Monday, May 27, 2013



 Musim Cuti Sekolah bermula.

Sedar tidak sedar kita telah hampir memasuki bulan Jun. Terasa baru lagi bermula tahun 2013, tiba-tiba sudah cuti sekolah pertengahan penggal. Mungkin kerana terlalu sibuk dengan kerjabuat kita tidak berkesempatan menghitung hari dan ruang-ruang kosong. Siang dan malam jadual kita penuh. Inilah nature kerja guru yang kadang tidak difahami dan dimengerti kebanyakan orang. Bahkan ada segelintir yang berada di luar dunia guru ingin merubah nature tersebut. Dan bukan sedikit guru terpengaruh menongkah "kesemulajadian" dunianya.

Kita percaya biarpun tertulis rasmi "Cuti Sekolah Pertengahan Tahun" namun kelas dalam cuti tetap berjalan. Kem, bengkel dan seminar terutama kepada calon-calon peperiksaan tetap disediakan. Nilai perihatin ini walaupun kadangnya berlaku secara izin dalam paksa sangat bermakna kepada pelajar kita. Justru timbal balas kebijaksanaan pengurusan sekolah mengatur jadual sangat penting supaya guru kita mempunyai ruang bersama keluarga menikmati makna "cuti sekolah ini". Kecaknaan pengurusan pastinya memberi impak penghormatan dan pengorbanan tinggi para guru bukan sahaja kepada pengurusan tetapi agenda pendidikan di sekolah.

Cuti Sekolah inilah masa berkualiti untuk para guru bersama keluarga. Anak-anak yang berada di asrama semua balik. Masa inilah mereka ingin bermanja dengan ayah , ibu serta adik beradik. Mereka hendak makan masakan ibu mereka yang sedap kerana pada rutin persekolahan jarang mereka dapat rasa. Mereka hanya rasa "hidangan pasar minggu" atau makanan segera. Masa ini walaupun riuh tetapi seronok. Masa ini walaupun penat tapi berbaloi. Mereka adalah anugerah Allah yang tidak boleh ditukar ganti. Maka berilah masa berkualiti untuk anak-anak kita.

Jika berpeluang bawalah mereka berjalan-jalan makan angin. Awal cuti ini kebanyakan hotel terutama kawasan pantai tidak kira berapa bintang penuh ditempah. Kedai makan, hadiah dan cenderamata juga ramai dikunjungi. Kadang-kadang "expriencing learning" ini sangat penting untuk anak-anak. Justru inilah masa yang sesuai. Banyak destinasi cantik dalam negara kita. Jumlah pengunjung dan tempahan penuh hotel adalah bukti rakyat sukakan keamanan, keharmonian dan kesejahteraan. Kalau trafik jem kerana berdemontrasi siapa hendak pergi makan angin. Orang tidak keluar makan angin kalau rasa diri dan keluarga tidak selamat. Tidak tahulah pula takut ada guru kita yang suka bawa anak isteri untuk berdemontrasi dari bercuti santai bersama keluarga.

Masa begini juga sinonim dengan balik kampung dan kenduri kahwin. Tentu ramai juga kita yang merancang menghabiskan sebahagian cuti di kampung halaman sambil menjeguk orang tua dan sanak-saudara. Tentu anak-anak kita yang biasa besar di bandar akan memperolehi berbagai pengalaman baru. Apalagi jika di kampung ada pula kenduri kahwin saudara mara. Tentu seronok. Anak-anak boleh mempelajari secara tidak langsung nilai-nilai hidup bermuafakat dan bekerjasama. Saya teringat masa arwah ayah ada dulu, bila orang kampung tanya anak-anak siapa yang sihat dan comel. Arwah ayah dengan bangganya memperkenalkan cucu-cucunya. Masih terbayang riak gembira dan seronoknya pada wajah dan matanya. Al-Fatihah ayah.
Cucu-cucu ayah dah besar dan berjaya.

Apapun dalam berseronok makan angin dan bercuti keselamatan diri dan keluarga mesti diutamakan. Pandulah dengan cermat dan sentiasa bersabar. Kawal selia anak-anak terutama bila mandi di kawasan laut, sungai atau air terjun. Kalau boleh dapatkan maklumat tentang sesuatu tempat itu. Walaupun ajal maut di tangan Tuhan namun tidak salah kita berdoa dan berikthiar untuk keselamatan dan dijauhkan dari apa jua musibah. Kita tidak mahu cuti sekolah akan datang adalah hari ulang tahun mengenang tragedi pahit dalam keluarga kita.

