1. Mesyuarat JKS/ PENJANA MISI AKADEMIK
Mesyuarat tersebut diadakan pada bila-bila masa selepas tertangguh kerana beberapa program sekolah. Mesyuarat itu terpaksa diadakan pada pukul 10.00 pagi kerana terdapat beberapa program petang yang berlangsung dalam minggu ini. Surat akan diedarkan oleh SU JKS/PENJANA sebaik sahaja mendapat lampu hijau dari GB.
2. Penyerahan Buku Adab Belajar
Program melibatkan Tahap 2 pada hari Rabu 26 JUN 2013 bermula dari 11.30 hingga 1.00 tengahari. Ibu bapa boleh membawa pelajar pulang bersama selepas berurusan dengan guru kelas. Diharapkan guru-guru sebagai tuan rumah menyambut dan berurusan dengan ibu bapa dengan etika keguruan dan mesra pelanggan. Buku Adab Belajar hendaklah diserahkan kepada pentadbir untuk ditandatangani segera.
No comments:
Post a Comment