Monday, April 29, 2013

SUMBANGAN DIALU-ALUKAN UNTUK TABUNG BUDIMAN




Jika Tuan-puan yang budiman ingin berbakti untuk murid-murid, kami sedia menerima sumbangan untuk menjayakan Misi Akademik Sekolah:-
A)     Ilmu dan Kepakaran
i)                    Ceramah motivasi untuk murid-murid
ii)                   Bimbingan akademik seperti kelas tambahan atau bimbingan berkumpulan
iii)                 Apa sahaja ilmu dan kepakaran yang sesuai untuk murid-murid
B)      Material
i)                    Kain rentang atau banting
ii)                   Buku-buku, majalah dan lain-lain sama ada yang baru atau terpakai.
C)      Tajaan ( secara berkongsi atau tajaan penuh)
i)                    Program Solat Hajat   UPSR  - Siri 2  -  RM 1000.00
ii)                   Program Solat Kamil   -   RM 500.00
iii)                 Insentif Ujian Awal Tahun   -   RM 500.00
iv)                 Insentif Peperiksaan Pertengahan Tahun   -  RM1 000.00
v)                  Insentif Peperiksaan Akhir Tahun  -    RM 1 000.00
vi)                 Hari Anugerah Kecemerlangan    -   RM 3 000.00
vii)               Majalah Akademik dan Agama (7 bulan)    -  RM 700.00
viii)              Hadiah Kuiz BUDI ( 7 keluaran) -  RM700.00
ix)                 Kos penerbitan Risalah BUDI ( 7 keluaran)  -  RM 300.00
Sumbangan juga boleh disalurkan kepada TABUNG BUDIMAN SK PUSAT KEMAMAN secara tunai atau cek Bank Islam yang bernombor akaun: 13026010052595. Segala pertanyaan, boleh berhubung dengan PK1, En. Mohd Zor bin Ali.

Sunday, April 28, 2013

MASA AKTIF




Ada pelajar yang suka belajar di waktu pagi, ada yang suka belajar di waktu malam dan ada pelajar yang suka belajar di waktu petang. Walau apa pun pilihan anda, pastikan masa itu adalah masa yang paling sesuai untuk minda anda mempelajari sesuatu.
Selalunya pelajar suka mendengar nasihat yang terlalu umum seperti masa yang terbaik untuk belajar adalah pada waktu awal pagi atau lewat malam. Sebenarnya, ini semua bergantung kepada masa aktif anda.
Apa yang saya maksudkan dengan masa aktif ialah satu masa di mana anda merasa mudah untuk belajar sesuatu. Masa aktif saya adalah selepas bangun tidur, tidak kira tidur waktu malam atau siang. Jika semasa saya belajar dan mula rasa tidak dapat menyerap apa yang saya pelajari, saya akan berhenti untuk tidur sebentar. Apabila saya bangun, minda saya akan segar semula dan saya akan dapat belajar dengan lebih aktif. Ini adalah cara saya menggunakan masa aktif saya, bagaimana pula dengan anda?

Friday, April 26, 2013


Renungan Jumaat : Bercakap biar berakhlak sekali pun dengan musuh


FIRMAN ALLAH SWT SURAH AL-ISRAK AYAT 53 YANG BERMAKSUD ,” dan Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada hamba-hambaKu (yang beriman), supaya mereka berkata Dengan kata-kata Yang amat baik (kepada orang-orang Yang menentang kebenaran); Sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka (yang mukmin dan Yang menentang); Sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh Yang amat nyata bagi manusia.

Penjelasan :

Berdasarkan ayat 53 surah israk tadi,Allah menghendaki supaya kita orang beriman supaya menggunakan perkataan yang baik dan lemah lembut ketika berhubung dengan orang lain.Dalam hal ini maka peraturan berhubung dengan orang lain perlulah diamalkan setiap muslim , samada ia berhubung dengan sesama muslim ataupun orang yang bukan muslim .termasuk musuh sekalipun.