Semoga Cuti Sekolah musim ini membawa banyak kenanagan manis dalam keluarga kita selain kita mendoakan murid-murid kita sentiasa sihat dan selamat serta tidak terus berpisah dengan buku. Selamat  bercuti kepada semua sahabat guru walau di mana jua berada.

Friday, May 24, 2013

PESANAN PK1 KEPADA ANAK-ANAK DIDIK YANG DISAYANGI

Dalam perhimpunan akhir pada hari Khamis, 23 MEI 2013, PK1 telah memberi pesanan kepada semua murid.

1. Rancang cuti dengan baik. Penuhkan masa lapang dengan aktiviti yang berguna.
2. Rancang masa untuk menyempurnakan kerja-kerja masa cuti yang telah diberikan oleh guru.
3. Jaga keselamatan diri sepanjang masa baik ketika bermain, melancong atau ketika berada di jalanraya.
4. Bagi murid Tahun 6 dan Tahun 4 yang ada kelas tambahan, pastikan anak-anak hadir tepat pada masanya.

Wednesday, May 22, 2013

3 Pelajar SKP wakili Terengganu Ke MSSM

TAHNIAH !
3 orang pelajar SK Pusat telah berjaya mewakili MSS Terengganu ke MSSM, 2 orang dari sukan Hoki dan Seorang dari sukan Bola Jaring. Pasukan Hoki MSST akan bertanding di Stadium Hoki MBMB, Bukit Serindit, Melaka manakala Pasukan Bola Jaring MSST akan bertanding di Dewan Rakan Sukan MSNPs, Kangar, Perlis. Sama-samalah kita doakan agar Pasukan MSST perolehi kejayaan, seterusnya 3 orang wakil SP Pusat Kemaman akan turut mengharumkan nama Negeri, Daerah dan SKP. 3 pelajar berkenaan ialah : Sukan Hoki - 1.Muhammad Izzul Azim bin Mohd Nasir
                     2. Adi Fariduddin bin Kamariduan

Sukan Bola Jaring - 1. Nurul Fatihah binti Ahmad Nor Al Faizan

Tuesday, May 21, 2013

INFO DARIPADA MESYUARAT GURU



-        
SELASA, 21 MEI 2013
-         DIPENGERUSIKAN OLEH GURU BESAR
-          
1.     Penyusunan Kelas Tahun 4 ke bangunan baru.
Kelas 4A ke  Bilik Tayang, 4F ke Bilik Solat Tingkat 2 dan 4I ke Bilik PPDa.
2.     Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah
Sambutan Hari Guru pada hari Khamis, 23 Mei 2013. Jaga imej SK Pusat. Guru terlibat sila hadir raptai.
3.     Memperkasakan Kelas Maya.
Penyusunan Jawatankuasa untuk mengaktifkan penggunaan Kelas Maya. Guru dan pelajar digalakkan menggunakan e-book.
4.     Guna Duit Peruntukan Kerajaan
Gunakan duit panitia dan segala peruntukan kerajaan untuk murid demi kebaikan murid agar tidak dipertikai oleh Jabatan. Ahli panitia boleh membeli sesuatu keperluan melalui perbincangan dengan Ketua Panitia.
5.     Denda Pelajar
Ikut prosedur hukuman agar tidak timbul masalah.
6.     Kelas Tambahan Masa Cuti UPSR
Berjalan ikut jadual. Kalau tak dapat hadir, perlu cari guru ganti.
7.     Pengisian SAPS dan e-pantau.
Ikut dateline yang ditetapkan iaitu 22 MEI 2013.
8.     Tahniah Untuk Guru-guru Tahun 6
Tahniah kepada guru Tahun 6 kerana ada pengingkatan dalam Pentaksiran Sumatif 2.
Dari PK Pentadbiran
1.     Periksa kertas jawapan dan isi markah Pentaksiran Sumatif 2 dengan teliti dan tepat.
2.     Urusan keluar dari kawasan sekolah pada waktu bertugas mesti mengikut peraturan yang telah dimaklumkan sebelum ini.
3.     Guru Kelas Tahun 6 boleh manfaatkan Borang Kaji Selidik untuk memantau persediaan  murid dalam menghadapi UPSR.

