Pelajar dan guru dipelawa untuk melawati dan mengutip ilmu serta peringatan demi kesejahteraan diri dan masyarakat. Ustazah Liza Juliana, krew-krew dibantu pekerja sekolah telah berjaya meyediakan sebuah bilik yang memaparkan kesan penyalahgunaan dadah.
Lawatan anda ke sini mungkin menyelamatkan anda pada masa depan.
Thursday, February 28, 2013
Wednesday, February 27, 2013
PENTING:BORANG PENILAIAN PRESTASI 2013
BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI
2013
MAKLUMAT
YANG PERLU DIISI PADA AWAL TAHUN:
a)
MUKASURAT
1 -
Bahagian penjuru kanan atas
i)
No.
fail peribadi
ii)
No.
KP Baru
-
Bahagian
1 di bawah:
-
i)
Nama, Jawatan dan Gred, Jabatan, Tarikh Lantikan dan Gaji
b)
MUKASURAT
2 -
LATIHAN Bahagian (ii) Senarai
latihan yg diperlukan
-
Tandatangan
dan TARIKH:
15 JANUARI 2013
c)
MUKASURAT
7 -
BAHAGIAN 1 - SKT
-
Tandatangan
dan TARIKH 15 JANUARI 2013.
-
1.
BORANG BOLEH DIAMBIL DARIPADA PN.
AINI (PT)
2.
PULANGKAN BORANG YANG LENGKAP DIISI
KEPADA PN. AI NI SELEWAT-LEWATNYA 7 MAC 2013.
SEBARKAN.
Tuesday, February 26, 2013
2 PROGRAM PENTING SKP
Antara program dan aktiviti terdekat yang akan berlangsung di sekolah ialah:-
1. Solat Hajat UPSR - Siri 1
Program ini dijadualkan akan berlangsung pada hari Khamis 7 MAC 2013. Ini merupakan usaha awal jawatankuasa PENJANA 4 dan PENJANA 5 untuk memohon pertolongan Ilahi agar memberikan kejayaan kepada anak didik kita yang akan menduduki UPSR dari 10 hingga 12 SEPTEMBER 2013. Penganjur mengharapkan semua guru dan ibu bapa murid Tahun 6 dapat hadir untuk menjayakannya.
2. Mesyuarat Agung PIBG
AJK PIBG dalam mesyuaratnya pada 25 FEB 2013 telah bercadang untuk mengadakan mesyuarat agung pada 14 MAC 2013. Perasmi yang dicadangkan ialah YAB Menteri Besar Terengganu. Mungkinkah akan berlaku perubahan kepimpinan atau ahli jawatankuasa? Yang mungkin pasti ialah jawatankuasa daripada kalangan guru akan berlaku. Walau apa dan siapa pun, jasa tetap dikenang dan perjuangan memartabatkan SKP diteruskan.
1. Solat Hajat UPSR - Siri 1
Program ini dijadualkan akan berlangsung pada hari Khamis 7 MAC 2013. Ini merupakan usaha awal jawatankuasa PENJANA 4 dan PENJANA 5 untuk memohon pertolongan Ilahi agar memberikan kejayaan kepada anak didik kita yang akan menduduki UPSR dari 10 hingga 12 SEPTEMBER 2013. Penganjur mengharapkan semua guru dan ibu bapa murid Tahun 6 dapat hadir untuk menjayakannya.
2. Mesyuarat Agung PIBG
AJK PIBG dalam mesyuaratnya pada 25 FEB 2013 telah bercadang untuk mengadakan mesyuarat agung pada 14 MAC 2013. Perasmi yang dicadangkan ialah YAB Menteri Besar Terengganu. Mungkinkah akan berlaku perubahan kepimpinan atau ahli jawatankuasa? Yang mungkin pasti ialah jawatankuasa daripada kalangan guru akan berlaku. Walau apa dan siapa pun, jasa tetap dikenang dan perjuangan memartabatkan SKP diteruskan.
Sunday, February 24, 2013
APA ERTI PENGORBANAN?
Ada guru yang buat kelas
tambahan untuk murid. Ada guru yang sanggup setiap petang ke sekolah
untuk latih murid-murid dalam sukan. Ada guru yang guna duit sendiri
untuk urusan sekolah dan murid-murid. Ada guru balik lewat dan ada yang
datang pada waktu malam demi kejayaan murid-murid dan memartabatkan nama
sekolah. Ini semua adalah pengorbanan.