Umumnya telah mengetahui bahawa bercakap kasar dan menyinggung perasaan orang lain boleh menimbulkan permusuhan dan perseteruan dengan sesama manusia .Oleh itu kita dapati banyak pemusuhan dan perseteruan itu berpunca dari kata –kata kasar yang kurang enak didengar yang didengar oleh seseorang .Bukan setakat permusuhan malahan kadang –kadang membawa kepada dendam .

Seringkali terjadinya pertumpahan darah berpunca dari dendam menuntut pembalasan . Bertambah buruk apabila api permusuhan itu ditiup syaitan .

Oleh hal yang demikian maka hendaklah berwaspada dan menjaga diri masing dari bersikap demikian.

Jika kita teliti dengan masalah yang sering berlaku dalam keluarga dan masyarakat , kita dapati dalam banyak keadaan ianya berpunca dari percakapan buruk dan kesat yang dilafazkan oleh seseorang tanpa berfikir secara rasional bahawa perkataan yang keluarkan itu membuatkan orang lain marah kerpadanya .

Malangnya sedikit benar orang memikirkan bahawa dengan menggunakan perkataan yang baik akan membuahkan persaudaraan yang rapat dan orang kasih kepada kita.Dngan mulut yang manis ia dapat menawan dan menarik orang lain , dengan yang demikian natijahnya akan mendapat ramai kawan .

Sebenarnya kawan yang ramai boleh mendatangkan kebaikan kepada seseorang , kerana dengan rakan yang ramai maka mudahlah ia mendapat pertolongan jika ia berhajat kepada pertolongan .
Kita hendak berkata – kata dengan baik , jangan menengking dan memaki hamun, perbuatan itu adalah sifat mazmumah yang dilarang dalam islam,sebalik kita diperintahkan supaya mengelurkan kata –kata yang lemah lembut dan sedap orang mendengarnya sebagai menghormati orang lain .

Firman Allah dalam surahLoqman ayat 19 yang bermaksud :

"Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai".

Allah juga memerintah kepada Rasulullah SAW apabila berhubung dengan orang lain hendaklah dengan lemah lembut sebagaimana Nabi Musa dan Harun diperintahkan berdakwah kepada Firaun denga kata – kata lemah lembut , firman Allah SWT dalam surah Taha ayat 43-44 yang bermaksud :

“43. "Pergilah kamu berdua kepada Firaun, Sesungguhnya ia telah melampaui batas Dalam kekufurannya.
44. "Kemudian hendaklah kamu berkata kepadaNya, Dengan kata-kata Yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut".

Berktalah dengan baik dan lemah lembut ia boleh menarik orang lain kepada apa yang kita ucapkan , andainya kita bercakap kasar membuatkan orang akan menjauhkan diri dari kta kerana mereka benci dengan sikap yang demikian , firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 159 yang bermaksud :

maka Dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu Wahai Muhammad), Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan Yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah Dengan mereka Dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila Engkau telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertawakal kepadaNya.

Kesimpulan .

Islam menunjukkan akhlak –akhlak yang baik kita bersemuka dengan orang lain,dengan cara kita bercakap dengan lemah lembut dan sopan .Dan melarang dari bercakap kasar dan kesat yang boleh menyinggung perasaan orang yang mendengarnya ,lakukan ia kepada sesiap sahaja hatta kepada musuh sekalipun.

Adab yang yang disarankan ini adalah sangat baik demi menjaga nama baik kita dan menjaga hati kawan kita supaya tidak sakit hati dengan hal demikian menambahkan lagi ukhwah kita sesama muslim dan muhibbah dengan bukan Islam .

Wednesday, April 24, 2013



Keruntuhan Disiplin


Selepas dikejutkan dengan kehadiran klip video memaparkan seorang remaja lelaki berpakaian sekolah dibelasah sekumpulan remaja lelaki lain di laman YouTube, terbaru, muncul pula klip video memaparkan pergaduhan sekumpulan pelajar perempuan.

Bezanya, ia bukan membabitkan perbuatan buli tapi lebih kepada aksi ganas kedua pelajar perempuan terbabit saling membelasah antara satu sama lain sambil disaksikan tujuh hingga 10 pelajar perempuan lain di dalam tandas. 
Remaja yang menyaksikan aksi pergaduhan itu bukan saja tidak cuba meleraikannya, malah menghasut kedua-dua remaja itu terus bergaduh.

