UPSR - MATEMATIK


 LATIHAN TOPIKAL DECIMALS
( Selasa, 12.4.2011)


1.  Diberi 9.073. Nyata,
      a) Nilai digit 7
      b) Nilai tempat digit 7

      c) Bundarkan / round off kepada hundredths.
2. Tukar 0.067 kepada pecahan.
3. Selesaikan,
    a)  6.091  + 23 + 0.45
    b) 26  -  9.74
    c)  0.98 X  4
    d)  15  ÷  4

LATIHAN MATEMATIK 1

Sila jawapan dalam masa 10 minit. Jawapan boleh dihantar di dalam kelas.
Latihan 1:

1)    2.3  X  10 =
2)    100  X  0.0987 =
3)    1000 X 2.25 =
4)    1.48 X 10 =
5)    0.641 X 100 =
6)    7.08  ÷  10  =
7)    0.034  ÷  10 =
8)    24.8  ÷  100 =
9)    92.5  ÷  1000 =
10)     7.6  ÷  100 =


 
LATIHAN 2:

Jawab soalan berikut dalam masa 30 minit.

1)         2.85 ÷  5 =
2)         57  ÷  8  =
3)         32.445  ÷  9  =
4)         7.24  ÷  8  =
5)         746  ÷  8  =


Tajuk : Bahagi
Kemahiran : Bahagi Sebarang nombor dengan nombor 2 digit.

Contoh Soalan :    7 084  ÷ 14  
L1 : Anda perlu membina sifir 14 untuk memudahkan proses pembahagian . Sifir yang dibina hendaklah dibina dalam bentuk jadual seperti berikut :

L2 : Lengkapkan sifir tersebut dengan menambah angka di baris bawah dengan nombor 14 . Berhati - hati semasa melaksanakan proses penambahan ini. Sebarang kesilapan akan menjejaskan keseluruhan proses pembahagian.
Tulis semula hasiltambah di petak berikutnya . Ulang langkah ini sehingga selesai . Perlu di ingatkan anda hanya perlu membuat pendarab dari 0 hingga 9 sahaja.
Jadual sifir anda sepatutnya kelihatan seperti berikut :


L3 : Tuliskan soalan dalam bentuk lazim . Lihat contoh dalam rajah berikut :

L4 : Perhatikan jadual sifir anda . Lihat baris bawah sahaja (yang dibulatkan) . Cari angka 70 . Bulatkan seperti rajah berikut .


L5 : Tuliskan kedu dua angka 5 dan 70 di tempat masing-masing . Nombor 5 di atas dan 70 di ruangan bawah seperti dalam rajah berikut :
Perhatikan bahawa nombor 5 itu , ditulis betul-betul di atas angka 0 .!

L6 : Laksanakan proses menolak .
Kemudian turunkan angka selanjutnya iaitu 8 . Ingat , hanya SATU nombor sahaja diturunkan pada satu satu masa . INI AMAT PENTING .



L7 : Cari angka 8 di jadual sifir . Jika angka itu tiada , gunakan nombor yang lebih kecil dan hampir .Dalam contoh ini kita gunakan angka 0.


L8 : Ulang langkah sebelumnya sehingga semua angka telah diturunkan .

Hasil bahaginya terletak di atas garis palang tersebut.
Jadi , 7084 ÷ 14 = 506
-SELAMAT MENCUBA-


Bagaimana ingin menjadi bijak dan berjaya dalam Matematik?

1. Pertama, kalau hendak pandai matematik, kita kena suka kepada matapelajaran tu. Bagaimana kalau kita memang tak suka? Caranya, mula-mula buat macam kita sukakan matapelajaran tu. Kita seperti berlakon yang kita sukakan subjek tu. Kemudian, mula buat latihan sedikit demi sedikit. Tidak perlu terus mula dengan menjawab 100 soalan. Bukannya apa, dikhuatiri berlaku kejutan pada diri dan selepas tu terus jadi benci dan akhirnya berhenti.

2. Matematik adalah latihan dan latihan adalah matematik. Maksud saya, matematik adalah satu subjek yang anda perlu buat latihan untuk menguasainya, dan bukan sekadar membaca. Ada di kalangan pelajar yang belajar matematik dengan hanya membaca sahaja. Kaedah sebegitu adalah satu kaedah pembelajaran yang salah. Saya sendiri berjaya menguasai matematik kerana banyak membuat latihan. Semakin banyak latihan saya buat, saya menjadi semakin cekap.

