1. BUDI – Hungungan Sekolah Dengan
Ibu Bapa
Antara objektif risalah kesil bulanan ini
ialah sebagai wasilah yang menghubungkan pihak sekolah dengan ibu bapa/penjaga.
Melaluinya, makluman dan info akan sentiasa sampai ke pihak ibu bapa untuk
dicaknai. Dengan itu, sekolah SKP akan menjadi lebih dekat di hati ibu bapa.
2. Tabung Budiman
Ramai
dalam kalangan tuan-puan yang bersifat pemurah dan mencari-cari ruang untuk
berbakti kepada sekolah. Justeru itu, kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan.
Tabung Budiman diwujudkan untuk menjayakan Misi Akademik Sekolah. Derma boleh
disampaikan dari semasa ke semasa. Hubungi Penolong Kanan 1 untuk menjayakan
niat mulia tuan-puan. No. akaun Tabung akan diberikan kemudian.
3. Program Solat Kamil
Penjana
Misi Akademik Sekolah sedang melaksanakan Program Solat Kamil bagi memastikan
murid-murid solat secara sempurna dan cukup 5 waktu. Harap ibu bapa di rumah
dan guru seiring untuk melahirkan murid yang sempurna solatnya.
4. GB dan PK HEM Baru
Guru
Besar baru ialah Pn. Zaini bt. Mohd Nor dari SK. Kg. Tengah. Manakala PK HEM
baru ialah En. Harun bin Che Ngah dari SK. Seri
Geliga menggantikan Pn. Zabidah Sulaiman
yang
akan bertukar ke SK. Kg. Tengah
sebagai
PK1. Pertukaran berkuatkuasa
1.2.2013. Selamat Bertugas kerana Allah.
No comments:
Post a Comment