1. Kelas Malam UPSR
Guru yang tidak dapat hadir kelas malam hendaklah mengambil tindakan proaktif dengan memaklumkan kepada pelajar kelas masing-masing lebih awal. Guru tersebut boleh mengadakan kelas ganti pada hari lain. Guru ganti tidak akan disediakan kerana masalah kekurangan guru.
2. Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kementerian Pelajaran Malaysia mengarahkan pelaksanaan Buku Keberadaan Guru Dalam Bilik Darjah. Dengan itu, pihak sekolah diminta menyediakan buku tersebut seperti Lampiran E dan guru-guru hendaklah menandatangani buku tersebut setiap kali masuk ke kelas.
No comments:
Post a Comment