Saturday, February 18, 2012

SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1433H PERINGKAT DAERAH KEMAMAN















Dengan langkah bersemangat pasukan SK. Pusat A dan B telah meyertai perarakan sempena Sambutan Maulidurasul Daerah Kemaman bagi 1433H.

Wednesday, February 15, 2012

NOTA TATABAHASA





































Soalan mencari kesalahan tatabahasa sangat popular dalam peperiksaan UPSR dan PMR. Jadi nota ini diharapkan dapat membantu guru untuk menjelas beberapa topik terutama penggunaan apitan Memper....i dan apitan Memper...kan. Disertakan juga kata majmuk yang dianggap telah mantap. Ia saya peroleh daripada Buku Tatabahasa Dewan keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka.








Tuesday, February 14, 2012

CINTAI RASULULLAH S.A.W.


Selawat ke atas nabi Muhammad S.A.W.
Sayangilah Baginda Rasulullah…
Cintailah Baginda Rasulullah…
Kerana
Rasulullah tersangat sayangkan umatnya…
Sayang Rasulullah kepada kita hinggalah tibanya hari kiamat…
Semoga…
Kita semua beroleh syafaat Rasulullah SAW..

Sollu ‘ala Nabi…

Siapakah yang lebih layak diagungkan & dirindu selain Kekasih Allah; Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w. Moga satu masa nanti, kita akan bertemu dengan Baginda s.a.w & Rasulullah s.a.w akan senyum apabila melihat kita, ummatnya yang tidak pernah berhenti merindui & berusaha meneladaninya. InsyaAllah. Amin.

Lagu : Wahai Kekasih – Nazrey Johani
Tema Maulidur Rasul 1433 H 2012 : Persefahaman Asas Perpaduan Ummah

Saturday, February 11, 2012

CEMERLANG SAINS DENGAN PETA MINDA

Daripada: Cikgu Nasa
Tarikh: Sabtu, 11 Februari, 2012



SAINS: MATAPELAJARAN YANG SUKAR

Adalah tidak dinafikan bahawa matapelajaran Sains merupakan satu matapelajaran yang agak sukar bagi kebanyakan pelajar. Ini adalah kerana seorang pelajar perlu mengingati dan menghafal banyak konsep dan fakta. Maka untuk memperolehi markah yang baik atau ingin mendapat 'A' dalam matapelajaran Sains adalah idaman semua pelajar.

Untuk mendapat markah yang tinggi dalam apa sahaja matapelajaran termasuk Sains, pelajar perlu tekun dan rajin membaca nota yang telah diberikan oleh guru atau buku teks yang sedia ada. Walaubagaimanapun buku teks yang tebal yang mengandungi ratusan atau mencecah ribuan kata kunci fakta Sains boleh mematikan semangat pelajar untuk meminati Sains.


.

PETA MINDA: ALTERNATIF TERBAIK

"Mind Map" atau Peta minda adalah alat untuk membantu anda berfikir dan belajar. Peta Minda yang telah dibangunkan oleh Tony Buzan adalah kaedah yang berkesan untuk membuat nota dan berguna untuk menjanakan ide dengan perkaitan.

Untuk membina satu peta minda, seseorang haruslah bermula di tengah mukasurat yang menjadi tajuk utamanya. Kemudian ia bercambah keluar ke semua arah menghasilkan struktur yang tumbuh dan tersusun mengandungi kata kunci (keywords) dan rajah kunci (key images).

Satu contoh peta minda yang saya ingin paparkan ialah peta berikut di bawah tajuk "Basic Needs", satu tajuk daripada matapelajaran Sains Tahun 4.

Sila klik peta minda di bawah untuk melihatnya dengan lebih dekat




Perhatikan betapa mudahnya seorang pelajar dapat melihat tajuk utama peta di tengah-tengah yang bercabang kepada tajuk-tajuk kecil yang pula bercabang kepada perkataan atau kata-kunci dan rajah kunci yang penting.

kata-kunci dan rajah-kunci




Peta minda yang disediakan dipermudahkan pembacaannya dengan adanya label-label berhuruf dan bernombor di setiap cabang supaya pembacaan adalah mengikut susunan dan turutan yang betul. Ini adalah untuk memastikan supaya pemahaman terhadap fakta yang dibaca adalah mengikut alirannya.