Punca pergaduhan tidak diketahui kerana audionya kurang jelas, bagaimanapun berdasarkan dialek percakapan, kumpulan pelajar itu dipercayai berasal dari negeri di Pantai Timur.

Di akhir klip itu, dua pelajar lain pula bergaduh dengan sorakan oleh 'penonton' di lokasi yang semakin riuh.

Melihatkan aksi buas pelajar perempuan terbabit menyebabkan ramai tertanya-tanya apakah punca menyebabkan anak gadis kita yang selama ini dipuji kerana sifat santun sebagai gadis Timur kini bertukar menjadi samseng. 


Silapnya dalam asuhan ibu bapa, didikan guru atau masih ada modul dalam silibus pendidikan yang tidak mencukupi untuk mendidik pelajar perempuan terbabit menjadi insan yang luhur hati dan lurus nurani.

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Datuk Dr Mohamad Ali Hasan, ketika diajukan komennya mengenai pergaduhan itu, lantas berpendapat apa yang dipaparkan dalam media sosial termasuk membabitkan pelajar perempuan jelas menunjukkan kenakalan pelajar di negara ini semakin melampau.

Ia menjadi petanda, khususnya bagi ibu bapa supaya memberi lebih tumpuan terhadap anak mereka dengan berpegang kepada falsafah pendidikan negara, seimbangkan jasmani, emosi dan intelek, katanya.

Mengulas mengenai perbuatan mengambil video pergaduhan dan didedahkan di media sosial, kata Mohamad Ali, ia dianggap sesuatu yang menyeronokkan bagi pelajar yang sedang meniti usia remaja tapi sebenarnya memberi gambaran buruk kepada bangsa dan negara.

Falsafah Cina ada menyebut, sesuatu bangsa jika ingin maju perlu diberikan perhatian khusus pada golongan hawa.

Ingat, baik hawa, baiklah negara, katanya.
 
Mohamad Ali turut menggariskan panduan yang boleh dilaksanakan ibu bapa dan guru melalui konsep 7Q - Quality, Quantity, Quranic, Qurban, Quantum Leap, Que dan Queen untuk membimbing pelajar menjadi insan berguna.

Menghuraikan satu persatu, katanya, Quality merujuk kepada kualiti asuhan dan bimbingan, Quantity itu pula lebih difokuskan terhadap penambahan mutu atau nilai bukan bilangan manakala Quranic pula didikan yang menjurus kepada nilai sesuatu bangsa dan keagamaan.

Ramai ibu bapa mengakui sibuk dengan tugasan harian sehingga terlupa untuk melipat ganda usaha misalnya membabitkan hubungan dua hala antara mereka dan anak dan komunikasi. Itu dikategorikan dalam Quantum Leap yang turut membabitkan peraturan sekolah, jika ada ia perlu diperketatkan.

Mengambil kira situasi semasa di mana ramai ibu bergelar wanita bekerjaya memberi cabaran besar kepada guru moden.

Walau pun begitu, tidak salah jika ambil sedikit masa untuk mendakap anak, menyediakan sarapan dan bertanya khabar mereka setiap hari kerana di peringkat usia begitu mereka perlukan perhatian, katanya.

Que lebih kepada peraturan yang boleh membentuk disiplin seperti mana dilihat di negara jiran Singapura kerana undang-undang dan peraturan ketat menyebabkan penduduk mereka patuh. Jika peraturan dilanggar, mereka perlu dihukum.

Akhir sekali, Queen atau wanita. Mereka perlu bersama-sama diberi perhatian seperti mana kita memberi perhatian kepada lelaki. Ingat, baiknya golongan Hawa, baiklah negara, katanya.

Beliau turut mengingatkan ibu bapa supaya tidak cepat melenting apabila anak mereka disentuh pihak disiplin sekolah.

Sekarang pelajar tidak boleh ditegur apatah lagi dihukum menyebabkan mereka besar diri.

Jadi nasihat saya kepada ibu bapa supaya bijak mengawal emosi dan tidak cepat melenting, berilah kepercayaan kepada guru untuk mendidik anak murid mereka. Jangan saling menuding jari menyalahkan guru atau ibu bapa, katanya.
  
