WASIAT 1:
LIMA MINIT DALAM SOLAT
“Sesungguhnya
orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh, serta tunduk taat
menunaikan ibadat kepada Tuhan mereka dengan khusyuk, mereka itulah ahli
Syurga, mereka kekal di dalamnya.”
Surah
Hud: 23
“Solat itu tiang agama. Solat itu kunci segala
kebaikan..”
Hadis riwayat Thabrani.
Anak-anak remaja harapan ayah bonda sekalian,
Solat adalah tiang agama yang menjadi asas kepada
pembentukan peribadi muslim.Solat bukan sekadar pergerakan dan bacaan untuk 5
minit. Solat adalah melupakan dunia untuk 5 minit untuk khusyuk di hadapan
Allah. Masa 5 minit itu sangat pendek sebenarnya berbanding masa yang
dihabiskan dengan aktiviti kehidupan yang lain. Namun sayangnya, ramai dalam
kalangan kita yang masih mencuri masa 5 minit itu untuk mengingati
perkara-perkara keduniaan yang lain. Masa yang sepatutnya difokuskan kepada
proses menghadap diri kepada Allah, disaratkan dengan kelalaian.
Tiada nilainya solat yang kosong dari kekhusyukan. Apalah erti solat kalau dilakukan bagai terpaksa dan mahu selesai solat secepat mungkin. Janganlah anak-anak remajaku berbangga kerana telah solat 5 waktu sedangkan solat yang dilakukan hanyalah solat ala kadar yang terpaksa.
Tiada nilainya solat yang kosong dari kekhusyukan. Apalah erti solat kalau dilakukan bagai terpaksa dan mahu selesai solat secepat mungkin. Janganlah anak-anak remajaku berbangga kerana telah solat 5 waktu sedangkan solat yang dilakukan hanyalah solat ala kadar yang terpaksa.
Para
remaja hamba Allah yang mulia,
Muliakan
solatmu melalui kekhusyukan dan benar-benar memanfaatkan majlis menghadap Allah
yang Maha Menyaksikan. Solat yang baik bermula dengan wuduk yang sempurna dan
diakhiri dengan wirid serta doa. Janganlah punggung kalian terus terangkat
meninggalkan sejadah sebaik sahaja kalian menyapu muka memberi salam. Kalau
majlis bersama dengan manusia pun kita tahu menghormatinya, inikan pula majlis
bersama Allah. Biarlah kita beradab sebagai hamba yang sentiasa selesa berada
dalam majlis 5 minit bersama Allah.
Rasa
berdosa sepatutnya timbul dalam hati kita. Ada hadis yang mana Nabi s.a.w.
memberitahu kepada kita bahawa bahagian solat yang khusyuk diterima Allah bagai
kain putih bersih manakala bahagian yang tak khusyuk umpama kain buruk yang
dilempar kembali ke muka kita.
Rasa gerun dan menyesal bercampur-aduk. Maklumlah solat kita sentiasa berseling-seli antara khusyuk dan tidak. Ada waktu khusyuknya sehingga 70%. Ada ketikanya cuma khusyuk 30%. Selebihnya ialah bahagian yang tidak khusyuk. Maka apalah nasib kita dan solat kita bagi peratusan bahagian yang tidak khusyuk itu?
Kita sewajarnya merasa dukacita dan takut kepada Allah kerana di alam barzakh atau di akhirat kelak Allah akan menayangkan solat kita untuk tatapan. Tentulah Allah tunjukkan bahagian-bahagian solat yang tidak khusyuk itu. Tentulah Allah murka. Balasan bagi orang yang dimurkai Allah, kita tahulah sendiri. Di akhirat pula tu. Bukan boleh menyesal lagi dan nak balik ke alam dunia kerana nak baiki semula amalan solat yang rosak itu.