Pelbagai pengorbanan dilakukan oleh para guru baik menerusi wang, masa dan tenaga. Semua ini adalah nilai-nilai yang besar di sisi Allah. Ini yang perlu kita yakini. Apabila dinilai oleh Allah, sudah pasti ada balasan pahala. Dosa dan pahala adalah perkara yang sentiasa tercatat dalam kehidupan. Di dunia kita dapat balasan material berbentuk gaji manakala di sisi Allah kita dapat pahala yang amat diperlukan untuk menampung segala kekurangan dan kesilapan kita.
Apabila kita menyedari hal ini, lahirlah keikhlasan dan kepuasan dalam bekerja. Kita tidak akan mudah merungut, rasa kecewa apatah lagi stres. Inilah antara apa yang terkandung dalam ucapan murni setiap murid iaitu, TERIMA KASIH, CIKGU.
Pelbagai pengorbanan dilakukan oleh para guru baik menerusi wang, masa dan tenaga. Semua ini adalah nilai-nilai yang besar di sisi Allah. Ini yang perlu kita yakini. Apabila dinilai oleh Allah, sudah pasti ada balasan pahala. Dosa dan pahala adalah perkara yang sentiasa tercatat dalam kehidupan. Di dunia kita dapat balasan material berbentuk gaji manakala di sisi Allah kita dapat pahala yang amat diperlukan untuk menampung segala kekurangan dan kesilapan kita.
Apabila kita menyedari hal ini, lahirlah keikhlasan dan kepuasan dalam bekerja. Kita tidak akan mudah merungut, rasa kecewa apatah lagi stres. Inilah antara apa yang terkandung dalam ucapan murni setiap murid iaitu, TERIMA KASIH, CIKGU.
Saturday, February 23, 2013
BAKTI PERTAMA TABUNG BUDIMAN
Semua murid akan diberikan jadual kelas secara percuma. Murid-murid tidak lagi perlu menyalin kerana Tabung Budiman telah fotostat hampir 1 000 salinan jadual kelas versi yang terbaru ini.
Semua murid boleh dapatkan jadual baru mulai hari AHAD, 24.02.2013 daripada guru kelas masing-masing. Jadual ini digunakanpakai mulai ISNIN 25.02.2013
Semua murid boleh dapatkan jadual baru mulai hari AHAD, 24.02.2013 daripada guru kelas masing-masing. Jadual ini digunakanpakai mulai ISNIN 25.02.2013
Thursday, February 21, 2013
JADUAL WAKTU BARU VERSI KETIGA
Terdapat beberapa orang sahaja guru yang terlibat dalam perubahan subjek dan kelas, antaranya Ustazah Norhayati, Ustazah Norhafizah, En. Mohd Shamsul, Pn. Aizam, Ustazah Shahrulbariah, Puan Suria Aziana, En. Ramli Salleh dan Pn. Norazura. Namun dari segi masa, hampir segalanya berubah apabila jadual baru di'generate'.
Jadual baru versi ketiga mula diedarkan pada hari Khamis. Guru-guru dan kelas yang masih belum mendapatkannya, sila ambil di kaunter pejabat pada hari Ahad. Judual ini akan digunakan mula pada hari Isnin 25 FEBRUARI2013.
Guru-guru Kelas diharapkan agar memastikan setiap pelajar mendapat jadual waktu baru.
Tuesday, February 19, 2013
MARI SAMA MENJAYAKAN PROGRAM SOLAT KAMIL
Guru adalah da'i. Kita bekerja untuk mencari rezeki. Dalam masa yang sama, di hadapan kita adalah peluang untuk kita cari kasih dan redha Allah. Sebagai guru kita berpeluang untuk menjalankan kerja dakwah yang terbentang luas dengan adanya anak-anak kecil di hadapan kita.
Solat adalah suatu asas kecemerlangan insan. Anak-anak didik kita perlukan motivasi dan bimbingan dari kita. Jika semua guru sering cakna dan memotivasikan anak didik di dalam dan di luar kelas, lama-kelamaan impaknya akan kelihatan. Ketika subjek Pendidikan Islam, solat ditekankan. Ketika BM, Matematik, Sivik dan subjek lain, soal kepentingan solat disentuh meskipun dalam masa seminit dua, insya-Allah anak didik kita akan tergerak hati juga untuk solat 5 waktu dengan sempurna.