Bagaimanapun, Mohamad Ali, berkata apabila soal silibus Pendidikan Agama atau Moral dipersalahkan, beliau tidak menolak kemungkinan yang ia perlu diteliti semula.

Tapi hati saya lebih berat mengatakan gejala moral dan samseng yang berlaku di kalangan pelajar kita sama ada lelaki atau perempuan berpunca daripada didikan agama yang tidak dihayati.

Saya lihat pelajar ini menjadikan sekolah itu sebagai rutin, pendidikan lebih kepada lulus peperiksaan dan mereka robot yang melaksanakan sedangkan hati mereka kosong, tiada penghayatan.

Sama seperti solat, jika kita memahami dan menghayati setiap makna ayat pastinya ia akan terasa ke dalam hati. Begitu juga dengan asuhan dan bimbingan mengatakan apa yang hendak dilakukan itu salah, secara automatik, kita tidak akan tergamak untuk melakukannya, katanya.

sumber : Berita Harian online

Tuesday, April 23, 2013

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2013

Peperiksaan Pertengahan Tahun dijadualkan bermula dari 8  -  14 MEI 2013.
Peperiksaan ini melibatkan Tahun 1 hingga Tahun 6.
Semua subjek terlibat dalam peperiksaan ini. Hal ini penting untuk melengkapkan SAPS dan penilaian umum pencapaian murid-murid Tahap 1.
Jadual penyediaan soalan dan pengawasan sedang disusun. 
Kertas-kertas soalan hendaklah dihantar kepada Encik Arzo untuk direzo seminggu sebelum tarikh peperiksaan.
PPD hanya menyediakan Kertas Subjek Teras Tahun 6.
Guru yang tiada di sekolah pada tarikh peperiksaan hendaklah memaklumkan segera kepada SUP, Pn. Rohana bt. Wahid.

Sunday, April 21, 2013

MURIDKU, AMALKAN NILAI MURNI DENGAN MENJAGA KEBERSIHAN

Islam mengajar kita bersuci. Islam mengajar kita kebersihan. Islam juga mengjar kita agar bertanggungjawab.
Membuang sampah, meninggalkan bekas makanan dan minuman serta menyebabkan apa-apa bentuk kekotoran adalah sifat keji. Tolong amalkan ajaran Islam. Jangan buat dan buang sampah di merata-rata. Bekas makanan dan minuman serta apa-apa sahaja yang mencemarkan mestilah dibuang di dalam tong sampah. Mudah-mudahan sikap suka kebersihan dan rasa tanggungjawab terbina sejak di bangku sekolah lagi.








BEBASKAN SKP DARIPADA PENCEMARAN SAMPAH-SARAP.

Thursday, April 18, 2013

JAWATANKUASA BARU

Berikut ialah senarai  nama guru yang dilantik untuk menganggotai  Jawatankuasa Papan Informasi. Tuan Guru Besar bercadang untuk mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat. Tarikh mesyuarat akan dimaklumkan kemudian.



JAWATANKUASA PAPAN INFORMASI
1.     Pengerusi               : Pn. Zaini bt. Mat Nor
Naib Pengerusi       : En. Mohd Zor Ali
Penyelaras              : Pn. Ruslina Yaacub
AJK                       : En. Ramli bin Yaakub
                               Pn. Fifi Afida bt. M. Z. Abidin
                               Pn. Liza Juliana bt. Mohd Yassin
                               Pn. Zaida bt. Ibrahim
                               Pn. Salmiah bt. Mohamad
                               Pn. Siti Sarah Aisha bt. Azizan 



MAKLUMAN TERKINI

PEMANTAUAN OLEH PPD KEMAMAN

Sekumpulan pegawai PPD Kemaman akan melakukan lawatan pemantauan ke SK Pusat. Lawatan itu dijadualkan berlangsung dalam bulan MEI. Antara perkara yang akan dipantau ialah Buku Rekod Mengajar Guru, Fail JKS dan Panitia dan PdP di dalam kelas.

