Sunday, May 12, 2013

PESANAN DARI PK1

Salam sejahtera semua,
1.Ahad , 12.5.2013 saya mc. Esok mungkin cuti lagi kerana kena pergi lagi ke hospital untuk diambil sample darah. Tadi diberi pil tahan sakit tapi nampak belum berkurang. Apabila saya sakit, saya kena redha dan syukur kerana tidaklah sampai tahap kritikal. Saudara-saudari tentu patut lebih bersyukur. Dan ramai juga kawan-kawan kita yang ada masalah masing-masing. Semoga Allah membantu mereka mencari jalan keluar.

2.Kerja saya mungkin ada yang tertangguh. Namun alhamdulillah saya berjaya memeriksa kertas Matematik Tahun 5 dan menyiapkan urusan Pengawas UPSR ke JPN. Ini untungnya kalau kerja tak bertangguh. Saya harap saudara-saudari dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna dan berketerampilan. Ramai guru SK Pusat yang hebat, yang patut kita contohi hasil kerja dan komitmen mereka pada tugas.

3. Ingat, periksa kertas jawapan murid dengan sebaiknya dan isi markah betul-betul agar tidak timbul masalah. Juga ambil cakna dateline yang telah diberikan sebelum ini iaitu, 22 MEI 2013.

4. Apa-apa sahaja dateline perlu dipatuhi kerana perkara itu melibatkan urusan dengan jabatan yang nanti boleh dipersoalkan kepada individu yang gagal menyempurnakannya. Sila jaga imej kita.

Sekian dulu. Saya akhiri dengan serangkap pantun macam Cikgu Zaida biasa lakukan itu.

Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan;
Walau badan ada di rumahku,
Tuan-puan dalam ingatan.

Maaf. Zahir dan batin.

No comments:

Post a Comment