah lagikan tajam
=  Orang yang bodoh kalau rajin berusaha akhirnya akan menjadi pandai.
*       Ukur baju di badan sendiri
=  Lakukan sesuatu mengikut kemampuan diri sendiri
*       Lempar batu sembunyikan tangan
=  Orang yang berpura-pura tidak tahu setelah melakukan sesuatu kejahatan.
*       Telunjuk lurus kelingking berkait/ Pepat di luar rencung di dalam
=  Orang yang berniat jahat di dalam hati tetapi berpura-pura  berbuat baik
*       Jika tidak kerana angin, masakan pokok bergoyang
=  Sesuatu itu dianggap benar apabila diperkatakan orang ramai.
*       Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu
=  Kita tidak tahu nasib untung seseorang.
*       Bagai isi dengan kuku / bagai dakwah dengan kertas
=  Persahabatan yang sangat rapat.
*       Bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
=  Orang yang mementingkan diri sendiri

 
KATA-KATA PILIHAN

Kata-kata Pilihan = Bahasa aras tinggi mampu melonjakkan markah dalam penulisan jika digunakan dengan betul.

Justifikasi= alasan yang kuat untuk mewajarkan tindakan.

1. Beliau menjadikan hak asasi manusia sebagai justifikasi perjuangannya.
2. Kita tidak boleh menghalalkan cara yang salah sebagai menjustifikasikan tindakan kita.

Lestari= keaslian, tidak berubah seperti sediakala.
1. Alam yang lestari perlu dikekalkan untuk kelangsungan hidup generasi akan datang.
2. Rakyat diseru agar menjaga kelestarian alam semula jadi demi kepentingan bersama.

Tendensi = kecenderungan
1. Pelajar itu mempunyai tendensi yang tinggi terhadap bidang teknologi maklumat.
2. Pelabur luar negera menunjukkan tendensi yang tinggi untuk melabur dalam pelbagai sektor di negara kita.

Proaktif = maju ke depan
1. Langkah proaktif amat penting dilaksanakan agar segala gerak kerja menghasilkan keputusan yang baik.
2. Tindakan proaktif telah diambil oleh kerajaan negeri agar wabak denggi dapat diatasi dengan segera.

Konklusi = kesimpulan
1. Konklusinya, semua pelajar hendaklah berusaha untuk mengharumkan nama sekolah.
2. Setelah bermesyuarat, ahli persatuan telah mencapai satu konklusi yang baik untuk kebaikan semua pihak
.
Fenomena= sesuatu yang dapat dilihat
1. Fenomena cuaca yang berjerubu berlaku di negara kita sejak seminggu yang lalu.
2. Pengguna jalan raya yang melanggar peraturan lampu isyarat merupakan fenomena biasa yang sukar diatasi.

Kronik = parah dan serius
1. Gejala sosial yang semakin kronik perlu ditangani segera agar masyarakat dapat hidup dalam keadaan sejahtera.
2. Penyakit kronik sukar diubati kerana kekurangan kemudahan perubatan.

Komitmen = kesungguhan
1. Pegawai itu memberikan komitmen yang tinggi terhadap tugasnya.
2. Cita-cita yang murni sukar direalisasikan sekiranya kita tidak bekerja dengan penuh komitmen.

Merealisasikan= menjadikan sebagai kenyataan
1. Anak-anak mesti berusaha untuk merealisasikan harapan ibu bapa yang mendidik mereka sejak kecil.
2. Negara maju belum dapat direalisasikan selagi rakyat tidak cemerlang dalam pendidikan.

Kemandirian= dapat berdikari
1. Kemandirian negara dalam pengeluaran makanan mampu menyelamatkan negara daripada krisis ekonomi.
2. Pelajar yang mandiri mampu cemerlang dalam segala aspek kehidupan.

Aspek = segi, sudut
1. Dari aspek ekonomi, Malaysia dapat dikategorikan sebagai negara perindustrian.
2. Segala aspek diambil kira sebelum beliau dipilih sebagai pelajar mithali.

Kategori = kelas barang atau orang mengikut ciri-ciri tertentu.
1. Azlin menjadi johan tilawah al-Quran bagi kategori pelajar berumur 12 tahun ke bawah.
2. Kereta BMW itu dapat dikategorikan sebagai kenderaan mewah.

Terampil = cekap dan cergas
1. Pengawas yang terampil menjalankan tugas itu diisytiharkan sebagai tokoh pelajar.
2. Pemimpin diseru agar meningkatkan keterampilan masing-masing ketika menjalankan tugas.

Teruja = timbul minat yang tinggi terhadap sesuatu
1. Peminat motosikal teruja apabila melihat kecekapan jaguh itu menunggang motosikalnya.
2. Para penonton teruja akan nyanyian merdu oleh bintang kecil itu.

Mampan = mampu berkembang dari segi ekonomi, pembangunan dsn.
1. Sektor pelancongan yang mampan dapat dicapai melalui kerjasama antara kerajaan dan pihak swasta.
2. Rakyat dapat hidup dalam keadaan yang selesa apabila ekonomi negara mampan.

Menjana = kemampuan untuk menghasilkan sesuatu
1. Sumber laut yang meningkat dapat menjana pendapatan keluarga nelayan itu.
2. Generasi yang cemerlang dapat menjana ekonomi negara pada masa hadapan.

Kondusif = selesa dan baik
1. Peperangan dikatakan tidak kondusif dalam melahirkan suatu generasi baru pemikiran dan intelektual yang berwibawa.
2. Bilik yang sempit tidak kondusif untuk dijadikan tempat perbincangan.

Intensif = dengan giat dan sungguh-sungguh
1. Kerja-kerja pembetungan dijalankan secara intensif agar siap sebelum musim tengkujuh.
2. Setelah mengikuti kursus intensif, Hassan berjaya menyelenggarakan komputer dengan baik.

Insentif = sesuatu yang diberikan sebagai dorongan dan galakan.
1. PIBG akan memberi insentif kepada para pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR.
2. Pelbagai insentif diberikan kepada pelabur yang menanam modal di negara kita.

Wibawa = sifat atau keistimewaan sesuatu atau seseorang.
1. Pemimpin yang berwibawa dipandang tinggi oleh rakyat jelata.
2. Kewibawaan seseorang dapat dilihat daripada gaya dan keberkesanan kepimpinan.

Alternatif = satu pilihan antara dua kemungkinan.
1. Penduduk persisiran pantai hanya mempunyai alternatif sama ada berpindah atau terus berhadapan dengan musibah ombak besar.
2. Sebagai alternatif, pelajar yang gagal hadir ke kelas malam boleh menggantikannya pada hari minggu.

Mempraktikkan = mengamalkan
1. Pelajar berjaya mempraktikkan kaedah peta minda dalam pembelajaran mereka.
2. Setelah para petani mempraktikkan sistem tanaman padi dua kali setahun, pendapatan mereka pun bertambah.