Monday, March 18, 2013

SOLAT KAMIL - GURU SEBAGAI DA'IE

Setiap guru adalah da'ie. Di depan kita adalah anak-anak didik yang sentiasa dahagakan tunjuk ajar dan bimbingan kita. Melalui Program Solat Kamil, kita sasarkan 2 matlamat utama iaitu melahirkan pelajar yang sah solatnya dari segi bacaan, perbuatan dan rukun-rukunnya. Matlamat yang kedua ialah melahirkan pelajar yang menyempurnakan solat 5 waktunya.

Jawatankuasa Solat Kamil telah mengusahakan tindakan-tindakan di sebalik kekangan masa dan hambatan kerja. Justeru itu, semua guru sebagai da'ie hendaklah memainkan peranan MEMBANTU mengikut kemampuan masing-masing untuk menjayakan matlamat tersebut.


Di dalam PdP, nilai murni merentasi kurikulum boleh diaplikasikan dengan cara memulakan set induksi dengan bertanya dan memotivasi pelajar tentang pelaksanaan solat mereka. Hal ini tidak terletak di atas bahu guru-guru agama sahaja. Allah mengamanahkan kerja dakwah ini kepada semua hamba-Nya apalagi kita sebagai guru.


Hendaknya, lazimilah bertanya dan memotivasi murid agar menyempurnakan solat 5 waktu seiring dengannya mengingatkan mereka untuk melakukan solat dengan betul dan sah. Berbahagialah sesiapa sahaja yang menyahut seruan dakwah ini. Moga Allah s.w.t. memberi ganjaran pahala atas kecaknaan rakan-rakan seperjuangan semua.

No comments:

Post a Comment