Rasa gerun dan menyesal bercampur-aduk. Maklumlah solat kita sentiasa berseling-seli antara khusyuk dan tidak. Ada waktu khusyuknya sehingga 70%. Ada ketikanya cuma khusyuk 30%. Selebihnya ialah bahagian yang tidak khusyuk. Maka apalah nasib kita dan solat kita bagi peratusan bahagian yang tidak khusyuk itu?
Kita sewajarnya merasa dukacita dan takut kepada Allah kerana di alam barzakh atau di akhirat kelak Allah akan menayangkan solat kita untuk tatapan. Tentulah Allah tunjukkan bahagian-bahagian solat yang tidak khusyuk itu. Tentulah Allah murka. Balasan bagi orang yang dimurkai Allah, kita tahulah sendiri. Di akhirat pula tu. Bukan boleh menyesal lagi dan nak balik ke alam dunia kerana nak baiki semula amalan solat yang rosak itu.
Remaja
yang dirahmati Allah sekalian,
Ayahanda
berpesan agar berilah nilaitambah kepada solat kalian. Jangan terus melalaikan
diri dalam solat. Apalagi yang hendak dikejarkan. Sedari bahawa dari hari ke
hari kita semakin hampir dengan kematian. Yang dikejar adalah fatamorgana[1]
yang indah pada pandangan mata. Sedangkan keindahan sebenar ada dalam solat
kita. Sedarilah bahawa daripada masa 1 440 minit sehari semalam, masa
terbaiknya adalah masa ketika kita berada 5 minit dalam solat. Kenapa hendak
dipendekkan lagi masa itu?
Dahan kemboja bercabang lima,
Hampir
dengan pohon melati;
Dalam solat terasa lama,
Tanda iman
belum sebati.
WASIAT 2:
MALU
BIAR BERTEMPAT
“Keimanan itu ada 60 cabang dan malu
itu adalah satu cabang daripada
keimanan.”
Hadis Nabi s.a.w.
“Malu
itu tidak datang kecuali dengan membawa kebaikan.”
Hadis
Nabi s.a.w.
Wahai
anak-anak remajaku,
Malu
ialah sebahagian daripada iman. Malu adalah mahkota kehidupan. Hilangnya rasa
malu bermakna hilanglah harga diri. Manusia yang tiada rasa malu sanggup
melakukan apa-apa sahaja yang berada di luar norma[1]
masyarakat. Mereka tidak segan terpekik terlolong di khalayak ramai, tidak
segan berpakaian nampak pusat dan tidak
malu berpeluk-pelukan di tempat terbuka. Bagi mereka perkara itu biasa sahaja.
Mereka berfikiran begitu kerana mereka sudah hilang harga diri. Manusia ramai
memerhatikan gelagat mereka secara luar biasa; penuh rasa jijik dan kehinaan.
Mereka tidak merasakan kejijikan itu kerana mereka telah tenggelam dalam
kejijikan itu sendiri.
Perasaan
malu sangat penting bagi setiap orang. Perasaan itu umpama perisai yang
mengawal diri daripada melakukan perkara yang tidak baik. Dia takut mencuri
kerana malu kalau ditangkap. Lelaki dan perempuan takut untuk berdua-duaan di
tempat sunyi kerana malu diketahui oleh keluarga, kawan-kawan dan jiran
tetangga. Di mana hendak diletakkan muka sekiranya wajah terpampang di akhbar
dan di televisyen? Demikianlah perasaan malu menyelamatkan iman dan maruah
kita.
Namun
begitu, anak-anak remajaku hendaklah pandai mengasingkan malu berbuat maksiat
dengan malu berbuat perkara yang baik. Kalian tidak boleh mencampur-adukkannya
dalam satu nilai yang sama. Ada tempatnya salah kalau perasaan malu menghalang
kita daripada membuat kebaikan. Bertanya dalam pelajaran kita tidak boleh malu. Menjadi imam dalam solat kita
tidak boleh malu. Solat di saf hadapan kita tidak boleh segan. Wajarkah kita
ikutkan rasa malu untuk melakukan sesuatu yang dipandang baik oleh agama? Hal
ini ayahanda sentuh kerana ada sebilangan remaja malu pada tempat yang tidak
sewajarnya. Malu seperti ini adalah mainan syaitan. Malu sebegini bukan lagi
mahkota kehidupan. Ia adalah sampah-sarap yang membalut tubuh.
