Monday, July 15, 2013

Renungan Ramadhan  : Bersahur




"Rasulallah pernah bersabda: 'Bersahurlah kamu, karena sesunguhnya di dalam sahur itu terdapat keberkatan'" Mutaffaq'alaih H.R.Bukhari (1923) dan Muslim(1095)
Shahih Riyadhus Shalihin
Imam Abu Zakaria/Yahya bin Syaraf An Nawawi


Dari Amr bin 'Ash radhiyallahu 'anhu, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda (yang artinya): "Pembeda antara puasa kita dengan puasanya ahli kitab adalah makan sahur"[Hadits Riwayat Muslim 1096]

Sahur merupakan sunnah yang sangat- sangat dituntut di bulan Ramadhan yang mulia ni.


Walaubagaimanapun, ramai juga antara kita yang tersalah konsep tentang sahur ni. Ada yang beranggapan bahawa makan berat di tengah malam sebelum tidur itu boleh dikatakan sebagai sahur. Hal ini merupakan satu amalan yang sangat jauh lari nya daripada amalan Rasulullah S.A.W.

Rasulullah mengajar kita untuk bersahur di kala dinihari yakni waktu yang semakin hampir dengan fardhu Subuh.

Imam al-Baihaqi melalui sanad sahih menyebut “adalah sahabat-sahabat Nabi Muhammad itu orang yang menyegerakan berbuka puasa dan melewat-lewatkan sahur.”

Nabi juga pernah bersabda, maksudnya: “Sentiasalah umatku itu dalam keadaan kebaikan selama mana mereka menyegerakan berbuka dan melambat-lambatkan sahur.”


Sebenarnya waktu bersahur itu adalah luas bermula dari waktu malam hari hingga masuk waktu fajar dan yang lebih afdal ialah ketika waktu Subuh hampir masuk.

Sumber: Jabatan Agama Islam Selangor

Wednesday, July 3, 2013

PEMANTAUAN OLEH PEGAWAI JPNT

Pegawai-pegawai dari JPNT dijadualkan akan mengadakan pemantauan ke sekolah kita pada hari Isnin 8 JULAI 2013. Sebagai persediaan, ketua-ketua panitia dan ketua-ketua unit hendaklah mempastikan fail dan segala dokumen dikemaskini untuk memudahkan semakan oleh para nazir.
Sekian. Harap maklum.

PROGRAM TAHAP 2

                                    









Pelbagai slot menarik melibatkan murid Tahap 2 di Dewan Kejora pada hari Selasa, 2 JULAI

Sunday, June 30, 2013


Nilai Murni Menerusi BUDI dan Guru Sebagai Murabbi.

Guru sebagai murabbi akan membawa anak didiknya ke arah matlamat untuk menjadi manusia yang dekat dengan Allah. Manusia yang mengambilkira dosa dan pahala dalam kehidupan. Manusia yang nampak neraka di kiri dan syurga di kanan.

Sekurang-kurangnya ada tiga nilai murni yang mencabar murid-murid untuk diamalkan menerusi risalah BUDI. Pertama, cinta akan ilmu. Risalah BUDI memuatkan ilmu dan maklumat. Orang yang mencintai ilmu tidak akan mempersia-siakan ilmu walau ringkas dan pendek, tercetak tanpa gambar warna-warni dan kertas bermutu. Justeru pelajar yang mencintai ilmu akan memanfaatkan risalah BUDI meskipun nampak ringkas dan santai.

Kedua, nilai amanah. Pelajar diamanahkan untuk memberikan risalah ini kepada ibu bapa atau penjaga agar mereka tahu perkembangan di sekolah menerusi ruang Surat Untuk Penjaga. Pelajar yang melaksanakan tugasan ini bermakna pelajar itu adalah pelajar yang amanah. Didikan sifat amanah inilah hendak diterapkan kepada pelajar. Lawan amanah ialah khianat.

Ketiga, nilai baik hati. Risalah BUDI diedarkan bersama dengan Tabung Budiman. Orang yang pemurah  sudi membelanjakan sedikit wangnya untuk tujuan lain . Pemurah tergolong dalam nilai baik hati. Adapun lawannya ialah kedekut. Sifat kedekut ini ialah sifat mazmumah ( sifat tercela). Sifat inilah hendak dikikis dari diri kita. BUDI melalui Tabung Budiman ingin membina sifat dermawan dalam diri pelajar sejak kecil lagi.

Justeru itu, semua guru sebagai murabbi hendaklah seganding dan seiring untuk menjayakan penerbitan risalah bulanan ini dengan mengingatkan para pelajar untuk mencintai ilmu, bersifat amanah dan pemurah. Alangkah senangnya untuk menjadi murabbi namun ramai orang melepaskan kerja mulia ini.

BUKU KEBERADAAN GURU DI DALAM KELAS (MMI)

A. Guru Kelas
Semua guru kelas dikehendaki mengambil Buku Keberadaan Guru Di Dalam Kelas hari ini. Buku tersebut ada di atas meja saya. Buku itu hendaklah sentiasa berada di dalam kelas kerana guru matapelajaran dikehendaki menandatangani buku tersebut setiap kali masuk kelas. 'Kesejahteraan' buku tersebut adalah di bawah tanggungjawab Guru Kelas masing-masing. Sila tulis nama Kelas dan Guru Kelas di bahagian hadapan. Serta tulis peratus kehadiran guru setiap hari.

B. Semua Guru
Semua guru dikehendaki menulis nama dan  menandatangani buku di atas setiap kali  masuk ke kelas untuk pdp. Berdasarkan buku tersebutlah laporan bulanan ke Jabatan Pelajaran Negeri akan dibuat. 
C. Ketua / Penolong Ketua Kelas
Membawa buku tersebut ke makmal atau bilik lain untuk waktu seperti Sains di makmal, PJ, Muzik, PS di Bilik Seni dan sebagainya. Pastikan juga buku itu selamat dan dijaga dengan baik di dalam kelas. 

PENGUNAANNYA BERMULA PADA ISNIN 1 JULAI 2013

SEBAR-SEBARKAN.