Justeru itu, saya menyeru rakan-rakan seperjuangan saya untuk merebut peluang mencari kebajikan akhirat dengan sama-sama 'berkempen' agar anak didik kita sempurnakan solat yang menjadi tiang agama itu.
Solat adalah suatu asas kecemerlangan insan. Anak-anak didik kita perlukan motivasi dan bimbingan dari kita. Jika semua guru sering cakna dan memotivasikan anak didik di dalam dan di luar kelas, lama-kelamaan impaknya akan kelihatan. Ketika subjek Pendidikan Islam, solat ditekankan. Ketika BM, Matematik, Sivik dan subjek lain, soal kepentingan solat disentuh meskipun dalam masa seminit dua, insya-Allah anak didik kita akan tergerak hati juga untuk solat 5 waktu dengan sempurna.
Justeru itu, saya menyeru rakan-rakan seperjuangan saya untuk merebut peluang mencari kebajikan akhirat dengan sama-sama 'berkempen' agar anak didik kita sempurnakan solat yang menjadi tiang agama itu.
Sunday, February 17, 2013
MOTIVASI GANDA USAHA 1 - 2013
Progam ini melibatkan murid-murid Tahun 6.
Rabu, 20.02.2013
Masa: 7.45 pagi hingga 10.45 pagi
Kelas: 6A dan 6F
Khamis, 21.02.2013
Masa: 7.45 pagi hingga 10.45 pagi
Kelas: 6I dan 6T
Program untuk Tahun 6U akan diadakan pada waktu KT, PSK dan PSV.
Rabu, 20.02.2013
Masa: 7.45 pagi hingga 10.45 pagi
Kelas: 6A dan 6F
Khamis, 21.02.2013
Masa: 7.45 pagi hingga 10.45 pagi
Kelas: 6I dan 6T
Program untuk Tahun 6U akan diadakan pada waktu KT, PSK dan PSV.
Wednesday, February 13, 2013
GAMBAR UNTUK CARTA ORGANISASI SEKOLAH
Guru-guru dan staf baru serta guru-guru yang ingin gambar terbaru, diharapkan dapat bergambar di Makmal Komputer atau di Bilik Guru Besar dalam tempoh 17 hingga 21 FEBRUARI 2013.
Sila berhubung dengan Nurul Aslyza (Juruteknik Komputer) atau En. Mohd Farid (EIO) untuk sesi bergambar.
Sekian. Sebarkan.
Teknik Membuat Peta Minda
peta
minda adalah teknik mengingati sesuatu perkara melalui bentuk, warna,
kreatif, rasa dan lain lain. Sekarang dihuraikan pula bagaimana untuk
membuat peta minda khususnya kepada para pelajar.
- Sediakan sehelai kertas dan pen pelbagai warna
- Kata kunci (keyword) yang boleh mengambarkan keseluruhan subjek yang hendak dibuat. Contohnya anda hendak membuat peta minda mengenai struktur bumi maka kata kunci yang sesuai adalah bumi. Gunakan kata kunci yang ringkas bersaiz sederhana.
- Letakkan kata kunci ini di bahagian tengah peta minda. Anda boleh menggunakan kreativiti dengan membuat bulatan, gambar bewarna mengelilingi kata kunci tersebut.
- bahan grafik seperti garisan anak panah dan pelbagai untuk membentuk jaringan. Nasihat saya jangan gunakan garisan yang lurus untuk memulakan jaringan. Otak kanan kita suka pada seni dan kreativiti, jadi kalau boleh gunakan garisan bersahaja dan tidak terlalu lurus. Garisan lurus seolah olah statik dan tidak menarik.
- Anda perlu mencampurkan gambar gambar bewarna yang berkaitan bertujuan untuk memperkukuhkan fakta yang hendak diingat. Buat sahaja gambar mengikut kefahaman anda sendiri.
- Dari cabang utama anda sudah boleh membentuk beberapa cabang lain yang diisi dengan perkataan atau perkara yang bersangkutan dengan cabang utama.
