
Setiap murid perlu mengenali e-Book masing-masing. Ini membawa maksud mereka diberi pendedahan mengenai komponen-komponen e-Book, cara mengoperasikannya, cara untuk mengecas bateri, menggunakan kaedah yang betul serta mengetahui apakah perisian yang dibekalkan ke dalam e-Book. Ringkasnya, murid-murid mesti belajar dan diajar untuk mengetahui perkara-perkara asas dalam e-Book.
Murid juga perlu diajar dan belajar cara mencipta, menyusun dan menamakan fail serta folder agar mudah untuk mengurus hasil kerja dan juga nota-nota mengikut subjek dan projek. Para pelajar dan guru hendaklah memanfaatkan e-Book demi mencapai hasrat kerajaan dan jabatan pelajaran.
Konklusinya, para pelajar sewajarnya telah mampu menggunakan Microsoft Word , Powerpoint dan sebagainya untuk urusan tugasan sekolah. Sepatah kata Menteri Besar Terengganu, “sesiapa yang tidak tahu menggunakan computer, dia bukanlah rakyat Terengganu.” Maksudnya, rakyat Terengganu sudah semestinya tahu menggunakan komputer atau celik komputer kerana sejak di bangku sekolah rendah lagi mereka telah dibekalkan dengan e-Book.
No comments:
Post a Comment