Wahai
remaja yang ayahanda kasihi,
Jadikanlah
perasaan malu itu sebagai mahkota kehidupan diri kalian. Pakailah barang yang
amat berharga itu demi maruah kalian dan keluarga. Namun janganlah kalian malu
untuk melakukan perkara yang mulia demi kebaikan diri dan masyarakat. Asingkan
malu yang dikatakan intan dengan malu yang dikatakan kaca. Jangan terpedaya.
“Kolam yang tiada ikan
membiakkan jentik-jentik. Jiwa yang tiada perasaan malu membiakan keburukan
demi keburukan.”
WASIAT 3:
BERTANGGUNGJAWAB DAN BERBUAT BAIK KEPADA HAIWAN
Wahai remaja berhati pengasih,
Ketahuilah bahawa pada penciptaan sesuatu binatang itu
terkandung pelbagai hikmah dan pengajaran yang tergambar pada pandangan mata
mahupun yang terhijab pada mata hati seseorang insan. Hari ini manusia tidak
lagi memikirkan tentang hakikat daripada kewujudan sesuatu binatang itu.
Mungkin kerana mereka merasakan binatang itu tidak berguna disebabkan makhluk
ini tidak berakal dan tidak akan dihisab di hari akhirat kelak, jadi tiada
apapun faedah untuk difikirkan tentang nasib binatang itu. Sesungguhnya,
kejadian haiwan yang tidak berakal itu
terkandung pelbagai hikmah untuk difikirkan oleh mereka yang dianugerahkan akal
oleh Rabbi.
Ramai manusia yang melihat kelebihan pada kewujudan haiwan itu pada pandangan matanya yang zahir tetapi hanya sedikit yang memikirkan tentang hakikat sebenar kewujudan haiwan itu pada pandangan mata hatinya. Tidak dinafikan, kelebihan lembu pada dagingnya, kelebihan tupai pada giginya, kelebihan helang pada kukunya yang dapat menangkap tikus di kebun, kelebihan anjing pada kegarangannya dalam menjaga harta bendanya tuannya. Tuntasnya, ada tempat-tempatnya haiwan itu lebih baik dan lebih bernilai daripada manusia.
Anak-anak remajaku yang bijaksana sekalian,
Dari satu segi yang lain pula, kewujudan semua haiwan di dunia
ini boleh menjadikan penentu sama ada seseorang
itu mendapat rahmat Allah dan kasih sayangNya di hari kelak atau tidak.
Ingatkah lagi kita tentang kisah seorang penzina yang dianugerahkan syurga
disebabkan oleh kasihnya kepada seekor anjing, iaitu haiwan yang mughalazah? Jiwa
penyayang seorang insan kepada haiwan dengan memberi seteguk air kepada seekor
anjing yang sedang kehausan di padang pasir dipandang dan dinilai oleh Allah
s.w.t. Atas sebab kasihnya pada makhluk tuhan itu, penzina dianugerahkan syurga.
Lihatlah, dengan berbuat baik kepada haiwan Allah mengunegarahkan syurga kepada
hamba-Nya.
Wahai anak-anak remajaku,
Dalam kalangan kalian ada yang suka memelihara binatang. Ada yang
mempunyai binatang kesayangan seperti kucing, ikan, burung, arnab dan
sebagainya. Remaja yang prihatin akan sentiasa menjaga kesihatan dan makan
minum haiwan kesayangan tersebut dengan penuh rasa kasih dan tanggungjawab.