LANTIKAN PENGAWAS UPSR 2013
Guru-guru yang berminat untuk menjadi Pengawas UPSR 2013 boleh mendapatkan borang permohonan dari PK1 mulai 21 APRIL 2013. Tarikh tutup permohonan ialah 10 MEI 2013.

Harap maklum dan sebarkan.
Sekian. Terima kasih.

Tuesday, April 16, 2013


Renungan : Kita akan perolehi apa yang kita niat dan usahakan

Kita kadang-kadang ragu-ragu apakah apa yang kita buat itu tepat dan mendatangkan hasil yang lumayan. Kita barangkali telah berusaha sedaya upaya namun  kadangnya hasil tidak seberapa. Barangkali sebagai contoh kita telah hantar anak kita ke kelas tuisyen, membeli buku-buku tambahan atau makan mahupun minum berbagai air sembahyang hajat atau penawar tetapi anak kita tidak juga cerdik-cerdik.

Begitu juga kalau di sekolah kita telah buat berbagai program tetapi UPSR sekolah kita tidak naik-naik sebaliknya darah kita mencagang naik kerana risau dipersoalkan ibubapa, jabatan dan sebagainya. Kadang-kadang kita bertanya mengapa, mengapa dan mengapa ? Kadang kita  bermuhasabah mengkaji kesilapan diri tetapi tidak kita temui. Adakah usaha kita sia-sia ? Adakah doa kita tidak makhbul ? Sedangkan Allah berfirman yang bermaksud:

" Sesiapa mengerjakan kebaikan walau sebesar zarah, nescaya dia akan melihat balasannya. Dan sesiapa yang melakukan kejahatan walau sebesar zarah, nescaya dia akan melihat balasannya pula." (Surah al-Zalzalah 99: 7-8)

Secara literalnya  setiap apa yang kita niat dan buat pasti ada ganjaran dan balasannya. Mungkin kita terkhilaf atau tidak nampak balasan itu. Mungkin bila kita sedekah RM50.00 kita mengharapkan ganjaran dalam bentuk yang sama RM50.00 atau lebih daripada itu. Kita mengajar anak murid yakni anak orang siang dan malam dengan niat yang ikhlas hingga jadi cerdik dan pandai tetapi kenapa anak kita lemah,lembab dan tidak menjadi. Di mana silapnya?

Sesungguhnya firman Allah itu amat dan maha benar. Kita mungkin diberi ganjaran dalam bentuk-bentuk lain yang kita tidak sedar. Misalnya kita sedekahkan RM50.00 tetapi ganjarannya dalam bentuk yang sekali macam tiada apa-apa. Misalnya hari itu kita hampir melanggar lembu. Kita bernasib baik. Kalau langgar mungkin beribu kita habis. Anak-anak dan isteri kita dalam bulan itu mungkin tidak sakit dan deman. Biasanya tiap bulan kita habiskan ratusan ringgit di klinik swasta kerana membeli ubat selesama, demam dan sebagainya. Kalau kita berfikiran positif itulah antara ganjaran yang Allah berikan hasil dari kerja baik yang kita lakukan. Namun justru kadang-kadang perkara itu biasa dan berlaku di bawah sedar kita, kita tidak merasai nikmat dan kebaikannya. Serupalah kita sedut udara Allah tanpa bayaran satu sen dan hidup dengan sombong dan bongkak. Bagaimana kalau Allah mohon kita bayar satu sen sahaja untuk sekali sedutan pasti kita akan tahu betapa susahnya.

Saya teringat pengalaman benar dan amat saya yakini prinsip keadilan Allah itu. Sewaktu anak kedua saya  berada dalam Tahun 1 pada waktu saya amat sibuk dengan pelbagai program luar terutama mengendalikan kursus terutama untuk para pelajar hinggakan tiada hari minggu dan masa bersama anak-anak. Hinggalah bulan Ogos anak saya ini tidak boleh membaca lantas isteri menyindir dengan berkata , "Ayah ceramah dan beri kursus anak orang seluruh dunia, anak sendiri tidak boleh membaca". Sekali dengan terasa juga bahangnya tetapi bila bertenang dan fikir balik takkan Allah zalim. Oleh kerana masa itu saya guru Bahasa Melayu dan ada pengalaman lebih tiga tahun mengajar Tahun 1 saya gunakan pengalaman itu dan saya letak target sebulan anak saya pasti boleh membaca.