Perhatikan juga gambar-gambar yang berwarna dan menarik yang berkaitan dengan fakta dapat mengukuhkan lagi ingatan terhadap fakta tersebut.

Label huruf dan nombor serta gambar




Anda tentu perasan bahawa dengan memerhatikan peta minda secara keseluruhan, anda telah pun sudah dapat memasukkan maklumat dengan mudah ke dalam fikiran anda. Oleh itu maklumat tersebut akan mudah pula dapat dikeluarkan kerana ia telah di"peta"kan ke dalam fikiran anda.

PETA MINDA UNTUK GURU DAN PELAJAR

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, peta minda telah diakui sangat berkesan digunakan dalam bilik darjah. Saya telah menggunakan peta minda yang saya hasilkan sendiri sejak 5 tahun lalu dalam bilik darjah saya. Berdasarkan kepada pengalaman saya, saya mendapati proses pengajaran menjadi sangat mudah dan menjimatkan masa.

Ini adalah kerana peta minda yang telah disediakan oleh guru sendiri dan diedarkan kepada murid dengan sendirinya menjadi nota mereka tanpa perlu mereka membuat nota sendiri. Peta minda yang asalnya bersaiz A4 telah dibuat salinannya kepada kertas bersaiz A3 yang lebih besar supaya lebih mudah dibaca. Jika bab yang diajarkan adalah panjang, maka peta yang kedua, ketiga dan seterus akan saya hasilkan.

Penggunaan LCD serta perisian komputer yang boleh membesarkan paparan di skrin dengan kemudahan "zoom" memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Gambarajah yang kecil yang kurang jelas dengan mudah dibesarkan untuk paparan pelajar.



KELEBIHAN PETA MINDA

Dalam Pembelajaran
Menghapuskan rasa sukar untuk belajar. Menambah keseronokan dalam proses pembelajaran, mengulangkaji dan mengambil peperiksaan. Memberi keyakinan kepada pelajar terhadap keupayaan mereka untuk mempelajari apa sahaja matapelajaran.

Dalam Mengingat
Memudahkan pelajar mengingat fakta setelah mindanya dipetakan. Menambah keupayaan dan kapasiti ingatan.

Dalam Pandangan Keseluruhan
Dapat melihat keseluruhan bab dengan jelas. Dapat memahami segala fakta yang berkaitan. Berupaya mengulangkaji pelajaran dengan pantas.

Dalam Berfikir
Melatih minda mencari jalan penyelesaian untuk melaksanakan sebarang kerja secara bersistematik.

Dalam Merancang
Memudahkan merancang sesuatu tugas dari mula hingga ke akhir hanya dalam sehelai kertas.

Dalam Berkomunikasi
Dapat menyampaikan segala bentuk maklumat dengan jelas dan tepat.



Friday, February 10, 2012

SAMBUTAN MAULIDURRASUL













Pada 9 Feb 2012, warga SKP telah berjaya mengadakan sambutan maulidur rasul. Syabas kerana kita telah berjaya melaksanakannya. Namu bukan sekadar itu, kita mestilah menghayati perjuangan Rasulullah s.a.w. di samping meletakkan kecintaan terhadap baginda di hati kita.

Dengan pakaian budaya Melayu yang indah, kita berselawat melalui kawasan sekitar sekolah. Dengan sepanduk terangkat, kita bersemangat memuji Rasulullah s.a.w.

Di dewan, kita mengikuti ceramah dan berkuiz terbuka. Pemenang pula dipilih bagi perbarisan terbaik. Tahniah kepada semua pemenang , lebih-lebih lagi kepada jawatankuasa sambutan yang berjaya menganjurkannya dengan selamat dan sempurna.