Dari PK HEM
1.     Pertandingan 3K Peringkat Negeri Terengganu.
-Pertandingan mewarna Pra Sekolah dan PPKI.
-Pertandingan melukis Poster untuk Tahap 2
-Pertandingan menulis esei dalam BM atau BI.
-Pertandingan mural
-Pertandingan koir Pra dan Tahap 2
-Kebersihan kawasan sekolah.
Tempoh pertandingan 23 hingga 27 JUN 2013.

2.     Program Cegah Obesiti
SK Pusat jadi Jawatankuasa Penganjuran Program.

Dari PK KO
1.     Guna wang Kokurikulum dengan menyediakan kertas kerja. Laporan aktiviti hendaklah dihantar kepada PK Kokurikulum.
2.     Guna Bilik Ping Pong untuk melatih murid.
3.     Karnival permainan akan diadakan pada penggal depan.
Dari PK PPKI
1.     Raptai Hari Guru di Dewan MPK.
2.     Pakaian sambutan Hari Guru ialah baju batik hitam.
Dari Guru-guru
1.     Cikgu A.Mahzar – Meminta pihak atasan memberi motivasi untuk murid 6U yang bermasalah.
2.     Cikgu Ramli – meminta agar lampu dipasang berhampiran Kelasn 5T dan 5I .
3.     Cikgu Saiful Adely-  memaklumkan masalah murid yang ramai dalam  kelas malam 6I .
4.     Cikgu Fifi  Afida – Guru Kelas dikehendaki menghantar laporan mentor-mentee.
5.     Cikgu Suria Aziana  - Program Linus 2.0 untuk literasi dan numerasi Bahasa Inggeris bermula. Dicadangkan juga buat langsir atau tirai untuk Dewan Sekolah.
6.     Cikgu A.Hadi – Terima kasih kepada semua yang menjayakan Sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Dimaklumkan juga pengedaran tabung derma untuk membantu pekerjakebersihan yang  kemalangan.
7.     Cikgu Zaida – memaklumkan tentang Kem UPSR di Marang Village Resort pada 20 hingga 22 JUN 2013.
Guru Besar mengakhiri mesyuarat dengan ucapan SELAMAT BERCUTI.

Sunday, May 19, 2013

MESYUARAT GURU

TARIKH:    SELASA, 21 MEI 2013
MASA:      10.45 PAGI
TEMPAT:    Bilik Mesyuarat
Semua guru diwajibkan hadir.

Wednesday, May 15, 2013

SELAMAT HARI GURU 16 MEI 2013

 Kepada semua guru SK. PUSAT. Saya selaku PK1 mengucapkan, "SELAMAT HARI GURU" dengan segugus doa, "kalian berjaya, kalian bahagia, kalian sihat, kalian sejahtera.

Tuesday, May 14, 2013


Budak enam tahun jadi hero


KOTA BHARU 12 Mei - Tindakan pantas seorang abang berusia enam tahun membawa ketiga-tiga adiknya berusia lima, tiga dan setahun keluar daripada rumah yang terbakar berjaya menyelamatkan nyawa mereka.

Ketika kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu, Afit Hadi Mohd. Hakimi, 6, sedang menonton televisyen bersama-sama adiknya, Alif Azim, 5, Aufa Imtias, 3, dan Akim Hanif, setahun di Jalan Tanjong Mas di sini.

Menurut Afit Hadi, ketika sedang menonton televisyen, dia terhidu bau hangit dan terkejut apabila mendapati api mula marak dari rumahnya itu.

"Sebaik sahaja melihat api, saya terus mendukung adik, Aufa Imtias manakala seorang lagi adik, Alif Azim membawa Akim Hanif keluar melalui pintu belakang rumah mereka," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.

Ketika kejadian hanya empat beradik itu berada di rumah kerana bapa mereka, Hakimi Ismail, 37, sedang bekerja dan ibu mereka, Syarifah Sharizat Wan Idris, 37, keluar mengambil kakak sulung mereka, Alia Insyirah, 8, dari Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Chempaka.

Sementara itu, Syarifah Sharizat ketika ditemui berkata, sejurus sampai di rumah pukul 1.35 petang, jantungnya bagaikan terhenti apabila melihat keadaan rumahnya yang musnah.

Katanya, ketika itu, di dalam fikirannya hanya satu sama ada keempat-empat orang anaknya yang berada di rumah itu selamat ataupun tidak.