Alhamdulillah sebulan kemudian anak kedua saya dapat membaca dengan lancar dan peperiksaan akhir tahun menduduki tempat ketiga terbaik. Sekarang anak yang tidak boleh membaca itu, berkat usaha dan keadilan Allah terhadap sumbangan saya mengajar anak orang lain dengan ikhlas anak saya yang kedua ini sedang belajar menghabiskan  Doktor Falsafah dalam bidang Biologi dan Persekitaran .

Saya menyeru sahabat-sahabat guru mengajarlah dengan niat yang ikhlas dan semangat yang kuat, insyaallah ganjaran dari pengorbanan dan perjuangan kita itu tetap kita perolehi dalam pelbagai bentuk dan rupa. Yakinlah Allah itu adil. Bersyukurlah dengan nikmat kesejahteraan, kemewahan dan kesihatan dan pelbagai lagi yang kita nikmati...

Sunday, April 14, 2013

RELIF - PANDUAN DAN PERATURAN

1. PK1 atau Penolong Kanan akan membuat jadual relif sebelum pukul 7.35 pagi. Dengan itu, sebarang cuti, ketidakhadiran dan urusan keluar dari kawasan sekolah atas urusan rasmi hendaklah dimaklumkan sebelum waktu tersebut atau selewat-lewatnya 7.35 pagi. Relif tidak akan dikeluarkan lagi selepas itu, kecuali sebab-sebab yang 'ad hoc'.

2. Ketika relif, guru pengganti digalakkan mengajar subjek yang digantikannya. Sekiranya tidak boleh, guru hendaklah mengajarkan sesuatu yang bermanfaat untuk murid. Guru juga boleh melakukan kerja rasmi di dalam kelas ganti dan membenarkan murid melakukan kerja sendiri yang ditinggalkan oleh gurunya.

3. Dalam keadaan tertentu, ada guru yang mengajar Tahap 1 akan relif kelas Tahap 2 dan begitulah sebaliknya. 

4. Dalam keadaan tertentu, ada guru yang relif 2 kelas serentak dalam masa yang sama. Ini bermakna guru relif boleh membawa kedua-dua kelas ke Surau, padang atau Dewan untuk diberi pengisian yang sesuai. Keadaan ini berlaku apabila terlalu ramai guru tiada di sekolah dan untuk mengurangkan kekerapan atau bilangan relif guru.

 5. Ada guru yang tak masuk kelas relif. Keadaan ini menyebabkan berlaku kebisingan dan perkara yang tidak diingini. Guru kelas sebelah hendaklah memaklumkan kepada PK1 atau Penolong Kanan jika tiada guru di kelas sebelah untuk dibuat semakan relif.

Sekian. Harap maklum.

Friday, April 12, 2013


Renungan Jumaat : Adab dan akhlak Rasulullah


Semakin maju kita semakin sukar kita mencari model kepimpinan yang adab dan akhlaknya boleh diteladani dan dicontohi. Justru Renungan Jumaat membawa tulisan ini untuk sama-sama kita hayati bagaimana adab dan akhlak Rasulullah s.a.w sebagai pemimpin contoh dan ikutan umat.

Sebagaimana yang diriwayatkan mengenai perilaku Rasulullah s.a.w., bahawa Baginda tidak pernah sama sekali memukul seorang pun dengan tangannya, melainkan  dipukulnya kerana fisabilillahi Ta’ala. Baginda juga tidak pernah memeram dendam kerana sesuatu yang dilakukan ke atasnya dirinya sendiri, melainkan bila melihat kehormatan Allah dicabuli.

Jika Baginda diminta untuk memilih antara dua perkara, tanpa ragu-ragu lagi Baginda akan memilih yang paling ringan dan mudah antara keduanya, kecuali jika pada perkara itu ada dosa, ataupun akan menyebabkan terputusnya perhubungan silaturrahim, maka Baginda akan menjadi orang yang paling jauh sekali daripadanya.