- Gunakan warna yang terang dan pelbagai.
Saturday, February 9, 2013
SEKITAR MAULIDURASUL PERINGKAT DAERAH KEMAMAN
Selawat dan salam untuk Rasulullah s.aw., keluarga dan sahabat Baginda.
Program sambutan ini telah berlangsung pada hari Khamis, 7hb. Februari 2013.
Syabas diucapkan kepada semua murid dan guru yang telah menjayakannya. Kita tidak kejar kemenangan. Yang kita kejar ialah kecintaan terhadap Rasulullah s.a.w. kerana kita mahukan kesempurnaan iman.
Program sambutan ini telah berlangsung pada hari Khamis, 7hb. Februari 2013.
Syabas diucapkan kepada semua murid dan guru yang telah menjayakannya. Kita tidak kejar kemenangan. Yang kita kejar ialah kecintaan terhadap Rasulullah s.a.w. kerana kita mahukan kesempurnaan iman.
TAWADHU' RASULULLAH S.A.W.
Sekalipun tinggi kedudukannya dan mulia martabatnya antara para sahabat sekalian, namun Baginda sentiasa bersifat merendah diri.
Baginda mengenderai keledai dengan beralaskan sekeping tikar saja, dan terkadang-kadang membiarkan di belakangnya diboncengi orang lain pula.
Baginda sering melawat pesakit-pesakit dan mengiringi jenazah ke perkuburan. Baginda mengkabulkan undangan hamba sahaya, menjahit kasutnya sendiri, menampal bajunya sendiri. Baginda selalu membantu ahli rumah dalam urusan kerja rumah tangganya.
Para sahabat tidak pernah bangun untuk menghormatinya ketika ia tiba, kerana perkara itu amat dibencinya.
Bila Baginda berlalu di tempat kanak-kanak bermain, Baginda selalu memberi salam kepada mereka. Baginda duduk bersama-sama para sahabatnya bercampur aduk, seolah-olah ia salah seorang dari mereka, sehingga apabila ada orang gharib (asing) yang datang, sukar baginya untuk mengenal, mana satu Nabi kecuali setelah diberitahukan kepadanya.
Ketika sedang duduk-duduk dalam suatu majlis bersama-sama para sahabat, mereka berbual-bual mengenai urusan keakhiratan, Baginda turut bersama-sama membicarakan tentangnya. Jika mereka berbual-bual tentang makan-minum, Baginda turut juga membicarakan perkara yang sama, sebagai tanda belas kasihan dan tawadhu’nya kepada mereka sekalian.
Para sahabat sekalian selalu juga melagu-lagukan syair-syair dalam majlisnya. Dan terkadang-kadang mereka menyebut-nyebut beberapa perkara yang pernah dilakukan dalam zaman jahiliyah dahulu, sehingga menimbulkan perasaan geli hati dan tertawa. Apabila mereka sekalian tertawa, Baginda hanya turut tersenyum.
Baginda tidak pernah melarang para sahabat sekalian dari perkara-perkara tersebut, melainkan jika ada yang haram, maka ketika itu Baginda tidak akan tergesa-gesa lagi untuk melarangnya.
Wednesday, February 6, 2013
Untuk Renungan....Rezeki
Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: ' Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu'.
Semut pun menjawab: 'Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku'. Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: ' Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?' Jawab semut: 'Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan'. Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: 'Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong'.
Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.
Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: 'Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi
kamu makan setengah'. Jawab semut: 'Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa'. Itulah Iman Semut!!
IMAN MANUSIA??
Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.
Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik kerumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik. Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur.
Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: 'Ya Imam, kenapakah daripada 100kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?'. Jawab Imam Suffian:' Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan'. Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.
Kata Saidina Ali kepada Kamil: ' ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, ILMU
MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI
HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA
DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN'
PENCARIAN BAKAT PELAJAR PINTAR
Saringan Pertama Pencarian Bakat Pelajar Pintar Cergas Ujian PERMATA Pintar UKM1 akan bermula dari 1 FEBRUARI hingga 30 MEI 2013.
Ujian tersebut terbuka kepada semua kanak-kanak dan remaja berumur 8 hingga 15 tahun.