Namun, ayahanda ingin mengingatkan agar setiap remaja mesti ada rasa kasih dan
tanggungjawab ini. Jagalah makan minum binatang dengan secukupnya agar mereka
tidak melaknati kita. Jangan jadi seperti manusia yang dihumbankan ke dalam
neraka hanya kerana kucingnya mati kelaparan. Kalau kalian tidak mampu atau
berminat lagi untuk memelihara ternakan atau binatang kesayangan, lepaskan
sahaja agar haiwan-haiwan itu dapat mencari makanan sendiri. Itu lebih baik
daripada kita menyeksanya di dalam sangkar atau kurungan. Ayahanda berpesan ini
kerana tidak ingin melihat kalian menerima nasib seperti manusia yang tercampak
ke neraka kerana kucing tadi. Jadilah manusia yang berperikemanusiaan terhadap
semua makhluk Allah. Sedarlah bahawa sikap kita terhadap haiwan boleh
menentukan nasib kita di akhirat kelak.
WASIAT 4:
AMALAN ORANG BERIMAN SEBELUM MELELAPKAN MATA
“(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka."
Surah al-Imran: 191
Anak-anak remajaku sekalian,
Ayahanda berpesan kepada kalian agar janganlah dilelapkan mata tanpa mengambil masa seminit dua sebelum memejam mata untuk bermuhasabah, beristighfar, berzikir, berselawat dan berdoa. Jangan tidur dengan ‘tangan kosong’. Bawalah buah tangan sebelum mata terlelap dengan ayat-ayat yang menghubungkan kita Allah s.w.t. Jadikan amalan ini sebagai satu kemestian sampai ke mati. Mana tahu kita akan mati dalam tidur. Maka kita kena ingat, sesiapa yang mati dengan akhir kalamnya "Lailaha illaLah", maka Allah menjamin syurga untuknya.
Mengapakah remajaku perlu bermuhasabah, berzikir, beristighfar dan berdoa sebelum tidur sedangkan amalan itu sudah dilakukan pada waktu siangnya, khususnya selepas solat lima waktu? Ada beberapa sebab yang ingin ayahanda gariskan satu persatu.
1. Ada kemungkinan kita mati dalam tidur. Sekiranya kematian itu berlaku dalam keadaan kalam terakhir kita ialah ‘lailaha illaLah’, maka kita telah mendapat kelebihan di sisi Allah.
2. Malam yang sunyi dan hening adalah waktu terbaik untuk memikirkan kebesaran Allah, kesilapan dan dosa kita serta mengeratkan kecintaan kepada Allah.
3. Berzikir adalah jalan untuk mendapat kasih sayang Allah. Dengan berzikir bermakna kita telah memuji dan memuja kebesaran Allah. Berzikir sebelum tidur bererti kita tidur dalam kerinduan terhadap Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
4. Beristighfar sebelum tidur adalah satu proses membersihkan diri yang titik-titik hitam yang menggelapkan hati kita. Tidur dalam istighfar adalah tidur yang indah, putih dan bersih.
5. Berdoa sebelum tidur juga ajaran Islam untuk kesejahteraan hidup kita di dunia dan di akhirat.
Atas lima perkara itulah, ayahanda berpesan kepada para remajaku agar meluangkan sekadar seminit dua untuk melakukannya sebelum tidur. Beristiqamahlah dengan amalan yang mulia itu.
Kalau nak gugur gugurlah nangka,
Jangan terhempas di atas batu;
Sebelum tidur melelapkan mata,
Datangkan rindu Tuhan Yang Satu.
WASIAT 5:
CINTAILAH
ALLAH DAN RASUL SEBAGAI SYARAT KESEMPURNAAN IMAN.
“Dan
kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, dan
juga (kalaulah tidak kerana) bahawa Allah Amat melimpah belas kasihanNya,
(tentulah kamu akan ditimpa azab dengan serta-merta).”
an-Nur:20
“Tiada
seseorang beriman hingga aku lebih dicintai daripada ayahnya, anaknya dan
seluruh manusia.”
Hadis
Nabi s.a.w.