3. Matematik adalah matapelajaran yang memerlukan disiplin dalam menjawab soalan. Walaupun anda faham topik tertentu, anda tidak akan dapat menjawab dalam masa yang diberikan jika anda tidak mendisiplinkan diri untuk menjawab soalan matematik. Setiap kali anda berlatih menjawab soalan matematik, catat masa yang anda ambil. Selalunya anda ada masa kurang daripada 3 minit untuk menjawab satu soalan. Jadi, cuba kejar masa itu iaitu cuba latih diri anda menjawab dengan secepat mungkin.

4. Anda perlu HAFAL SIFIR! Saya tahu ramai pelajar yang merungut tentang perkara ini. Ada pelajar tingkatan lima yang saya uji dengan sifir 7 pun tidak lepas. Alasan mereka, mereka boleh guna mesin kira, mengapa perlu ingat sifir? Persoalannya ialah, hafal sifir bukan sahaja untuk mengetahui berapa 5 x 5 dan berapa 12 x 7. Tetapi, menghafal sifir akan membuat otak anda lebih cepat dan cekap mengira. Kalau asyik bergantung kepada mesin kira, daya pemikiran anda akan semakin lemah kerana tidak ada usaha yang dilakukan oleh otak anda. Lihat mereka yang handal matematik, pasti mereka cekap juga dalam sifir.

5. Akhir sekali, anda perlu ada azam dan kemahuan untuk jadi hebat dalam subjek matematik. Jika anda ambil kisah tidak kisah sahaja, sukar untuk anda kuasai subjek ini.


Semoga berjaya. Insya’ALLAH.
3 ulasan

PROGRAM MOTIVASI
“GANDA USAHA”  

“CUAI”
Oleh: Tn. Hj. Mohd Zor Ali
 CUAI
         Apa erti CUAI?
-         Lalai
-         Melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya
-         Tahu tetapi salah
-         Tidak ingat dan tidak tahu tidak dikira cuai. 

Bagaimana Boleh Cuai?
-         Cuai ketika salin/memahami soalan.
-         Cuai ketika mengira/merangka jawapan.
-         Cuai ketika menanda / menyalin jawapan.


 Contoh Kecuaian
 Contoh 1:
              RM 25.50
              Ditulis sebagai “ DUA PULUH RINGGIT LIMA PULUH 
              SEN”.
 Contoh 2:
             Soalan No. 10 dijawab sebagai   4.50 ptg.
                           (Sepatutnya 3.50 ptg)

 Contoh 3:
             Soalan No. 17.
            Luas ditulis sebagai 64cm.
 Contoh 4:
          60 + 80 + 75  =  195

Contoh 5:
4.21  X 14 = 5894
                 (tak letak titik perpuluhan)
Contoh 6:
                5/100 X 80 = 40
                 (sepatutnya 4)

 Contoh 7:
            Soalan no. 2
           5.27 X 10 ditulis sebagai    5.25 X 10
 Contoh 8:
            8 X 8 = 72

 Analisa CUAI
5 kertas jawapan dianalisa
Kehilangan markah kerana CUAI:
Pelajar  A  …….  1/40 markah
Pelajar  B  …….  2 / 40 markah
Pelajar  C  …….   4/40 markah
Pelajar  D  …….  6 / 40 markah
Pelajar  E  …….  9 / 40 markah
 
 Analisa CUAI
5 kertas jawapan dianalisa
Kehilangan markah kerana CUAI:
Pelajar  A … 1/40 X 100%= 2.5markah
Pelajar  B … 2 / 40 X 100%=5 markah
Pelajar  C … 4/40 X 100%= 10markah
Pelajar  D…  6 / 40X100% =15 markah
Pelajar  E … 9 / 40 X100%=22markah
Purata CUAI = 44.5 ÷ 5=  10.9 markah

 Kesan CUAI
       Tidak dapat A untuk subjek
       Tidak dapat 5A
  Tidak dapat ke asrama penuh
       Tidak dapat hadiah motivasi


 Cara-cara Elak CUAI

                Berhati-hati
       Semak  
  Doa

Jika Tidak CUAI
Dapat markah tertinggi dalam kelas 
Dapat markah maksimum mengikut potensi diri

Kesimpulannya:
Jangan CUAI lagi.
Sekian.