Tiada pernah seseorang yang datang kepada Nabi s.a.w., baik ia merdeka atau hamba sahaya ataupun amah (hamba sahaya perempuan) mengadukan keperluannya, melainkan Baginda akan memenuhi hajat masing-masing.

Berkata Anas r.a.: Demi Zat yang mengutusnya dengan kebenaran. Ia (Nabi) tiada pernah berkata padaku dalam perkara yang tiada diinginnya, mengapa engkau lakukan itu. Dan apabila isteri-isteri memarahiku atau sesuatu yang aku lakukan, maka ia berkata kepada mereka: Biarkanlah si Anas itu, dan jangan dimarahi, sebenarnya tiap-tiap sesuatu itu berlaku menurut ketentuan dan kadar.

Termasuk akhlaknya yang mulia, ialah memulakan memberi salam kepada sesiapa saja yang ditemuinya. Jika ada orang yang mengasarinya kerana sesuatu keperluan, ia menyabarkannya sehingga orang itu memalingkan muka daripada baginda. Bila berjumpa dengan salah seorang sahabatnya, segera ia akan menghulurkan tangan untuk berjabat tangan. Baginda tidak pernah bangun atau duduk, melainkan lidahnya sentiasa menyebut nama Allah.

Seringkali bila sedang sembahyang, lalu ada tetamu yang datang kerana sesuatu keperluan, maka segeralah ia meringkaskan sembahyangnya untuk menyambut tetamu seraya bertanya kepadanya: Apa hajat anda?

Bila baginda berada di dalam sesuatu majlis antara para sahabatnya tidak pernah dikhususkan satu tempat baginya, melainkan di mana saja Baginda sampai, di situlah ia duduk. Baginda selalu menghormati sesiapa saja yang mendatanginya, sehingga terkadang-kadang Baginda sampai menghamparkan bajunya supaya orang itu duduk di atasnya. Sering pula Baginda memberikan bantal sandaran kepada orang yang datang, supaya orang itu bersandar padanya.

Bila di dalam suatu majlis yang ramai, Baginda menghadapkan wajahnya kepada semua orang, satu lepas satu, sehingga seolah-olah kesemua majlisnya, pendengarannya, percakapannya, kehalusan budi pekertinya dan perhatiannya ditumpukan kepada setiap orang yang duduk bersamanya di dalam majlis itu. Padahal majlis Rasulullah s.a.w. itu umumnya ialah majlis yang diliputi oleh kesopanan kerendahan diri dan amanah.

Allah telah berfirman di dalam al-Quran al-Karim:

“Oleh kerana rahmat Tuhan engkau bersikap lemah lembut terhadap mereka, dan kiranya engkau berbudi kasar dan berhati bengis, nescaya mereka akan lari dari sekelilingmu.” (Ali-Imran: 159)

Baginda lebih suka memanggil para sahabatnya dengan nama gelaran masing-masing untuk menghormati mereka akan memikat hati mereka. Sesiapa yang tidak punya nama gelaran, Baginda memberinya nama gelaran, lalu ia pun dipanggil dengan gelaran itu. Bukan kaum lelaki saja yang diberi nama gelaran malah kaum wanita juga, sama ada pernah melahirkan anak mahupun yang tidak. Bahkan kepada anak-anak kecil pun demikian juga, sehingga hati anak-anak itu tertarik kepada peribadinya s.a.w.

Baginda Rasulullah s.a.w. adalah seorang yang amat jarang marahnya, tetapi jika marah paling segera redha pula. Baginda adalah orang yang berhati belas terhadap orang ramai, paling baik antara mereka sekalian, dan paling banyak memberikan manfaat kepada seluruh manusia. Tidak pernah sekalipun terdengar suara yang tinggi dalam semua majlis-majlisnya.

Apabila bangun dari majlisnya, Baginda sering membaca :

Maha Suci engkau wahai Tuhanku dengan segala kepujian bagiMu, aku menyaksikan bahawasanya tiada tuhan melainkan Engkau, aku memohon keampunan kepadaMu dan aku bertaubat kepadaMu.” 

Thursday, April 11, 2013

BUKU ADAB BELAJAR - Perhatian Untuk Guru Kelas Tahun 4.5 dan 6.

