Kepada Rakan Guru
Usaha dalam menjayakan visi dan misi sekolah perlu diteruskan setelah berehat selama 2 minggu. Kita kini sampai separuh perjalanan perjuangan untuk tahun ini. Perancangan yang direncanakan pada awal tahun perlu dinilai dan ditambahbaik agar momentumnya bertepatan dengan tempoh dan jadual kerja. Segala aktiviti dan program yang dijadualkan akan sama-sama kita dokong bak kata pepatah, berat sama dipikul ringan sama dijinjing, hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah. Inilah kunci kejayaan yang diajarkan oleh nenek moyang kita.
Kepada mruid-murid
Kalian adalah pembawa obor sekolah. Kejayaan kalian dalam bidang akademik, akhlak dan kokurikulum adalah natijah daripada satu usaha yang berterusan. Bangsa kita sentiasa berpesan; usaha tangga kejayaan. Kalau tidak dipecahkan ruyung mana kan dapat sagunya. Kalau tidak berusaha, mana mungkin kejayaan dapat dicapai.
Marilah kita semua memanfaatkan persekolahan Penggal Kedua ini dengan kerja berpasukan. Semoga Allah memberkati segala usaha kita dan mengampunkan kesilapan kita.
No comments:
Post a Comment