Tips Belajar: Cara untuk menghafal dengan berkesan

Salah satu kaedah belajar adalah dengan
menghafal. Contohnya menghafal formula Matematik, menghafal perkataan
yang menarik dan menghafal fakta-fakta Sejarah. Itu adalah contoh subjek
di sekolah. Kalau di peringkat lebih tinggi, contohnya subjek
management, marketing ataupun subjek Logistics and material management. Yang penting, pokoknya ia
adalah kepada subjek yang banyak membaca.
Teknik ini adalah salah satu cara
paling baik untuk mengingati sesuatu. Namun, kebanyakkannya sekadar
menghafal tanpa memahami walau satu perkataan sekalipun. Ini sebabnya
kita tak boleh jawab dalam periksa nanti. Sebabnya, nanti dah nak exam,
menggelabah, cuak, hati tak tenteram nak jawab soalan. Oleh sebab itu,
persediaan sangat penting.
Hafal dan faham.
Pemahaman sesuatu perkara adalah asas paling penting dalam proses
belajar. Tiada gunanya menghafal walau seribu formula jika satu pun
tidak faham. Kesan buruknya tidak tahu formula mana perlu digunakan
untuk sesuatu masalah [blur lah jawabnya masa exam nanti]. Asas
pemahaman boleh dibentuk dalam kelas bersama guru dan juga rakan-rakan
yang lebih pintar.
Menghafal dan melakukan
apa yang dihafal. Dalam erti kata yang lain melakukan ulangkaji. Contoh
paling mudah adalah formula Matematik. Umum mengetahui formula
Matematik memang susah diingati tetapi apabila menghafal dan kerap
melakukan latih tubi, pasti dengan mudah dapat menguasai formula
tersebut. Sebab tuh, orang yang rajin, walaupun otak dia lembab tapi
sebab dia gigih, akhirnya dia beroleh kejayaan.
Hafal dan tulis. Untuk
mengingati semua perkara mungkin mustahil tetapi untuk membaca semua
perkara memang tidak mustahil. Jadi, tulis setiap formula, setiap fakta
pada buku. Kemudian baca dan baca setiap masa. Kalau iktukan pengalaman
aku, buat nota ringkas dan buat point-point yang penting sahaja. Yang
dalam huraian tuh , boleh goreng nanti masa exam. Kena ingat kunci point
utama jer. Kalau nak buat nota tuh, kasi cantik-cantik dan
berwarna-warni. Baru otak tuh ada feel dan ada mood untuk menghafal, ok!
Menghafal dalam keadaan tenang.
Maksudnya dalam minda yang segar tanpa keletihan atau tekanan.
Contohnya, selepas bangun tidur waktu pagi, ketika sedang berehat di
ruang tamu dan ketika sedang beristirehat di bawah pokok. Menghafal
dalam keadaan yang tenang dapat meningkatkan fokus dan juga pemahaman
sesuatu perkara. Cuba, kalau kita nak menghafal dalam keadaan yang
lapar, fuh tak fokus dibuatnya. Ingat, nasi lemak, kopi O dan mungkin
KFC.
Penting!!: Jangan esok baru nak exam, baru mula nak menghafal
No comments:
Post a Comment