Para ibu bapa atau pelajar boleh layari: http:www.permatapintar.edu.my
Sunday, February 3, 2013
PETIKAN RISALAH BUDI 1: SURAT UNTUK PENJAGA
1. BUDI – Hungungan Sekolah Dengan
Ibu Bapa
Antara objektif risalah kesil bulanan ini
ialah sebagai wasilah yang menghubungkan pihak sekolah dengan ibu bapa/penjaga.
Melaluinya, makluman dan info akan sentiasa sampai ke pihak ibu bapa untuk
dicaknai. Dengan itu, sekolah SKP akan menjadi lebih dekat di hati ibu bapa.
2. Tabung Budiman
Ramai
dalam kalangan tuan-puan yang bersifat pemurah dan mencari-cari ruang untuk
berbakti kepada sekolah. Justeru itu, kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan.
Tabung Budiman diwujudkan untuk menjayakan Misi Akademik Sekolah. Derma boleh
disampaikan dari semasa ke semasa. Hubungi Penolong Kanan 1 untuk menjayakan
niat mulia tuan-puan. No. akaun Tabung akan diberikan kemudian.
3. Program Solat Kamil
Penjana
Misi Akademik Sekolah sedang melaksanakan Program Solat Kamil bagi memastikan
murid-murid solat secara sempurna dan cukup 5 waktu. Harap ibu bapa di rumah
dan guru seiring untuk melahirkan murid yang sempurna solatnya.
4. GB dan PK HEM Baru
Guru
Besar baru ialah Pn. Zaini bt. Mohd Nor dari SK. Kg. Tengah. Manakala PK HEM
baru ialah En. Harun bin Che Ngah dari SK. Seri
Geliga menggantikan Pn. Zabidah Sulaiman
yang
akan bertukar ke SK. Kg. Tengah
sebagai
PK1. Pertukaran berkuatkuasa
1.2.2013. Selamat Bertugas kerana Allah.
Saturday, February 2, 2013
RENUNGAN JUMAAT
ANTARA TIGA TANGISAN: DI MANA KITA?
Kita masih menangis kerana gagal mencapai cita-cita.
Kegagalan tersebut amat mengecewakan sehingga tak sedar air mata tertumpah dari
birai mata. Kita masih menangis kerana sakit. Apabila tidak tahan menanggung
kesakitan lantas air mata tertumpah lagi. Kita masih menangis kerana hati
disakiti. Sakitnya hati apabila orang sanggup membuat fitnah dan mengkhianati
kita. Luka hati hanya Allah yang tahu. Air mata bisa tertumpah lagi.
Sedarkah kita, di sana ada orang yang sedang menangis dalam
keheningan malam kerana mengenangi dosa-dosa lampau. Dosa-dosa yang telah
tersimpan dalam lipatan usia terulang
tayang satu persatu dalam mata batin penyesalan. Rasa bersalah kepada Allah
membuatkan air mata memenuhi kelopak mata bagai kepingin membasuh segala dosa.
Ketika kita masih menangis kerana terkenangkan dosa-dosa di
siang hari atau dosa-dosa lampau, ada orang lain yang sedang menangis kerana
kecewa dan takut disebabkan oleh ibadat yang tidak khusyuk. Solat tidak
khusyuk. Apabila berzikir, hati tidak khusyuk. Dalam apa-apa sahaja majlis mendekati
Allah, fikiran sering melayang kepada urusan dan masalah hidup harian. Ketika
mulut mengucap ‘subhana rabbial a’la
wabihamdih’, hati tidak memuji dan meninggikan Ilahi, sebaliknya hati teringat
pelbagai urusan keduniaan. Tasbih di mulut tidak lagi selari di hati. Rasa
berdosa mula menguasai diri. Lalu ketika berseorangan di dalam gelap atau
terang, mengalirlah air mata kerana rasa berdosa kepada Ilahi.
Ya, ketika kita menangis kerana hal-hal dunia, ada orang
lain di sana yang menangis kerana dosa-dosa lampau. Dan ketika kita menangis
kerana dosa-dosa lampau, ada di sana orang menangis kerana solat dan zikir di
mulut tidak selari pula di hati. Apabila hilang khusyuk dalam ibadat,
seolah-olah terasa solat dan zikir dilemparkan kembali ke mukanya bagai kain
buruk.
Aduh terbang segala semangat. Bagaimana aku harus berdiri di
depan Tuhan?
Subscribe to:
Posts (Atom)