1.Guru kelas hendaklah memasukkan markah Ujian 1 ke dalam Buku Adab Belajar seperti biasa.
2. Mukadepan buku Adab hendaklah dicatatkan nama kelas dan nama guru kelas terkini.
3. Segala maklumat dan data yang diperlukan hendaklah diisikan dengan tepat dan betul.

Nota: Buku Adab Belajar untuk Tahun 4 dalam proses pesanan.
Sekian. Terima kasih.

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS SKP.

Pengawas sekolah dan Pengawas Perpustakaan akan mengikuti Kursus Kepimpinan di Cheneh Recreation REsort ( CRR) pada 11  hingga 12 April 2013.

Bertemakan "Pemantapan Sahsiah dan Ketrampilan Pengawas" , program anjuran Unit Bimbingan Kaunseling  di bawah Hal Ehwal Murid ini bermatlamatkan pendedahan awal berkaitan ilmu dan pengalaman dalam kepimpinan.

Pengawas berpeluang melatih diri untuk menjadi pemimpin yang amanah, bertanggungjawab dan dihormati. Semoga program ini melahirkan pemimpin masa depan yang rajin dan bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan.

Selamat Berkursus.
AL-FATIHAH

BEKAS GURU SKP DARI 2004-2010,CIKGU TON FARAHYANI BT WAN FUAD HAKIM TELAH PULANG KE RAHMATULLAH PADA 11 APRIL 2013.SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT DAN DITEMPATKAN DIKALANGAN ORANG YANG BERIMAN.
AL-FATIHAH...

Tuesday, April 9, 2013


JANGAN BIARKAN TEKNOLOGI MENGUASAI KITA,BIAR KITA MENGUASAINYA


PERMOHONAN KELUAR UNTUK URUSAN PERIBADI

Guru-guru dan semua staf,
Permohonan keluar dari kawasan sekolah untuk sesuatu urusan peribadi semasa waktu bertugas tidak digalakkan. Sekiranya perkara itu tidak dapat dielak, tuan-puan hendaklah:-
1. Meminta kebenaran daripada Pentadbir.
2. Mengisi Borang Meninggalkan Pejabat ( Borang hijau) dan menyerahkannya kepada Pentadbir.
3. Sekiranya tuan-puan ada kelas atau tugas pada masa tersebut, tuan-puan hendaklah mencari sendiri guru untuk mengganti atau mengambilalih kelas tuan-puan.
4. Tidak mengambil masa yang panjang untuk menguruskan hal peribadi tersebut.

Sekian. Terima kasih.

Monday, April 8, 2013

PANTUN GURU

Itik bukan sebarang itik,
     Itik molek main di paya;
Didik bukan sebarang didik,
    Didik nak tengok murid berjaya.

Gaharu bukan sebarang gaharu,
    Gaharu wangi seharum cempaka;
Guru bukan sebarang guru,
    Guru SKP hebat belaka.

Saturday, April 6, 2013

PENYEMAKAN BUKU LATIHAN MURID OLEH PENTADBIR

Guru-guru boleh menghantar buku-buku latihan murid-murid kepada pentadbir seperti jadual berikut:

TARIKH: 7  hingga 11 APRIL 2013

(SETIAP SUBJEK 10 BUAH BUKU)
SUBJEK
TAHUN
SEMAKAN OLEH
Bahasa Melayu
Kajian Tempatan
1 Amanah


GURU BESAR
2 Amanah
3 Amanah
4 Amanah
Bahasa Inggeris
Kemahiran Hidup
5 Amanah
6 Amanah
1 Fatanah


PK 1
2 Fatanah
3 Fatanah
Matematik
Dunia Muzik / Muzik
4 Fatanah
5 Fatanah
6 Fatanah



PK HEM
Pend. Agama Islam / B.Arab
Sivik
1 Ikhlas
2 Ikhlas
3 Ikhlas
4 Ikhlas
5 Ikhlas
DST / Sains
Pendidikan Kesihatan
6 Ikhlas



PK KO
1 Taqwa
3 Taqwa
5 Taqwa
6 Taqwa
6 Ukhwah