"Alhamdulillah, anak-anak saya semuanya selamat walaupun Afit Hadi mengalami sedikit kecederaan di bahagian lengan. Saya bersyukur anak saya selamat dan dalam masa yang sama merasa sedih kerana rumah yang didiami sejak tujuh tahun lalu musnah dalam sekelip mata," katanya.

Tambahnya, segala kelengkapan rumah, barang emas dan duit yang disimpan di rumah musnah sama sekali dan jumlah kerugian dianggarkan lebih RM50,000.

"Saya tidak tahu punca sebenar kejadian ini berlaku mungkin disebabkan litar pintas memandangkan gas di dapur rumah ketika itu sudah ditutup," katanya sebak.

Dalam pada itu, kebakaran tersebut turut memusnahkan sebuah lagi rumah yang terletak bersebelahan.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba Kota Bharu, Mohamad Sabri Ismail, berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada pukul 1.57 petang.

Sumber : Utusan Malaysia

Sunday, May 12, 2013

PESANAN DARI PK1

Salam sejahtera semua,
1.Ahad , 12.5.2013 saya mc. Esok mungkin cuti lagi kerana kena pergi lagi ke hospital untuk diambil sample darah. Tadi diberi pil tahan sakit tapi nampak belum berkurang. Apabila saya sakit, saya kena redha dan syukur kerana tidaklah sampai tahap kritikal. Saudara-saudari tentu patut lebih bersyukur. Dan ramai juga kawan-kawan kita yang ada masalah masing-masing. Semoga Allah membantu mereka mencari jalan keluar.

2.Kerja saya mungkin ada yang tertangguh. Namun alhamdulillah saya berjaya memeriksa kertas Matematik Tahun 5 dan menyiapkan urusan Pengawas UPSR ke JPN. Ini untungnya kalau kerja tak bertangguh. Saya harap saudara-saudari dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna dan berketerampilan. Ramai guru SK Pusat yang hebat, yang patut kita contohi hasil kerja dan komitmen mereka pada tugas.

3. Ingat, periksa kertas jawapan murid dengan sebaiknya dan isi markah betul-betul agar tidak timbul masalah. Juga ambil cakna dateline yang telah diberikan sebelum ini iaitu, 22 MEI 2013.

4. Apa-apa sahaja dateline perlu dipatuhi kerana perkara itu melibatkan urusan dengan jabatan yang nanti boleh dipersoalkan kepada individu yang gagal menyempurnakannya. Sila jaga imej kita.

Sekian dulu. Saya akhiri dengan serangkap pantun macam Cikgu Zaida biasa lakukan itu.

Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan;
Walau badan ada di rumahku,
Tuan-puan dalam ingatan.

Maaf. Zahir dan batin.

Tuesday, May 7, 2013

UJIAN SUMATIF 2: PERINGATAN PENTING


1. Oleh sebab pengawasan menggunakan jadual harian biasa, pastikan pertukaran kelas berjalan dengan lancar. Jangan biarkan kelas tiada guru. Sekiranya perlu minta bantuan rakan guru di kelas sebelah.
2. Pengawasan peperiksaan dalam maksud memastikan tiada berlaku peniruan, perbincangan sesama murid dan murid dapat menjawab dengan selesa. Ada kes murid meniru kerana guru asyik melakukan kerja sendiri.
3. Sekiranya disedari kelas sebelah ketiadaan guru, sila laporkan segera kepada PK1 atau Pn. Zaida Ibrahim.
4. Pastikan masa yang cukup diberi kepada murid untuk menjawab. Sekiranya kertas lewat dimulakan, beri tambahan masa kepada murid.
5. Kertas jawapan hendaklah diberikan kepada guru yang berkenaan. Catat nama murid yang tidak hadir.
6. Penyedia soalan menyediakan skima jawapan untuk rakan-rakan lain.
7. Periksa kertas jawapan murid dengan teliti dan markah juga hendaklah dikira dengan teliti.
8. PALING PENTING, pastikan pengisian markah ke dalam epantau dan SAPS betul dengan markah sebenar murid. Dikesan ada 3 kes salah isi markah yang diadukan oleh murid dan ibu bapa murid.
9. Sila akur dan peka dengan dateline. Markah epantau dan SAPS hendaklah dimasukkan selewat-lewatnya 22 MEI 2013.

Selamat Bertugas.