Remaja
yang dikasihi sekalian,
Salah
satu syarat kesempurnaan iman ialah mencintai Allah dan Rasul mengatasi
segala-galanya malah lebih dari menyayangi diri sendiri. Cinta kepada Allah
adalah cinta sebenar dan hakiki. Wujudnya kita setelah diciptakan Allah dan
diberi segala keperluan kita. Allahlah yang memiliki seluruh jiwa raga kita. Allah
mengurniakan keselamatan dan rezeki. Sekiranya Allah membiarkan kita sudah
pasti kita tidak akan selamat lagi walaupun sesaat.
Wahai
anak-anak remaja sekalian,
Dapatkah
kalian merasai cinta Allah? Allah amat kasih kepada hamba-hamba-Nya. Allah
tidak terus menghukum kita apabila kita bersalah walaupun Allah murka terhadap
perbuatan dosa dan maksiat kita, Dia tidak terus menurunkan bala sedangkan
Allah Maha Berkuasa melakukannya. Allah memberi kita peluang dan ruang untuk
insaf dan bertaubat.
Dalam
hal kehidupan dan ibadat, Allah tidak membebankan kita melainkan sekadar yang
termampu. Ingatkah kalian tentang cerita Israk dan Mikraj yang dialami oleh
Nabi kita, Muhammad s.a.w.? Bukankah asalnya solat yang diturunkan itu 50
waktu? Tetapi dengan rahmat Allah, dikurangkannya menjadi 5 waktu sahaja sehari
semalam. Allah berhak mengekalkannya sebanyak 50 waktu. Kalaulah 5 waktu pun
tidak terlaksana oleh manusia yang lalai, inikan pula 50 waktu. Demikianlah
antara bukti Allah sayang kepada hamba-Nya.
Kita
juga dikehendaki mencintai Rasulullah s.a.w. Baginda amat masyhur dengan sifat
penyayangnya terhadap umat. Jiwanya penuh rasa kasih. Kasihnya tidak sekadar
melimpah kepada para sahabat yang sempat hidup bersama-sama Baginda. Kasihnya
menjangkau generasi umatnya hingga ke akhir zaman termasuklah kita pada hari
ini. Ketika Baginda hampir wafat, umatnyalah yang disebut-sebutnya. Katanya, ya
ummati, ya ummati ( wahai umatku, wahai umatku).
Bolehkah
anak-anakku bayangkan keadaan Nabi pada waktu itu? Baginda masih ingin
meninggalkan sesuatu pesan kepada kita sedangkan ketika itu Baginda bergelut
dengan maut. Sebenarnya banyak lagi ucapan dan peristiwa yang menunjukkan Nabi
kita amat menyayangi kita. Carilah kisah Baginda melalui ceramah-ceramah Israk
dan Mikraj serta buku-buku sirah perjalanan kenabian Baginda.
Anak-anak
yang dirahmati Allah sekalian,
Allah
menjadikan kita dan mencukupkan keperluan kita. Allah mengutus pula Rasul untuk
membimbing kita ke jalan yang diredhai-Nya. Disediakan pula syurga untuk kita
menikmati kesenangan yang berkekalan. Rasul pula menjalankan amanah yang
dipertanggungjawabkan oleh Allah. Bagainda menyampaikan seruan Islam melalui
perjuangan. Baginda pernah berdarah hidungnya, dilempar najis, dihalau,
diboikot[1]
dan dihina oleh kaumnya dalam melaksanakan misi dakwahnya. Kasih sayangnya
kepada umat padat dan menyeluruh. Atas empat sifat wajibnyalah, iaitu sidik[2],
amanah, tabligh[3], fatonah[4]
kita hari berdiri sebagai seorang Islam.
Justeru
itu, Allah dan Rasullah lebih wajar disayangi dan dicintai. Ini bukan cinta
terpaksa dan pura-pura. Inilah cinta hakiki lagi suci. Semoga cinta kepada
Allah dan Rasul menunjangi cinta anak-anak remajaku.
Di balik awan suria mencelah,
Cukup
indah waktu pagi;
Cintai
Allah cintai Rasulullah,
Cinta
sejati lagi hakiki.