Antara program dan aktiviti terdekat yang akan berlangsung di sekolah ialah:-
1. Solat Hajat UPSR - Siri 1
Program ini dijadualkan akan berlangsung pada hari Khamis 7 MAC 2013. Ini merupakan usaha awal jawatankuasa PENJANA 4 dan PENJANA 5 untuk memohon pertolongan Ilahi agar memberikan kejayaan kepada anak didik kita yang akan menduduki UPSR dari 10 hingga 12 SEPTEMBER 2013. Penganjur mengharapkan semua guru dan ibu bapa murid Tahun 6 dapat hadir untuk menjayakannya.
2. Mesyuarat Agung PIBG
AJK PIBG dalam mesyuaratnya pada 25 FEB 2013 telah bercadang untuk mengadakan mesyuarat agung pada 14 MAC 2013. Perasmi yang dicadangkan ialah YAB Menteri Besar Terengganu. Mungkinkah akan berlaku perubahan kepimpinan atau ahli jawatankuasa? Yang mungkin pasti ialah jawatankuasa daripada kalangan guru akan berlaku. Walau apa dan siapa pun, jasa tetap dikenang dan perjuangan memartabatkan SKP diteruskan.
No comments:
Post a Comment